Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Johor

Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati diadakan dalam dua pangkat, iaitu D.K I dan D.K II seru bagi darjah yang dizahirkan pada 31 Julai 1886 ialah “Muafakat Itu Berkat”. Darjah ini tiada membawa gelaran, dan dikurniakan kepada kerabat damping, Raja-Raja Melayu dan pembesar Negara [1]

Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K I)[sunting | sunting sumber]

Most Esteemed Royal Family Order of Johor - ribbon bar.png

Darjah Kerabat Pangkat Pertama (D.K 1) mengandungi seutas kalung (collar) diperbuat daripada emas dan enamel berbentuk rantai yang berukir nama “Abu Bakar” dalam tulisan Jawi, dengan panji-panji Sultan di sebelah kanan dan Bendera Kerajaan (lambang kerajaan negeri) di sebelah kiri. Di atasnya merupakan Mahkota Kerajaan dan di bawahnya ditulis cogan kata tulisan jawi “Muafakat itu Berkat”. Sebiji bintang besar (breast badge) diperbuat daripada emas dan perak berbentuk bintang sembilan pecahan dengan diameter berukuran 90 mm, di tengahnya bulan sabit dengan tulisan Jawi “Kepada Allah Berserah”, di atasnya sebilah pedang bersilang dengan keris menjungjung mahkota, dan di kelilingi oleh enamel merah bertulis dalam huruf Jawi “Muafakat itu Berkat”.

Selain itu, sebuah bintang kecil (sash badge) berukuran 56 mm diameter sembilan pecahan beserta kain pita warna kuning emas dengan lebar 50 mm, dan kain selempang warna kuning emas dengan lebar 86 mm melengkapi darjah ini.

Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (D.K II)[sunting | sunting sumber]

Most Esteemed Royal Family Order of Johor - ribbon bar.png

Darjah Kerabat Pangkat Kedua (D.K II) mengandungi sebuah bintang besar tujuh pecahan, berukuran diameter 78 mm, di tengahnya sama dengan bintang besar pangkat perama, dan bintang kecil (neck badge) dan kain pita berwarna kuning emas selebar 50 mm.

Rujukan[sunting | sunting sumber]