Sultanah Nora binti Almarhum Tengku Ahmad
Tunku Puan Nora Ismail | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tunku Puan Johor | |||||
![]() | |||||
Sultanah Johor | |||||
Pemerintahan | 28 Oktober 1978 – 10 Mei 1981 | ||||
Kemahkotaan | 28 Oktober 1978 | ||||
Didahului oleh | Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad | ||||
Diikuti oleh | Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja | ||||
Keputeraan | Tengku Nora binti Tengku Ahmad 10 Oktober 1937 Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan, British Malaya | ||||
Pasangan | Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim (k. 1977; m. 1981) | ||||
| |||||
Kerabat | Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor | ||||
Ayahanda | Tengku Long Ahmad bin Tengku Abdul Ghaffar | ||||
Bonda | Che Puan Hajah Fatimah binti Dato' Abdul Hamid | ||||
Agama | Islam Sunni |
Sultanah Nora binti Almarhum Tengku Ahmad kini bergelar sebagai Tunku Puan Nora Ismail merupakan Sultanah Johor dari tahun 1978 hingga tahun 1981. Baginda merupakan seri paduka kekanda kepada Sultanah Zanariah binti Almarhum Tengku Ahmad yang juga merupakan Sultanah Johor dari tahun 1981 hingga tahun 2010.[1] Baginda ialah paduka anakanda kepada YBM Tengku Panglima Raja Long Ahmad bin YBM Tengku Temenggong Long Abdul Ghaffar ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah) dari Kelantan.
Pada tahun 2011, Sultanah Nora bergelar Tunku Puan Nora Ismail manakala Sultanah Zanariah bergelar Tunku Puan Zanariah Iskandar sebagai satu tradisi dalam Kerabat DiRaja Johor apabila Permaisuri baharu ditabalkan.[2][3]
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Tunku Puan Nora Ismail diputerikan pada 10 Oktober 1937 di Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan. Baginda ialah paduka puteri yang keenam kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Long Ahmad bin Tengku Temenggong Tengku Abdul Ghaffar dan Che Puan Hajah Fatimah binti Dato' Abdul Hamid antara sembilan orang adik-beradik. Seri Paduka Adindanya, Almarhumah Sultanah Zanariah ialah suri kepada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
Tunku Puan Nora mendapat pendidikan awal di Pasir Mas English School dan Sekolah Zainab di Kota Bharu, Kelantan. Selepas itu, baginda bersekolah di Sekolah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur selama tiga tahun. Kemudian, baginda melanjutkan pelajaran di Southend-on-Sea College di England dalam bidang art, social science, and domestic science. Pada masa lapang, baginda gemar berkebun, bersenam, bermain golf, dan mengikuti kelas keagamaan.[4]
Perkahwinan[sunting | sunting sumber]
Baginda telah berkahwin dengan Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada tahun 1977.
Kemahkotaan[sunting | sunting sumber]
Baginda telah dimahkotakan sebagai Sultanah Johor sempena Hari Keputeraan Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang ke-84 pada 28 Oktober 1978 di Istana Besar Johor.
Pemasyhuran[sunting | sunting sumber]
Nama baginda telah diabadikan pada sebuah hospital kerajaan di Batu Pahat dengan nama Hospital Sultanah Nora Ismail.[5]
Anugerah[sunting | sunting sumber]
Anugerah Johor[sunting | sunting sumber]
Johor :
Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K. I, 28 Oktober 1978).
Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J., 28 Oktober 1978).
Darjah Sultan Ismail Johor Yang Amat Diberkati Pangkat Pertama, Dato' Sri Setia Sultan Ismail Johor (S.S.I.J., 8 April 1996).
Anugerah Kelantan[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Mengenang Almarhum Tengku Puan Zanariah
- ^ Sultanah titles removed due to tradition
- ^ Gelaran Kerabat Johor mulai 2011
- ^ Buku ALMARHUM SULTAN ISMAIL JOHOR 1894-1981
- ^ Projek naik taraf Hospital Sultanah Nora Ismail
Sultanah Nora binti Almarhum Tengku Ahmad Tarikh keputeraan: 10 Oktober 1937
| ||
Kerabat diraja Malaysia | ||
---|---|---|
Didahului oleh Tunku Puan Fawzia Abdullah |
Tunku Puan Johor 1981 – kini |
Pemegang jawatan kini |