Sungai Kuala Lama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Kuala Lama
Sungai Lama, Sungei Lama
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianMukah
DaerahMukah
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 500 meter ke timur laut dari Lapangan Terbang Mukah, Daerah Mukah
 • ketinggiandi antara 5 dan 10 meter (16.4 dan 32.8 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
beberapa meter ke arah barat dari Kampung Litong, Daerah Mukah
 • koordinat
2°54′24″N 112°05′40″E / 2.90675°N 112.09455°E / 2.90675; 112.09455Koordinat: 2°54′24″N 112°05′40″E / 2.90675°N 112.09455°E / 2.90675; 112.09455
 • ketinggian
di antara 0 dan 5 meter (0.0 dan 16.4 ka)
Panjang2.6 kilometer (1.6 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3][4]
Peta topografiJUPEM Mukah (DNMM5201/MY512A)

Sungai Kuala Lama (Jawi: سوڠاي كوالا لاما) ialah sebatang sungai di Daerah Mukah, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Mukah dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama sungai ini telah dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an dengan nama "Sungai Lama" (ejaan lapuk ialah Sungei Lama).[3] Manakala nama "Sungai Kuala Lama" mula dipaparkan dalam peta topografi terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia siri DNMM5201 di lembaran Mukah dengan nombor lembar iaitu 171.[2] Toponim bentuk muka bumi ini iaitu Sungai Kuala Lama telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1758694.[5]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Kuala Lama berpunca di sekitar kawasan perhutanan sekunder yang pamah di dalam Daerah Mukah, Sarawak berdekatan dengan tapak Lapangan Terbang Mukah yang lama sebelum berkelok ke tenggara. Sungai Kuala Lama bakal melengkung ke timur laut dengan menelusuri kawasan perkampungan tersusun iaitu Kampung Kuala Lama terlebih dahulu. Berdekatan dengan simpang tiga jalan tanpa nama, Sungai Kuala Lama akan berkelok ke timur untuk menuju ke muaranya lalu melewati kawasan kolam di tebing selatan. Sungai ini akan bercamtum dengan Batang Mukah yang mengalir terus ke Laut China Selatan sebagai penamat Sungai Kuala Lama. Muara bagi Sungai Kuala Lama terletak hanya beberapa meter ke arah barat dari Kampung Litong, Daerah Mukah yang di mana terletak di tebing kanan Batang Mukah sahaja.[1][2]

Sungai Kuala Lama mengalir sepanjang kira-kira 2.6 kilometer (1.6 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Kuala Lama terletak di ketinggian di antara 5 dan 10 meter (16.4 dan 32.8 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Kuala Lama pula terletak di ketinggian di antara 0 dan 5 meter (0.0 dan 16.4 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Kuala Lama merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Mukah. Sungai Kuala Lama juga merupakan anak sungai kepada Batang Mukah yang mengalir terus ke Laut China Selatan.[3][4] Kedudukan sungai ini terletak di antara Kuala Mukah dan Sungai Mason.[2][5]

Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Kuala Lama.[6] Kawasan lembah Sungai Kuala Lama dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia, pengangkutan dan pertanian.[6] Petempatan yang berdekatan dengan Sungai Kuala Lama termasuk Kampung Kuala Lama dan Kampung Litong.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Mason, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b c Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  4. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  5. ^ a b c "Sungai Kuala Lama, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 21 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.