Sungai Entingah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Entingah
Sungei Entingah, Sungai/Sungei Matingah
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 3.58 km (2.22 bt) ke barat dari Ladang Hijau Sarawak, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 150 dan 170 meter (492.1 dan 557.7 ka)
MuaraSungai Selangau 
 • lokasi
pekarangan Rumah Juan, Daerah Selangau
 • koordinat
2°27′48″N 112°26′21″E / 2.46337°N 112.43903°E / 2.46337; 112.43903Koordinat: 2°27′48″N 112°26′21″E / 2.46337°N 112.43903°E / 2.46337; 112.43903
 • ketinggian
di antara 20 dan 40 meter (65.6 dan 131.2 ka)
Panjang8.58 kilometer (5.3 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Selangau → Batang MukahLaut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3][4]
Peta topografiJUPEM Selangau (DNMM5201)
JUPEM Nanga Arau (MY512A)

Sungai Entingah (Jawi: سوڠاي انتيڠه) merupakan sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam kawasan pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Sungai Selangau.[2][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Nama sungai ini telah dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[4] Toponim bentuk muka bumi ini iaitu Sungai Entingah telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994. Pengenal pasti Sungai Entingah dalam GeoNames ialah 1755703.[5] Nama lain bagi Sungai Entingah yang dicatatkan ialah Sungei Entingah, Sungai Matingah dan Sungei Matingah.[5]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Entingah berpunca di kawasan perhutanan di Hutan Simpan Selangau dalam Daerah Selangau, Sarawak iaitu lebih kurang 3.58 kilometer (2.2 bt) ke bahagian barat dari kawasan perladangan yang bernama Ladang Hijau Sarawak. Aliran air Sungai Entingah adalah ke arah selatan di peringkat hulu dan kemudian akan berkelok ke barat daya untuk menuju ke penamat. Setibanya di penamatnya, Sungai Entingah akan membuat pertemuan dengan Sungai Selangau dan terus mengalir ke Batang Mukah. Pertemuan dua sungai ini terletak di pekarangan Rumah Juan sahaja.[1][2]

Sungai Entingah mengalir sepanjang kira-kira 8.58 kilometer (5.3 bt) dari punca ke muaranya di Sungai Selangau. Punca bagi Sungai Entingah terletak di ketinggian di antara 150 dan 170 meter (492.1 dan 557.7 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Entingah pula terletak di ketinggian di antara 20 dan 40 meter (65.6 dan 131.2 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Entingah merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3][4] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Selangau terletak di antara Sungai Kelaman dan Sungai Samunsang.[2][5]

Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Entingah.[6] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Entingah telah dilitupi dengan kawasan perhutanan dara dan sekunder yang tebal. Terdapat juga beberapa petempatan manusia yang dibina dan kawasan perladangan pokok getah di lembah Sungai Entingah.[6] Petempatan yang berdekatan dengan Sungai Entingah ialah Rumah Juan, Rumah Janting, Rumah Merayang, dan Rumah Jimbai.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Kelaman, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Samunsang, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2006). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak & WP Labuan [Lembar Selangau (187)] (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  5. ^ a b c d "Sungai Entingah, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.