Sungai Selabi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Selabi
Sungei Selabi, Sg. Selabi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Jatan
 • lokasidalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 140 dan 160 meter (459.3 dan 524.9 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
Rumah Pengarah, Daerah Selangau
 • koordinat
2°20′05″N 112°28′20″E / 2.33464°N 112.47214°E / 2.33464; 112.47214Koordinat: 2°20′05″N 112°28′20″E / 2.33464°N 112.47214°E / 2.33464; 112.47214
 • ketinggian
di antara 45 dan 55 meter (147.6 dan 180.4 ka)
Panjang7.85 kilometer (4.9 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama
 • kanananak sungai tanpa nama

Sungai Selabi (Jawi: سوڠاي سلابي) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Selabi merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Selabi yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Nama sungai ini pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[5] Sungai Selabi dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 15 Julai 2023, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 12546978.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Selabi berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit di kira-kira 2.43 kilometer (1.5 bt) ke bahagian timur laut dari Rumah Pengarah dalam Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Selabi terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills dekat dengan sumber Sungai Setapang. Sungai Selabi mengalir ke arah timur dahulu di peringkat hulu sepanjang satu kilometer setengah. Apabila terdapat anak sungai bermuara, Sungai Selabi akan melengkung ke arah selatan. Setelah mengalir sepanjang dua kilometer, Sungai Selabi akan berkelok ke barat kemudian barat daya untuk mendekati hilirnya. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Selabi dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Cantuman ini terletak di Rumah Pengarah.[1][2]

Sungai Selabi mengalir sepanjang kira-kira 7.85 kilometer (4.9 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Selabi terletak di ketinggian di antara 140 dan 160 meter (459.3 dan 524.9 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Selabi pula terletak di ketinggian di antara 45 dan 55 meter (147.6 dan 180.4 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Selabi merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Dap dan Sungai Kambai.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Selabi.[6] Kawasan lembah Sungai Selabi dilitupi dengan kawasan perhutanan.[1][6] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Selabi ialah Rumah Pengarah, Rumah Angga dan Rumah Enchan.[1][2] Dalam peta topografi cetakan tidak terhad siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sungai Selabi mempunyai sembilan batang anak sungai yang tak bernama.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Dap, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Kambau, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Selabi, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960–an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.