Osami Nagano
Osami Nagano | |
---|---|
永野 修身 | |
![]() Osami Nagano memakai uniform nombor 1 berserta lencana Marsyal Laksamana di bawah rusuk kanan ~1943-45 | |
Dalam jawatan 9 Mac 1936 – 2 Februari 1937 | |
Raja | Shōwa |
Perdana Menteri | Kōki Hirota |
Didahului oleh | Ōsumi Mineo |
Digantikan oleh | Yonai Mitsumasa |
Dalam jawatan 9 April 1941 – 21 Februari 1944 | |
Perdana Menteri | |
Didahului oleh | Putera Fushimi Hiroyasu |
Digantikan oleh | Shimada Shigetarō |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kōchi, Wilayah Kōchi, Jepun | 15 Jun 1880
Meninggal dunia | 5 Januari 1947[1] Penjara Sugamo, Tokyo, Pendudukan di Jepun | (umur 66)
Anugerah awam |
|
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | ![]() |
Cabang/khidmat | Tentera Laut Imperial Jepun |
Tahun khidmat | 1900–1947 |
Pangkat | ![]() ![]() |
Pangkalan |
|
Perang/Pertempuran | Perang Dunia I, Perang Dunia II |
Osami Nagano (永野 修身, Nagano Osami, 15 Jun 1880 – 5 Januari 1947) ialah Marsyal Laksamana Tentera Laut Imperial Jepun dan salah seorang pemimpin tentera Jepun di sepanjang Perang Dunia II. Pada April 1941, beliau menjadi Ketua Staf Am Tentera Laut Imperial Jepun. Dalam kapasiti ini, beliau berkhidmat sebagai panglima tertinggi tentera laut dalam kancah Asia-Pasifik Perang Dunia II sehingga pemecatannya pada Februari 1944. Beliau adalah pengasas Institut Teknologi Chiba. Selepas perang, beliau telah ditangkap oleh Tribunal Ketenteraan Antarabangsa untuk Timur Jauh tetapi meninggal dunia atas sebab-sebab semula jadi dalam penjara semasa perbicaraan.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Nagano telah dilahirkan di Kōchi pada sebuah keluarga bekas samurai. Pada tahun 1900, beliau tamat pengajian daripada kelas ke-28 Akademi Tentera Laut Imperial Jepun, menduduki tempat kedua didalam kelas 105 orang kadet. Selepas berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Kanan diatas kapal kruiser Hashidate dan kapal tempur Asahi, beliau telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan ditugaskan ke kapal kruiser Asama. Semasa Perang Jepun-Rusia, beliau berkhidmat di beberapa jawatan staf. Yang paling dekat beliau berada di medan pertempuran ialah sebagai komander sebuah unit meriam berat pangkalan darat semasa pengepungan Port Arthur.
Selepas kenaikkan pangkat ke Leftenan pada tahun 1905, Nagano berkhidmat diatas kapal tempur Shikishima. Dari tahun 1905 hingga 1906, beliau mempelajari artileri tentera laut dan pelayaran. Dari tahun 1906 hingga 1908, beliau adalah ketua pegawai meriam diatas kapal kruiser Itsukushima. Pada tahun 1909, beliau tamat pengajian dari Maktab Perang Tentera Laut Jepun.
Pada tahun 1910, Nagano telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Komander dan ditugaskan sebagai ketua pegawai meriam diatas kapal tempur Katori. Dari Januari 1913 hingga April 1915, beliau adalah pegawai bahasa di Amerika Syarikat, dimana beliau belajar di Harvard Law School.
