Sungai Gangga
| Ganges (Ganga) | |
|---|---|
Pertemuan Sungai Alaknanda dan Bhagirathi serta permulaan batang utama sungai Ganges, atau Ganga di Devprayag | |
Peta lembangan saliran gabungan Sungai Ganges (kuning), Brahmaputra (ungu) dan Meghna (hijau) | |
| Etimologi | Gangga (dewi) |
| Lokasi | |
| Negara | India (Dikenali sebagai Ganga), Bangladesh (Dikenali sebagai Padma) |
| Bandar | Uttarakhand: Rishikesh & Haridwar
Uttar Pradesh: Bijnor, Garhmukteshwar, Hasanpur, Anupshahr, Farrukhabad, Fatehgarh, Kannauj, Kanpur, Fatehpur, Kunda, Prayagraj, Mirzapur, Varanasi, Mughalsarai, Ghazipur & Ballia Bihar: Chausa, Buxar, Chhapra, Danapur, Patna, Hajipur, Barh, Mokama, Begusarai, Munger, Sultanganj, Bhagalpur & Manihari Benggala Barat: Murshidabad, Palashi, Nabadwip, Shantipur, Kolkata, Serampore, Chinsurah, Baranagar, Diamond Harbour, Haldia, Budge Budge, Howrah, Uluberia & Barrackpore Rajshahi Division: Rajshahi, Pabna, Ishwardi Khulna Division: Kushtia, Shilaidaha Dhaka Division: Dhaka, Narayanganj, Gazipur, Munshiganj, Faridpur Chittagong Division: Chandpur, Noakhali Barisal Division: Bhola |
| Ciri-ciri fizikal | |
| Sumber | Pertemuan di Devprayag, Uttarakhand bagi Sungai Alaknanda (aliran sumber dalam hidrologi kerana panjangnya yang lebih panjang) dan sungai Bhagirathi (aliran sumber dalam tradisi Hindu). Hulu sungai termasuk: Mandakini, Nandakini, Pindar dan Dhauliganga, semuanya anak sungai Alaknanda.[1] |
| • lokasi | Devprayag, permulaan batang utama Sungai Ganges |
| Muara | Teluk Benggall |
• lokasi | Delta Gangga |
• koordinat | 22°00′U 90°54′T / 22.0°U 90.9°T |
| Panjang | 2,525 km (1,569 bt)[2] |
| Saiz lembangan | 1,999,000 km2 (772,000 bt2)[3] |
| Aliran | |
| • lokasi | Mulut Gangga |
| • purata | Jumlah larian air ke Teluk Bengal
(Period: 1921–1985)43,704 m3/s (1,543,400 ka3/s)[4] (Period: 1990–2020)1,350 km3/a (43,000 m3/s)[5] (dry period 38,129 m³/s,[6] wet period 53,170 m³/s;[3][7]) |
| Aliran | |
| • lokasi | Delta Gangga, Teluk Benggall |
| • purata | (Gangga tanpa Brahmaputra dan Meghna) 18,691 m3/s (660,100 ka3/s)[3] |
| Aliran | |
| • lokasi | Benteng Farakka[6] |
| • minimum | 180 m3/s (6,400 ka3/s) |
| • purata | 16,648 m3/s (587,900 ka3/s) |
| • maksimum | 70,000 m3/s (2,500,000 ka3/s) |
| Ciri-ciri lembangan | |
| Anak sungai | |
| • kiri | Ramganga, Garra, Gomti, Tamsa Ghaghara, Gandak, Burhi Gandak, Koshi, Mahananda |
| • kanan | Yamuna, Tamsa, Karamnasa, Sone, Punpun, Falgu, Kiul, Chandan, Ajay, Damodar, Rupnarayan |
Sungai Gangga[8] (Hindi: गंगा, rumi: Gaṅgā, Jawi: ݢڠݢ; bahasa Inggeris: Ganges) ialah sebatang sungai merentasi sempadan di Asia Selatan yang mengalir ke arah timur melalui Dataran Gangga di utara subbenua India hingga ke Bangladesh. Panjang sungai ini 2525 kilometer,[2] ia mengalir dari barat banjaran Himalaya di negeri Uttarakhand di India, lalu mengalir ke arah delta sungai Sundarban di Teluk Benggala. Sumber lain menyatakan panjang sungai ini ialah 2620 km. Lembangan sungai Gangga menyalirkan air sebanyak 1,000,000 km persegi untuk menampung salah sebuah kawasan yang paling besar ketumpatan kependudukan manusianya di dunia. Kedalaman purata sungai ini adalah 52 kaki (16 m), dan kedalaman maksimumnya 100 kaki (30 m). Sungai ini habitat penting kepada kira-kira 140 spesies ikan, 90 spesies amfibia, serta beberapa spesies reptilia dan mamalia istimewa yang hanya ditemukan di sunga tersebut.[9] Sungai ini ke-20 panjang di dunia. Sekitar 400 juta penduduk tinggal di kiri kanan tebing sungai dengan kepadatan penduduk 390 / km 2.
