Sungai Kambau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Kambau
Sungei Kambau, Sungai Kambai, Sg. Kambai, Sg. Kambau
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Kambai
 • lokasidalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 140 dan 160 meter (459.3 dan 524.9 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 1.14 kiloemter ke barat dari Rumah Pengarah, Daerah Selangau
 • koordinat
2°19′45″N 112°28′49″E / 2.3292°N 112.48017°E / 2.3292; 112.48017Koordinat: 2°19′45″N 112°28′49″E / 2.3292°N 112.48017°E / 2.3292; 112.48017
 • ketinggian
di antara 45 dan 55 meter (147.6 dan 180.4 ka)
Panjang1.16 kilometer (0.7 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Anak sungai 
 • kanananak sungai tanpa nama

Sungai Kambau (Jawi: سوڠاي كمباو) atau Sungai Kambai (Jawi: سوڠاي كمباي) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Kambau merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Kambau yang digunakan sebelum tahun 1972. Sungai Kambau juga dikenali sebagai Sungai Kambai (ejaan pra-1927 ialah Sungei Kambai).[4] Rekod nama bagi Sungai Kambai dicatatkan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Kambai yang telah direkodkan terletak di 2°20′N 112°29′E / 2.333°N 112.483°E / 2.333; 112.483 (Sungai Kambau).[5][6] Sungai Kambau dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1771783.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Kambau berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit di kira-kira 1.6 kilometer (1.0 bt) ke bahagian tenggara dari Rumah Pengarah dalam Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Kambau terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills. Sungai Kambau mengalir ke arah timur laut dahulu diperingkat hulu, lalu menuju ke utara mendekati hilirnya tatkala sebatang anak sungai tak bernama bermuara. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Kambau dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Cantuman ini terletak di kira-kira 1.2 kilometer (0.7 bt) ke arah barat dari Rumah Pengarah.[1][2]

Sungai Kambau mengalir sepanjang kira-kira 1.14 kilometer (0.7 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Kambau terletak di ketinggian di antara 140 dan 160 meter (459.3 dan 524.9 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Kambau pula terletak di ketinggian di antara 45 dan 55 meter (147.6 dan 180.4 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Kambau merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Selabi dan Sungai Wong.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Kambau.[7] Kawasan lembah Sungai Kambau dilitupi dengan kawasan perhutanan.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Kambau ialah Rumah Pengarah dan Rumah Enchan.[1][2] Dalam peta topografi cetakan tidak terhad siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sungai Kambau mempunyai sebatang anak sungai yang tak bernama.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Selabi, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Wong, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Kambau, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.