Sunan Ibnu Majah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian


Sunan Ibn Mājah (Bahasa Arab: سُنن ابن ماجه) ialah satu daripada himpunan kitab Hadis yang dikenali sebagai Al-Kutub al-Sittah (enam kitab utama Hadis). Himpunan Sunan ini karya Imam Ibnu Majah.

Pemerian[sunting | sunting sumber]

Himpunan ini memuatkan lebih 4,000 Hadis di dalam 32 buku (kutub) yang dibahagikan kepada 1,500 bab (abwāb).

Ketulenan[sunting | sunting sumber]

Himpunan ini dianggap orang Islam Ahli Sunah Waljamaah sebagai keenam 'terkuat' dalam Al-Kutub al-Sittah[1]. Namun demikian, kedudukan Sunan Ibnu Majah dalam kesarjaan Islam tidak diputuskan sehingga abad ke-14 M. Para sarjana Islam seperti Imam al-Nawawi (meninggal 676 H/1277 M) dan Ibn Khaldun (meninggal 808 H/1405 M) tidak memasukkan Sunan ke dalam senarai kitab hadis yang diterima pakai secara am; sarjana lain pula menggantikannya sama ada dengan Muwattak Imam Malik atau dengan Sunan Al-Darimi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

(Inggeris)

  1. ^ Gibril, Haddad (April 4, 2003), Various Issues About Hadiths, living ISLAM – Islamic Tradition

Pautan luar[sunting | sunting sumber]