Sungai Selangau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Selangau
Sungei Selangau, Sg. Selangau
Sungai Selangu, Sungei Selangu
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberSungai Sebabai
 • lokasikira-kira dua kilometer ke tenggara dari Ladang Hijau Sarawak, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 160 dan 180 meter (524.9 dan 590.6 ka)
Sumber keduaSungai Tuang
 • lokasikira-kira 4.3 kilometer ke timur laut dari Rumah Julang, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 200 dan 220 meter (656.2 dan 721.8 ka)
Kuala sumber 
 • lokasikira-kira tiga kilometer ke timur laut dari Rumah Julang, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 60 dan 80 meter (196.9 dan 262.5 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
Rumah Maran (Nanga Selangau), Daerah Selangau
 • koordinat
2°31′38″N 112°18′47″E / 2.52736°N 112.31304°E / 2.52736; 112.31304Koordinat: 2°31′38″N 112°18′47″E / 2.52736°N 112.31304°E / 2.52736; 112.31304
 • ketinggian
di antara 20 dan 25 meter (65.6 dan 82.0 ka)
Panjang40.10 kilometer (24.9 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Anak sungai 
 • kiriSungai Engkasan, Sungai Bayan, Sungai Ngaroh, Sungai Alat, Sungai Tepus, Sungai Itap, Sungai Metah, Sungai Rusan, Sungai Entingah, Sungai Bakakang, Sungai Baloh, Sungai Penyuan, Sungai Seblu, Sungai Amang, Sungai Sebabai
 • kananSungai Ensurai, Sungai Sakup, Sungai Pangan, Sungai Ngayah, Sungai Kalampai, Sungai Banun, Sungai Pelupoh, Sungai Tesa, Sungai Kelaman, Sungai Samunsang, Sungai Merau, Sungai Kara, Sungai Tunggah, Sungai Segamang, Sungai Sebatu, Sungai Tekalit, Sungai Talu, Sungai Tuang

Sungai Selangau (Jawi: سوڠاي سلاڠاو) atau Sungai Selangu (Jawi: سوڠاي سلاڠو) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Selangau merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Selangau yang digunakan sebelum tahun 1972.[1][4] Dalam peta Sarawak tahun 1928 dan tahun 1929 terbitan Jabatan Ukur negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat untuk Kerajaan Sarawak, Sungai Selangau dilabelkan sebagai Sungai Selangu (ejaan lapuk ialah Sungei Selangu).[5][6] Manakala nama Sungai Selangau pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[2] Sungai Selangau dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1736968.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Selangau berpunca di kawasan perhutanan primer yang berbukit di Hutan Simpan Selangau dalam Daerah Selangau, Sarawak. Sungai Selangau berpunca daripada pertemuan dua sungai yang dikenali sebagai kuala sungai, iaitu Sungai Sebabai dan Sungai Tuang. Kedua-dua sungai itu berasal daripada Bukit Karah dengan masing-masing terletak di dua kilometer ke tenggara dari Ladang Hijau Sarawak dan 4.3 kilometer ke timur laut dari Rumah Julang. Sungai ini akan mengalir ke arah selatan sebelum berkelok ke barat daya untuk menuju muara di Batang Mukah. Sungai ini akan bercamtum dengan Batang Mukah sebagai penamat Sungai Selangau dan mengalir terus ke Laut China Selatan.[1][2]

Sungai Selangau mengalir sepanjang kira-kira 40.10 kilometer (24.9 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Pertemuan dua sungai iaitu SUngai Sebabai dan Sungai Tuang membentuk Sungai Selangau terletak di ketinggian di antara 60 dan 80 meter (196.9 dan 262.5 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Selangau yang terletak di Batang Mukah pula terletak di ketinggian di antara 20 dan 25 meter (65.6 dan 82.0 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Selangau merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Ipoh dan Sungai Kalai Kechil.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Selangau.[7] Kawasan lembah Sungai Selangau dilitupi dengan kawasan perhutanan, pertanian, jaringan jalan raya, dan petempatan manusia.[1][7]

Kawasan petempatan manusia yang terletak di sepanjang Sungai Selangau termasuk Rumah Maran, Rumah Manchong, Rumah Umban, Rumah Antalai, Rumah Nyaling, Rumah Tagong, Rumah Ubah, Rumah Ugap, Rumah Juan, Rumah Janting, Rumah Jimbai, Rumah Kudang, Rumah Pasang, Rumah Sumbang, Rumah Nyami, Rumah Anchai, Rumah Emang, Rumah Merayang, Rumah Emparang, dan Rumah Julang.[1][2]

Anak sungai[sunting | sunting sumber]

Terdapat 33 batang anak sungai yang bernama dalam lembangan Sungai Selangau dalam Daerah Selangau, Sarawak iaitu:[1][2][5][6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Ipoh, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Kalai Kechil, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h i Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Selangau, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 21 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  5. ^ a b Jabatan Ukur negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat (1928). Sarawak 1928 (Peta).
  6. ^ a b Jabatan Ukur negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat (1929). Sarawak 1929 (Peta).
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.