Semasa Perang Dunia I, Nagano merupakan pegawai eksekutif diatas kapal kruiser Nisshin dan kapal kruiser Iwate. Pada tahun 1918, beliau telah dinaikkan pangkat ke Kepten. Pada tahun 1919, beliau menerima kapal pemerintahan pertama dan terakhirnya, iaitu kapal kruiser Hirado.[3]
Dari Disember 1920, Nagano adalah atase tentera ke Amerika Syarikat, di kedudukan ini beliau menghadiri Persidangan Tentera Laut Washington. Pada November 1923, beliau kembali ke tanahair, namun beliau kembali semula ke Amerika Syarikat atas lawatan rasmi pada tahun 1927 dan tahun 1933. Pada Disember 1923, beliau telah dinaikkan pangkat ke Laksamana Muda.
Pada Februari 1924, Nagano menjadi ketua Bahagian 3 (Perisikan) Staf Am Tentera Laut Imperial Jepun. Dari Disember 1924, beliau memerintah Divisyen Ke-3 Kapal Tempur. Dari April 1925, beliau memerintah Armada Pertama Ekspedisi China. Pada Disember 1927, beliau telah dinaikkan pangkat ke Laksamana Madya. Dari tahun 1928 hingga 1929, Nagano adalah Komandan Akademi Tentera Laut Imperial Jepun. Dari tahun 1930 hingga 1931, beliau adalah Timbalan Ketua Turus Am Tentera Laut, di kedudukan ini beliau menghadiri Persidangan Tentera Laut Geneva. Pada tahun 1930, beliau menghadiri Persidangan Tentera Laut London. Dari tahun 1933 hingga 1934, beliau merupakan Panglima Wilayah Laut Yokosuka. Pada 1 Mac 1934, beliau dinaikkan pangkat ke Laksamana dan dilantik ke Majlis Tertinggi Perang. Nagano adalah ketua delegasi tentera laut ke Persidangan Tentera Laut London 1935. Jepun menarik diri kerana memprotes Persidangan 1935 London selepas ia dinafikan persamaan tentera laut dengan Amerika Syarikat dan Great Britain.
Pada tahun 1936, Nagano telah dilantik Menteri Tentera Laut dibawah Perdana Menteri Kōki Hirota. Pada tahun 1937, beliau telah dilantik Panglima Armada Gabungan.
Dari tahun 1941, Nagano adalah Ketua Turus Am Tentera Laut Imperial Jepun, menjadi pegawai paling kanan dalam tentera laut Jepun pada sebahagian besar Perang Dunia II. Walau bagaimanapun, beliau tidak memberikan kepimpinan yang kukuh dan menyerahkan terlalu banyak perancangan strategik kepada orang bawahan yang tidak bertolak ansur.[4] Walaupun beliau seorang penyokong Nanshin-ron (Doktrin Perluasan Selatan), beliau menentang peperangan dengan Amerika Syarikat. Beliau membuat kesimpulan bahawa jika Jepun dapat mengambil alih jajahan British dan Belanda di Asia dengan tanpa terus menyerang Amerika Syarikat, penyokong dasar pemencilan dengan kerajaan Amerika akan menghalang Amerika Syarikat daripada mengisytiharkan perang terhadap Jepun. Beliau menentang rancangan Laksamana Isoroku Yamamoto untuk menyerang Pearl Harbor, tetapi enggan memberikan kelulusannya untuk menyerang selepas Yamamoto mengancam untuk meletakkan jawatan sebagai Panglima Armada Gabungan.[5]
Pada Jun 1943, Nagano telah dinaikkan pangkat ke Marsyal Laksamana. Menjelang tahun 1944, bagaimanapun, Jepun telah mengalami kekalahan tentera yang serius dan Nagano telah hilang keyakinan dari Maharaja Hirohito.[6] Dengan kelulusan maharaja, Perdana Menteri Hideki Tōjō dan Menteri Tentera Laut Shigetarō Shimada melucutkan Nagano dari jawatannya dan menggantikan beliau dengan Shimada. Nagano menghabiskan saki baki peperangan sebagai penasihat kepada kerajaan.

