Staf Am Tentera Laut Imperial Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Markas Tentera Laut Imperial Jepun, 1930an

Staf Am Tentera Laut Imperial Jepun (Jepun: 軍令部, Hepburn: Gunreibu) adalah institusi tertinggi didalam Tentera Laut Imperial Jepun (IJN). Bertanggungjawab dalam perancangan dan operasi, ia diketuai oleh markas Laksamana di Tokyo.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada tahun 1893, Staf Am Tentera Laut mengambil alih kuasa operasi (yang bertentangan dengan pentadbiran) ke atas Tentera Laut Imperial Jepun daripada Kementerian Tentera Laut. Ia bertanggungjawab bagi merancang dan melaksanakan strategi pertahanan nasional. Menerusi Markas Besar Imperial ia melapor terus kepada Maharaja, bukan kepada Perdana Menteri, Diet Jepun atau juga Kementerian Tentera Laut. Ia biasanya dikepalai oleh seorang Laksamana atas tugas aktif, dan berpusat di Tokyo.

"Pihak kementerian bertanggungjawab bagi belanjawan tentera, pembinaan kapal, pemerolehan senjata, anggota, hubungan dengan Diet dan kabinet serta perkara-perkara yang luas mengenai dasar tentera laut. Staf Am mengarah operasi armada dan persediaan rancangan perang".[1]

Selepas Persidangan Tentera Laut Washington tahun 1921-22, dimana Jepun bersetuju untuk mengekalkan saiz armadanya yang lebih kecil daripada United Kingdom dan Amerika Syarikat, pihak IJN telah dibahagikan kepada Pihak Armada yang saling bermusuhan dan Pihak Perjanjian yang berparti politik. Kementerian Tentera Laut cenderung untuk menjadi pro-Pihak Perjanjian dan ingin mempertahankan Pakatan Inggeris-Jepun. Bagaimanapun Staf Am IJN dikuasai oleh Pihak Armada, dan secara beransur-ansur mendapat penguasaan pada tahun 1930an dengan peningkatan militarisme Jepun. Staf Am IJN meneruskan serangan Pearl Harbor yang bertentangan dengan hasrat diplomatik Kementerian Tentera Laut.

Selepas tahun 1937, kedua-dua Menteri Tentera Laut dan Ketua Staf Am IJN adalah anggota Markas Besar Imperial.

Dengan kekalahan Empayar Jepun dalam Perang Dunia II, Staf Am Tentera Laut telah dibubarkan bersama-sama Tentera Laut Imperial Jepun oleh pihak berkuasa pendudukan Amerika pada November 1945 dan tidak dihidupkan kembali oleh Perlembagaan Jepun pasca perang.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Staf Am telah disusun seperti berikut:

  • Seksyen 1: Biro Operasi
  • Seksyen Ke-2: Biro Senjata dan Mobilisasi
  • Seksyen Ke-3: Biro Perisikan
  • Seksyen Ke-4: Biro Komunikasi

Ketua-Ketua Staf Am[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Spector

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Asada, Sadao (2006). From Mahan to Pearl Harbor: The Imperial Japanese Navy and the United States. US Naval Institute Press. ISBN 1-55750-042-8. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Schencking, J. Charles (2005). Making Waves: Politics, Propaganda, And The Emergence Of The Imperial Japanese Navy, 1868-1922. Stanford University Press. ISBN 0-8047-4977-9. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Spector, Ronald (1985). Eagle Against the Sun. New York: Vintage Books. ISBN 0-394-74101-3. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]