Sungai Engkasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Engkasan
Sungei Engkasan, Sg. Engkasan
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira dua kilometer ke selatan-barat daya dari Ladang Hijau Sarawak, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 80 dan 100 meter (262.5 dan 328.1 ka)
MuaraSungai Selangau 
 • lokasi
Rumah Umban, Daerah Selangau
 • koordinat
2°30′22″N 112°20′43″E / 2.50602°N 112.34516°E / 2.50602; 112.34516Koordinat: 2°30′22″N 112°20′43″E / 2.50602°N 112.34516°E / 2.50602; 112.34516
 • ketinggian
di antara 20 dan 40 meter (65.6 dan 131.2 ka)
Panjang4.68 kilometer (2.9 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Selangau → Batang MukahLaut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3][4]
Anak sungai 
 • kirianak sungai tak bernama
 • kanananak sungai tak bernama
Peta topografiJUPEM Selangau (DNMM5201/MY512A)

Sungai Engkasan (Jawi: سوڠاي اڠكاسن) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Sungai Selangau.[2][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Engkasan merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Engkasan yang digunakan sebelum tahun 1972.[1][5] Nama sungai ini pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[3] Sungai Engkasan dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1775537.[5]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Engkasan berpunca di kawasan perhutanan sekunder yang berbukit di dalam Hutan Simpan Selangau di Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Engkasan terletak di Bukit Karah, kira-kira dua kilometer ke arah selatan-barat daya dari Ladang Hijau Sarawak. Sungai ini mengalir ke arah timur laut dahulu, kemudian berkelok ke barat laut dan diikuti dengan ke arah barat daya untuk menghampiri muaranya di Sungai Selangau. Sungai ini akan bercamtum dengan Sungai Selangau, iaitu anak sungai kepada Batang Mukah sebagai penamat Sungai Engkasan. Muara bagi Sungai Engkasan terletak sangat hampir dengan Rumah Umbai dan Rumah Antalai, Daerah Selangau.[1][2]

Sungai Engkasan mengalir sepanjang kira-kira 4.68 kilometer (2.9 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Engkasan terletak di ketinggian di antara 80 dan 100 meter (262.5 dan 328.1 ka) dari atas paras laut tidak jauh daripada puncak bagi Bukit Karah manakala muara sungai bagi Sungai Engkasan pula terletak di ketinggian di antara 20 dan 40 meter (65.6 dan 131.2 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Engkasan merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu. Sungai Engkasan juga merupakan anak sungai kepada Sungai Selangau yang mengalir ke Batang Mukah.[3][4] Kedudukan sungai ini terletak di antara Nanga Selangau (Kuala Selangau) dan Sungai Ensurai.[2][5] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Engkasan.[6] Kawasan lembah Sungai Engkasan dilitupi dengan kawasan perhutanan.[1][6] Kawasan petempatan manusia yang berekatan dengan Sungai Engkasan ialah Rumah Umban dan Rumah Antalai, yang hanya beberapa meter sahaja dari muara Sungai Engkasan.[1][2][3]

Anak sungai[sunting | sunting sumber]

Dalam peta topografi siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), terdapat sepuluh sungai yang bermuara di Sungai Engkasan. Kesemua sungai yang bermuara di Sungai Engkasan ialah tidak bernama. Tujuh batang sungai yang bermuara di Sungai Engkasan bermuara di tebing kiri sungai manakala selebihnya iaitu tiga batang sungai lagi bermuara di tebing kanan Sungai Engkasan.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Ensurai, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b c d Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  4. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  5. ^ a b c d "Sungai Engkasan, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 21 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.