Sungai Jugam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Jugam
Sungei Jugam, Sg. Jugam
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Jatan
 • lokasidalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 100 dan 120 meter (328.1 dan 393.7 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
Rumah Sti, Daerah Selangau
 • koordinat
2°18′59″N 112°31′36″E / 2.31647°N 112.52669°E / 2.31647; 112.52669Koordinat: 2°18′59″N 112°31′36″E / 2.31647°N 112.52669°E / 2.31647; 112.52669
 • ketinggian
di antara 50 dan 60 meter (164.0 dan 196.9 ka)
Panjang2.04 kilometer (1.3 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama
 • kanananak sungai tanpa nama

Sungai Jugam (Jawi: سوڠاي جوݢم) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ejaan bagi Sungei Jugam merupakan ejaan lampau bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu, Sungai Jugam yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Jugam dicatatkan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Jugam yang telah direkodkan terletak di 2°19′N 112°31′E / 2.317°N 112.517°E / 2.317; 112.517 (Sungai Jugam).[5][6] Sungai Jugam dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1772230.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Jugam berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit di kira-kira 1.67 kilometer (1.0 bt) ke bahagian utara dari Rumah Sli dalam Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Jugam terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills. Sungai Jugam mengalir ke arah barat kemudian berkelok ke selatan dengan beberapa lengkungan untuk menuju ke hilir. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Jugam dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Cantuman ini terletak di pekarangan Rumah Sti.[1][2]

Sungai Jugam mengalir sepanjang kira-kira 2.04 kilometer (1.3 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Jugam terletak di ketinggian di antara 100 dan 120 meter (328.1 dan 393.7 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Jugam pula terletak di ketinggian di antara 50 dan 60 meter (164.0 dan 196.9 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Jugam merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Nansang dan Sungai Sepulau.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Jugam.[7] Kawasan lembah Sungai Jugam dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia dan pertanian.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Jugam ialah Rumah Sli dan Rumah Rasin.[1][2] Dalam peta topografi cetakan tidak terhad siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sungai Jugam mempunyai tiga batang anak sungai yang tak bernama.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Nansang, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Sepulau, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Jugam, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.