Perbicaraan jenayah perang
[sunting | sunting sumber]Selepas Perang Dunia II pada tahun 1945, tentera pendudukan Amerika menangkap Nagano. Beliau telah didakwa dengan tuduhan jenayah perang “Kelas A” dihadapan Tribunal Tentera Antarabangsa bagi Timur Jauh di Tokyo. Apabila pegawai tentera laut AS menyoal siasat beliau, mereka menggambarkan beliau sebagai "sangat berkerjasama," "sangat cerdas," "pintar," dan "sangat suka berkawan dengan orang Amerika".[7] Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung kerana kompilasi yang timbul daripada paru-paru berair di Penjara Sugamo di Tokyo sebelum tamat perbicaraannya.
Tarikh kenaikkan pangkat
[sunting | sunting sumber]Lencana IJN | Pangkat | Tarikh |
---|---|---|
![]() |
海軍少尉候補生 Kaigun Shōi Kōhōsei (Midshipman) |
13 Disember 1900 |
![]() |
海軍少尉 Kaigun Shōi (Ensain) |
18 Januari 1902 |
![]() |
海軍中尉 Kaigun Chūi (Leftenan Madya/Leftenan Muda) |
26 September 1903 |
![]() |
海軍大尉 Kaigun Daii (Leftenan) |
12 Januari 1905 |
![]() |
海軍少佐 Kaigun Shōsa (Leftenan Komander) |
1 Disember 1910 |
![]() |
海軍中佐 Kaigun Chūsa (Komander) |
1 Disember 1914 |
![]() |
海軍大佐 Kaigun Daisa (Kepten) |
1 Disember 1918 |
![]() |
海軍少将 Kaigun Shōshō (Laksamana Muda) |
1 Disember 1923 |
![]() |
海軍中将 Kaigun Chūjō (Laksamana Madya) |
1 Disember 1927 |
![]() |
海軍大将 Kaigun Taishō (Laksamana) |
1 Mac 1934 |
![]() |
元帥海軍大将 Gensui Kaigun Taishō (Marsyal Laksamana) |
21 Jun 1943 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Buku
[sunting | sunting sumber]- D'Albas, Andrieu (1965). Death of a Navy: Japanese Naval Action in World War II. Devin-Adair Pub. ISBN 0-8159-5302-X.
- Dull, Paul S. (1978). A Battle History of the Imperial Japanese Navy, 1941-1945. Naval Institute Press. ISBN 0-87021-097-1.
- Evans, David (1979). Kaigun: Strategy, Tactics, and Technology in the Imperial Japanese Navy, 1887-1941. US Naval Institute Press. ISBN 0-87021-192-7.
- Parshall, Johnathan (2005). Shattered Sword: The Untold Story of the Battle of Midway. Potomac Books. ISBN 1-57488-923-0.
- Tucker, Spencer C (2011). World War II at Sea:An Encyclopedia. ABC-Clio Inc. ISBN 1-59884-457-1.
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Osami Nagano |
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Chen, Peter. "Nagano Osami". World War II Database. Dicapai pada 2007-08-03.
- Nishida, Hiroshi. "Materials of IJN: Nagano, Osami". Imperial Japanese Navy. Dicapai pada 2007-08-03.
- United States Strategic Bombing Survey. "Interrogations of Japanese officials". Dicapai pada 2007-08-03.
- "How Japs Fight". Time Magazine. 1943-02-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-06. Dicapai pada 2008-08-14.
- Brannon, John G. "John G. Brannon Papers". Georgetown Law Library Manuscripts Collection. Dicapai pada 2014-02-04.
Nota
[sunting | sunting sumber]Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Putera Fushimi Hiroyasu |
Ketua Staf Am Tentera Laut Imperial Jepun Apr 1941 - Feb 1944 |
Diikuti oleh: Shigetarō Shimada |
Didahului oleh Mitsumasa Yonai |
Panglima Armada Gabungan Feb 1937 - Dis 1939 |
Diikuti oleh: Zengo Yoshida |
Jawatan politik | ||
Didahului oleh Osumi Mineo |
Menteri Tentera Laut Mac 1936-Feb 1937 |
Diikuti oleh: Yonai Mitsumasa |