Stray Kids (rancangan televisyen realiti)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi kumpulan muzik dengan nama yang sama, lihat Stray Kids.
Stray Kids
PenciptaJYP Entertainment
PengacaraPark Jin-young
Negara asalKorea Selatan
BahasaKorea
Bilangan musim1
Bilangan episod10
Penerbitan
Tempoh siaran
  • 60 minit
  • 90 minit (akhir)
Syarikat penerbitan
Syarikat pengedaran
Mnet
Penyiaran
Saluran asalMnet
Siaran asal17 Oktober 2017 (2017-10-17) – 19 Disember 2017 (2017-12-19)
Kronologi
Rancangan berkaitan
Sixteen
Pautan luar
Laman sesawang

Stray Kids (Hangul: 스트레이 키즈) adalah sebuah rancangan realiti yang dihasilkan oleh syarikat hiburan JYP Entertainment (JYPE) dan penyiar Mnet. Rancangan ini merupakan satu projek penampilan sulung kumpulan muzik lelaki dengan konsep kelangsungan antara "para pelatih lawan JYP". Ia ditayangkan di saluran Mnet dari 17 Oktober hingga 19 Disember 2017 pada slot waktu hari Selasa jam 23:00 (KST) untuk sepuluh buah episod.[1]

Ahli[sunting | sunting sumber]

Nama[2] Tarikh lahir Catatan
Perumian Hangul
Bang Chan 방찬 (1997-10-03) 3 Oktober 1997 (umur 22) Merupakan ketua kumpulan. Telah menyertai JYPE sejak tahun 2010 setelah melepasi uji bakat di Australia. Beliau pernah berlatih bersama dengan ahli-ahli kumpulan GOT7, DAY6 dan Twice.[3][4]
Kim Woo-jin 김우진 (1997-04-08) 8 April 1997 (umur 22) Bekas pelatih di syarikat S.M. Entertainment selama setahun di mana beliau pernah berlatih bersama dengan ahli-ahli kumpulan NCT.[3]
Lee Min-ho 이민호 (1998-10-25) 25 Oktober 1998 (umur 21) Mula menari sejak 4 hingga 5 tahun dahulu. Beliau merupakan salah seorang penari sandaran untuk konsert jelajah BTS.[5]
Seo Chang-bin 서창빈 (1999-08-11) 11 Ogos 1999 (umur 20) Pelatih di JYPE untuk dua tahun.[5]
Hwang Hyun-jin 황현진 (2000-03-20) 20 Mac 2000 (umur 19) Pelatih di JYPE untuk dua tahun.[5]
Han Ji-sung 한지성 (2000-09-14) 14 September 2000 (umur 19) Pernah tinggal dan belajar di Malaysia.[6]
Lee Felix 이필릭스 (2000-09-15) 15 September 2000 (umur 19) Dilahirkan di Australia.[5]
Kim Seung-min 김승민 (2000-09-22) 22 September 2000 (umur 19) Menyertai JYPE pada tahun 2016 setelah memenangi tempat kedua dalam uji bakat terbuka ke-13 syarikat.[3]
Yang Jeong-in 양정인 (2001-02-08) 8 Februari 2001 (umur 18) Dilahirkan di Busan, Korea Selatan.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yoon, Min-sik. "JYP new boyband project named 'Stray Kids'". Kpop Herald (dalam bahasa Inggeris). Herald Corporation. Dicapai 26 September 2017. 
  2. ^ "Member Introduction". Stray Kids (dalam bahasa Korea). CJ Digital Music. Diarkibkan daripada asal pada 13 Oktober 2017. Dicapai 13 Oktober 2017. 
  3. ^ a b c Han, In-goo. "[종합] 첫방 '스트레이키즈' 방찬의 프로젝트팀, 남자판 트와이스 향하여". Naver (dalam bahasa Korea). MK. Dicapai 17 Oktober 2017. 
  4. ^ Jeon, Jong-seon. "'스트레이 키즈' 방찬 "JYP 7년차 연습생···데뷔할 자신 있어"". Naver (dalam bahasa Korea). Sedaily. Dicapai 17 Oktober 2017. 
  5. ^ a b c d e Stray Kids [1회] 데뷔조 강력 후보! 남자 프로젝트팀은 누구? 171017 EP.1. YouTube (dalam bahasa Korea). Mnet. 17 Oktober 2017. Dicapai 21 Oktober 2017. 
  6. ^ Han, Hae-seon. "'스트레이 키즈' 최초 탈락자 결정 2nd 미션.."방출 위기 멤버, 직접 구해라"". Naver (dalam bahasa Korea). SE Daily. Dicapai 2 November 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]