Sungai Banun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Banun
Sungei Banun, Sungai/Sungei Banum, Sungai/Sungei Manun, Sungai/Sungei Pendam
Sungai Banun is located in Bumi
Sungai Banun
Sungai Banun (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 2.88 km (1.79 bt) ke barat day dari Rumah Ugap, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 120 dan 140 meter (393.7 dan 459.3 ka)
MuaraSungai Selangau 
 • lokasi
kira-kira 0.35 km (0.22 bt) ke barat laut dari Rumah Tegong, Daerah Selangau
 • koordinat
2°28′12″N 112°23′48″E / 2.47°N 112.39669°E / 2.47; 112.39669Koordinat: 2°28′12″N 112°23′48″E / 2.47°N 112.39669°E / 2.47; 112.39669
 • ketinggian
di antara 20 dan 40 meter (65.6 dan 131.2 ka)
Panjang4.55 kilometer (2.8 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Selangau → Batang MukahLaut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3][4]
Peta topografiJUPEM Selangau (DNMM5201)
JUPEM Nanga Arau (MY512A)

Sungai Banun (Jawi: سوڠاي بانون) merupakan sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam kawasan pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Sungai Selangau.[2][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Nama sungai ini telah dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[4] Toponim bentuk muka bumi ini iaitu Sungai Banun telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994. Pengenal pasti Sungai Banun dalam GeoNames ialah 1781308.[5] Nama lain bagi Sungai Banun yang dicatatkan ialah Sungei Banun, Sungai Banum, Sungei Banum, Sungai Manun, Sungei Manun, Sungai Pendam, dan Sungei Pendam.[5]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Banun berpunca di kawasan perhutanan di Hutan Simpan Selangau dalam Daerah Selangau, Sarawak iaitu lebih kurang 2.88 kilometer (1.8 bt) ke bahagian utara dari petempatan manusia terhampir iaitu Rumah Ugap. Sungai Banun berpunca tidak jauh dari puncak Bukit Jantan Telaga, iaitu hanya ke bahagian barat daya dari punca Sungai Banun. Sungai ini akan mengalir ke arah utara dahulu dalam beberapa kilometer sebelum berkelok ke timur laut untuk menuju ke penamatnya. Setibanya di penamatnya, Sungai Banun akan membuat pertemuan dengan Sungai Selangau dan terus mengalir ke Batang Mukah. Pertemuan ini terletak lebih kurang 0.35 kilometer (0.2 bt) ke bahagian barat laut dari Rumah Tegong.[1][2]

Sungai Banunmengalir sepanjang kira-kira 4.55 kilometer (2.8 bt) dari punca ke muaranya di Sungai Selangau. Punca bagi Sungai Banun terletak di ketinggian di antara 120 dan 140 meter (393.7 dan 459.3 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Banun pula terletak di ketinggian di antara 20 dan 40 meter (65.6 dan 131.2 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Banun merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3][4] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Selangau terletak di antara Sungai Tepus dan Sungai Itap.[2][5]

Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Banun.[6] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Banun dilitupi dengan kawasan perhutanan tebal dan beberapa kawasan petempatan manusia.[6] Petempatan yang berdekatan dengan Sungai Banun termasuk Rumah Tegong, Rumah Anchau, Rumah Ubah, Rumah Ugap dan Rumah Emang.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Tepus, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Itap, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2006). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak & WP Labuan [Lembar Selangau (187)] (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  5. ^ a b c d "Sungai Banun, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.