Pergi ke kandungan

Soyuz TMA-08M

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Soyuz TMA-08M
Союз ТМА-08M
Statistik misi
Nama misiSoyuz TMA-08M
Союз ТМА-08M
Saiz anak kapal3
Nama panggilanKarat
Pelantar pelancarPelantar Gagarin (LC-1/5), Kosmodrom Baikonur
Pelancaran20:43:20, 28 Mac 2013 (UTC) (2013-03-28T20:43:20Z)
PendaratanSeptember 2013
Foto anak kapal
(ki-ka) Cassidy, Vinogradov dan Misurkin
Misi berkaitan
Misi sebelum Misi selepas
Soyuz TMA-07M Soyuz TMA-09M

Soyuz TMA-08M atau Союз ТМА-08M (gelaran A.S.: 34S) ialah suatu penerbangan 2013 ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Ia membawa tiga anak kapal Ekspedisi 35 ke ISS; dua orang angkasawan Rusia dan seorang angkasawan A.S. TMA-08M merupakan penerbangan ke-117 kapal angkasa Soyuz, yang pertama pada 1967. Kapal Soyuz ini dijadualkan terus berlabuh di stesen angkasa lepas sebagai kenderaan kecemasan bagi anak kapal Ekspedisi 36 yang akan datang.

Soyuz TMA-08M menggunakan profil penerbangan pertemuan pantas 6-jam baharu yang dibangunkan oleh Agensi Angkasa Lepas Persekutuan Rusia (RSA) dan sebelum ini diuji pada penerbangan bekalan robotik Progress M-16M dan M-17M, berbanding penerbangan sebelum ini yang mengambil masa dua hari. Sebagai perbandingan, anak kapal dapat meninggalkan daratan dan menaiki Stesen Angkasa Antarabangsa dalam masa yang kurang daripada penerbangan rentas Atlantik.[1][2][3]

Anak kapal

[sunting | sunting sumber]
Anak kapal Soyuz TMA-08M ketika upacara melawat Dataran Merah pada 7 Mac 2013.
Kedudukan Anak Kapal
Komander Pavel Vinogradov, RSA
Ekpedisi 35
Ketiga spaceflight
Jurutera Penerbangan 1 Alexander Misurkin, RSA
Ekpedisi 35
Pertama spaceflight
Jurutera Penerbangan 2 Christopher Cassidy, NASA
Ekpedisi 35
Kedua spaceflight

Anak kapal sokongan

[sunting | sunting sumber]
Kedudukan[4] Anak Kapal
Komander Oleg Kotov, RSA
Jurutera Penerbangan 1 Sergey Ryazansky, RSA
Jurutera Penerbangan 2 Michael S. Hopkins, NASA
  1. ^ Pete Harding (21 Disember 2012). "The Soyuz TMA-07M Santa Sleigh docks with ISS". NASASpaceflight. Dicapai pada 4 April 2013.
  2. ^ Stephen Clark (5 Mac 2013). "Soyuz crew approved for fast approach to space station". SPACEFLIGHT NOW. Dicapai pada 4 April 2013.
  3. ^ "Soyuz TMA-08M docks with ISS just six hours after launch". NASASpaceflight. 28 Mac 2013. Dicapai pada 4 April 2013. Unknown parameter |authort= ignored (bantuan)
  4. ^ astronaut.ru (2013). "Орбитальные полёты".