Star Wars Episode V: The Empire Strikes Back

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Star Wars Episode V:
The Empire Strikes Back
SW - Empire Strikes Back.jpg
Poster teater oleh Roger Kastel
Pengarah Irvin Kershner
Penerbit Gary Kurtz
George Lucas
Rick McCallum
(Edisi Khas)
Penulis Leigh Brackett
Lawrence Kasdan
George Lucas
(Cerita)
Dibintangi oleh Mark Hamill
Harrison Ford
Carrie Fisher
Billy Dee Williams
Kenny Baker
Anthony Daniels
Frank Oz
Sir Alec Guinness
Muzik oleh John Williams
Sinematografi Peter Suschitzky, BSC
Disunting oleh Paul Hirsch
Syarikat
produksi
Pengedar 20th Century Fox
Mula ditayangkan
21 Mei 1980 (1980-05-21)
Tempoh tayangan
124 minit
Negara Amerika Syarikat
Bahasa Bahasa Inggeris
Perbelanjaan $18,000,000
Pecah panggung $538,375,067[1]

Star Wars Episode V: The Empire Strikes Back (bahasa Melayu harfiah Perang Bintang: Empayar Menyerang Kembali), adalah sebuah filem opera angkasa lepas 1980 yang ditulis Leigh Brackett and Lawrence Kasdan berasaskan lakon layar George Lucas dan diarahkan Irvin Kershner. Ia merupakan filem kedua dikeluarkan dalam saga Star Wars dan kelima mengikut kronologi dalaman.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Tiga tahun selepas Death Star telah dimusnahkan, puak pemberontak memindahkan pangkalan mereka dari Yavin Iv ke planet Hoth. Angkatan Empayar yang dipimpin oleh Darth Vader terus mencari pangkalan puak pemberontak dengan menghantar droid penjajakan ke seluruh galaksi. Luke telah diserang oleh wampa semasa dia sedang menyiasat droid jenis itu. Dia mampu melarikan diri dari gua wampa menggunakan lightsabernya. Sebelum dia tertakluk oleh suhu beku, jiwa mentornya, Obi-Wan Kenobi mengarahkannya dia pergi ke planet Dagobah untuk mencari seorang Kesateria Jedi yang bernama Yoda. Seterusnya, Han menemui Luke, lalu diselematkan oleh pasukan carian.

Sementara itu, droid penjajakan menemukan lokasi pangkalan puak pemberontak. Empayar melancarkan serangan besar-besaran, menggunakan AT-AT Walker untuk menawan pangkalan mereka. Puak pemberontak terpaksa mundur. Han dan Leia melarikan diri ke Millennium Falcon bersama dengan C-3PO dan Chewbacca, tetapi hiperdrive pesawat mereka tidak berfungsi. Mereka menyembunyi diri dalam lingkaran asteroid, perhubungan antara Han dan Leia menjadi rapat dan secara mengejut mereka berciuman. Vader mengupah beberapa orang pemburu untuk menyokong dalam penggeledahan Falcon. Luke pada masa itu memandu pesawat X-Wing-nya lalu mendarat di sebuah planet paya Dagobah. Dia bertemu dengan makhluk yang kerdil, iaitu Yoda. Selepas berbincang dengan Jiwa Obi-Wan, Yoda sudi menerima Luke sebagai pelajarnya dengan berat hati.

Setelah menyerang angkatan Empayar, Han dan temannya melakukan perjalanan ke Cloud City yang terletak di planet Bespin untuk membaiki pesawatnya. Seorang kawan lama Han, Lando Calrissan menguruskan bandar tersebut. Han disambut dengan tangan terbuka, tanpa pengetahuan kepadanya, seorang pemburu yang bernama Boba Fett menjajaki Falcon ke mari. Tidak lama selepas kedatangan mereka, Lando memerangkap mereka lalu menyerahkan mereka kepada Vader dan Fett. Vader merancang untuk mempergunakan mereka untuk memikat Luke bagi meringkusnya lalu menyerahkannya kepada Maharaja Palpatine. Luke mengetemui prasaan bahawa kesengsaraan Han dan Leia, dia menentang harapan Yoda dan Obi-Wan dan ingin menyingkirkan latihannya untuk menyelematkan kawannya.

Vader berniat hendak menahan Luke dalam mati suri melalui pembekuan karbon. Han telah dipilih sebagai subjek ujian, Han terselamat dalam proses pembekuan dan diserahkan kepada Fett. Lando bermula melarikan diri dan membebaskan Leia dan lain-lain, tetapi sudah terlambat untuk mengalang Fett bertolak dengan Han. Mereka meninggalkan Cloud City dengan menaiki Millennium Falcon. Sementara itu, Luke tiba di Cloud City dan bertemu dengan Vader. Mereka berdua menghidupkan lightsaber mereka dan memulakan pertarungan yang hebat. Vader memotong tangan kanan Luke, melucutkan senjatanya. Luke berteriak keras, dia menampik permintaan Vader untuk bergabung dengannya, menuduh dia membunuh ayahnya. Vader mendedahkan bahawa, sebenarnya, dia adalah ayahnya. Kebenaran itu memeranjatkan Luke, dia jatuh ke aci udara dan dikeluarkan di bawah Cloud City. Dia memegang antena, lalu meminta bantuan daripada Leia melalui telepati. Leia terasakannya, dia minta Lando untuk menyelamatkan Luke. Setelah Luke telah dibawa ke pesawat, mereka dikejar oleh pesawat TIE empayar, tetapi R2-D2 mampu mengaktifkan semula hiperdrive pesawat, membolehkan mereka melarikan diri.

Luke lalu dihantar ke frigat perubatan dalam angkatan puak pemberontak, tangan kanannya telah diganti oleh sebuah tangan robotik melalui pendedahan. Lando dan Chewbacca bertolak ke Tatooine untuk mencari Jabba dan menyelematkan Han. Luke, Leia, R2-D2 dan C3-PO menikmati pemandangan galaksi sementara menunggu khabar daripada Lando.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Mark Hamill sebagai Luke Skywalker: Seorang Jedi dalam pelatihan yang terhubung kuat dengan Force.
  • Harrison Ford sebagai Han Solo: Seorang penyelundup dan Kapten Millennium Falcon.
  • Carrie Fisher sebagai Putera Leia: Pemimpin puak pemberontak, bekas puteri planet Alderaan.
  • Billy Dee Williams sebagai Lando Calrissian: Pentabdir Cloud City dan seorang kawan lama Han Solo.
  • Anthony Daniels sebagai C-3PO: Sebuah droid protokol manusia dalam Puak Pemberontak.
  • David Prowse sebagai Darth Vader: Seorang pejuang dari sisi kegelapan Force dan perantis Maharaja. Suara watak ini dihasilkan oleh James Earl Jones.
  • Peter Mayhew sebagai Chewbacca: Seorang Wookiee dan kawan Han.
  • Kenny Baker sebagai R2-D2: Sebuah droid astromek dalam Puak Pemberontak dan kawan lama C-3PO.
  • Frank Oz sebagai Yoda: Seorang Jedi yang bijaksana dan sudah berusia beratus-ratus tahun. Dia tidak puas hati dengan ketidaksabaran Luke. Namun begitu, dia masih menerimanya sebagai pelajarnya.
  • Jeremy Bulloch sebagai Boba Fett: Seorang pemburu yang diupah oleh Empayar Galaksi. Dia berniat hendak menyerahkan Han kepada Jabba untuk menerima taruhan.
  • Beberapa orang pelakon memerankan Maharaja: Penguasa jahat Empayar Galaksi. Dia hanya muncul melalui hologram dalam filem ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]