Gensui (Tentera Laut Imperial Jepun)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lencana Gensui

Marsyal Laksamana (元帥海軍大将, gensui-kaigun-taishō) adalah pangkat tertinggi didalam Tentera Laut Imperial Jepun sebelum perang. Istilah gensui telah digunakan untuk kedua-dua Tentera Laut dan Tentera Darat Imperial Jepun, dan sebahagian besarnya merupakan gelaran kehormat yang dikurniakan untuk khidmat bakti yang luar biasa kepada Maharaja. Di dalam Zaman Meiji, gelaran tersebut telah dikurniakan kepada lima jeneral dan tiga laksamana. Dalam Zaman Taishō ia telah dikurniakan kepada enam jeneral dan enam laksamana, dan dalam Zaman Shōwa ia telah dikurniakan kepada enam jeneral dan empat laksamana. Setaraf dengan pangkat lima bintang (OF-10), ia bersamaan dengan Laksamana Armada dalam Tentera Laut Diraja UK dan Laksamana Armada dalam Tentera Laut Amerika Syarikat.

Diperhatikan bahawa beberapa kenaikkan pangkat pada tahun yang sama mereka mati; ini adalah kenaikkan pangkat selepas kematian.

Marsyal Laksamana Nama (Lahir-Mati) Dari
1 20 Januari 1898 Marquis Saigo Tsugumichi (1843-1902) Kagoshima
2 31 Januari 1906 Count Itoh Sukeyuki (1843-1914) Kagoshima
3 31 Oktober 1911 Viscount Inoue Yoshika (1845-1929) Kagoshima
4 21 April 1913 Marquis Tōgō Heihachirō (1847-1934) Kagoshima
5 7 Julai 1913 Putera Arisugawa Takehito (1862-1913) Kerabat Imperial
6 26 Mei 1917 Baron Goro Ijuin (1852-1921) Kagoshima
7 27 Jun 1922 Putera Higashifushimi Yorihito (1867-1922) Kerabat Imperial
8 8 Januari 1923 Baron Hayao Shimamura (1858-1923) Kochi
9 24 Ogos 1923 Baron Tomozaburo Kato (1861-1923) Hiroshima
10 27 Mei 1932 Putera Fushimi Hiroyasu (1876-1946) Kerabat Imperial
11 18 April 1943 Isoroku Yamamoto (1884-1943) Niigata
12 21 Jun 1943 Osami Nagano (1880-1947) Kochi
13 31 Mac 1944 Mineichi Koga (1885-1944) Saga

Lihat juga[sunting | sunting sumber]