Sungai Gangga suci kepada penganut agama Hindu yang memujanya sebagai dewi Gangga, di samping juga kaya dengan kepentingan sejarah: banyak sekali bekas ibu kota wilayah atau diraja (seperti Patliputra, Kannauj, Kara, Allahabad, Murshidabad, dan Calcutta) yang terletak sepanjang tebingnya. Pada awal Zaman Veda hingga Zaman Rigveda, Sungai Indus dan Sungai Saraswati adalah sungai suci yang utama, bukan Sungai Gangga. Tetapi sejak Veda ke-3, Sungai Ganges lebih diutamakan. Dataran Gangga menjadi lokasi pelbagai tamadun dari Empayar Maurya hingga ke Empayar Mughal Dalam buku Discovery of India (1946), Jawaharlal Nehru menyanjungi kebesaran Sungai Ganges seperti berikut:
Sungai Ganges ialah sungai yang terpenting sekali di India, yang menawan sanubari India dan menarik berjuta-juta orang ke tebingnya semenjak bermulanya sejarah. Kisah Sungai Ganges, dari puncanya hingga ke laut, dari zaman dahulu hingga kini, ialah kisah tamadun dan kebudayaan India, kisah kebangkitan dan kejatuhan empayar, kisah kota-kota agung dan megah, kisah pengembaraan manusia…
Hulu sungai
[sunting | sunting sumber]Hulu sungai ini ialah sungai Bhagirathi dan Alaknanda yang dianggap sebagai sumber budaya dan mitos Hindu. Salji mencair dari puncak Nanda Devi, Trisul, dan Kamet. Glasier Gangotri di Gaumukh terletak pada ketinggian 3.892 m.
Sungai suci
[sunting | sunting sumber]Sungai ini amatlah suci bagi Hinduisme.Jika mereka tidak pergi ke sungai ini seolah-olah mereka tidak dapat masuk syurga. Penganut Hindu akan menampung air di tangan dan membasuh tubuh bagi menyucikan diri daripada dosa-dosa lampau. Ketika pulang mereka akan membawa balik sebotol air sungai ini. Jika sesiapa meninggal dunia, abu mayat akan ditabut ke dalam sungai. Ramai yang mandi dan berenang di Gangotri, Haridwar, Prayag, atau Varanasi.
Setiap Mei dan Jun, penganut Hindu akan merayakan avatarana . Mereka akan berendam di dalam sungai untuk menyucikan diri.Biji bijan dan beras akan ditaburkan.
Perayaan Kumbh Mela disambut setiap 3 tahun sekali terutama di Haridwar dan Prayag. Mereka akan ziarah, berkumpul, mandi, berbincang dan menyanyi lagu-lagu agama. Pada Januari 207, seramai 70 juta penganut Hindu berkumpul di Prayag. Pada 206, seramai 60 juta sempena Kumbh Mela-Maha. Tarikh perayaan ini ditentukan oleh planet Musytari (Bṛhaspati) dan matahari.
Dalam seni dan kesusasteraan
[sunting | sunting sumber]
The Ganges.. Lukisan Gangga yang memasuki dataran berhampiran Haridwar oleh William Purser dengan ilustrasi puitis oleh Letitia Elizabeth Landon dalam Buku Skrap Bilik Lukisan Fisher, 1838.[10]
Colgong on the Ganges.. Lukisan Gangga berhampiran Kahalgaon oleh J. M. W. Turner dengan ilustrasi puitis oleh Letitia Elizabeth Landon dalam Buku Skrap Bilik Lukisan Fisher, 1839.[11]- Ditampilkan sebagai tahap dalam permainan video Tomb Raider III (1998).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Lodrick, Deryck O.; Ahmad, Nafis (28 January 2021), Ganges River, Encyclopedia Britannica, diarkibkan daripada yang asal pada 7 May 2020, dicapai pada 2 February 2021
- 1 2 Jain, Agarwal & Singh 2007.
- 1 2 3 C B Sharma (11 January 2021). Applied Environmental Sciences & Engineering. BFC Publications. ISBN 978-0-313-38007-5. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 February 2023. Dicapai pada 17 November 2021.
- ↑ (PDF; 773 KB)
- ↑ Hanquan, Yang; Tianshen, Mei; Xiaoyan, Chen (2024). "Variation of Satellite-Based Suspended Sediment Concentration in the Ganges-Brahmaputra Estuary from 1990 to 2020". Remote Sensing. 16 (2): 396. Bibcode:2024RemS...16..396Y. doi:10.3390/rs16020396.
- 1 2 Kumar, Singh & Sharma 2005.
- ↑ (PDF; 773 KB)
- ↑ Wilkinson, Richard James (1932). "Gangga". A Malay-English dictionary (romanised). Jil. I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 325 – melalui TROVE, National Library of Australia.
- ↑ Rice, Earle (2012). The Ganges River. Mitchell Lane Publishers, Incorporated. m/s. 25. ISBN 978-1-61228-368-5.
- ↑ Landon, Letitia Elizabeth (1837). "picture". Fisher's Drawing Room Scrap Book, 1838. Fisher, Son & Co. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2022. Dicapai pada 20 December 2022.Landon, Letitia Elizabeth (1837). "poetical illustration". Fisher's Drawing Room Scrap Book, 1838. Fisher, Son & Co. m/s. 33–34. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2022. Dicapai pada 20 December 2022.
- ↑ Landon, Letitia Elizabeth (1838). "picture". Fisher's Drawing Room Scrap Book, 1839. Fisher, Son & Co. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 March 2023. Dicapai pada 6 February 2023.Landon, Letitia Elizabeth (1838). "poetical illustration". Fisher's Drawing Room Scrap Book, 1839. Fisher, Son & Co. m/s. 17. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 March 2023. Dicapai pada 6 February 2023.
Sumber-sumber
[sunting | sunting sumber]- Jain, Sharad K.; Agarwal, Pushpendra K.; Singh, Vijay P. (2007). Hydrology and water resources of India. Springer. Bibcode:2007hwri.book.....J. ISBN 978-1-4020-5179-1.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| Ketahui lebih lanjut tentang Sungai Gangga di Wikipedia: | |
| Maklumat dari Wikidata | |
| Takrifan dari Wikikamus | |
| Imej dan media dari Commons | |
| Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
| Berita dari Wikiberita | |
| Petikan dari Wikipetikan | |
| Teks sumber dari Wikisumber | |
| Buku teks dari Wikibuku | |
- ON THINNER ICE 如履薄冰: signs of trouble from the Water Tower of Asia, where headwaters feed into all the great rivers of Asia (by GRIP, Asia Society and MediaStorm)
- Ganga in the Imperial Gazetteer of India, 1909
- Melting Glaciers Threaten Ganges
- Bibliography on Water Resources and International Law. Peace Palace Library
- Ganga as the River of India