Sungai Mason

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Mason
Sungei Mason
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianMukah
DaerahMukah
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasitidak jauh daripada bangunan Gereja Katolik Saint Peter & Paul, Daerah Mukah
 • ketinggiandi antara 0 dan 5 meter (0.0 dan 16.4 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
beberapa meter ke arah barat dari Kampung Litong, Daerah Mukah
 • koordinat
2°54′14″N 112°05′41″E / 2.90395°N 112.09465°E / 2.90395; 112.09465Koordinat: 2°54′14″N 112°05′41″E / 2.90395°N 112.09465°E / 2.90395; 112.09465
 • ketinggian
di antara 0 dan 5 meter (0.0 dan 16.4 ka)
Panjang0.5 kilometer (0.3 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Peta topografiJUPEM Kampung Pinang (MY711A)

Sungai Mason (Jawi: سوڠاي ماسون) ialah sebatang sungai di Daerah Mukah, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Mukah dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[1][2] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Toponim bentuk muka bumi ini iaitu Sungai Mason telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 23 Julai 2023, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 12547217.[2]

Laporan Utusan Borneo Online pada 17 Januari 2023 mengatakan bahawa didapati terdapat batang-batang kayu yang terkumpul di sungai ini, iaitu Sungai Mason dan Sungai Kuala Lama. Ia disebabkan oleh fenomena air pasang surut penghujung tahun lalu iaitu tahun 2022. Sungai Mason dan Sungai Kuala Lama juga merupakan laluan nelayan sungai yang digunakan untuk menangkap hasil sungai seperti ikan tetapi terhalang oleh batang-batang kayu yang terkumpul. Sebagai tindakan lanjut, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak telah membersihkan kawasan tersebut dengan kadar segera. Royston Valentine selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) kawasan Tellian turut meninjau kawasan kejadian.[4][5]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Mason berpunca di sekitar kawasan tanah pamah di dalam Daerah Mukah, Sarawak berdekatan dengan bangunan Gereja Katolik Saint Peter & Paul di Kampung Kuala Lama. Sungai Mason mengalir ke arah timur laut dahulu dalam beberapa meter, kemudian mengalir ke timur secara melintang. Apabila mendekati muaranya di Batang Mukah, Sungai Mason kembali mengalir ke arah timur laut. Sungai ini akan bercamtum dengan Batang Mukah yang mengalir terus ke Laut China Selatan sebagai penamat Sungai Mason. Muara bagi Sungai Mason terletak hanya beberapa meter ke arah barat dari Kampung Litong, Daerah Mukah yang di mana terletak di tebing kanan Batang Mukah sahaja. Terletak juga berhampiran dengan muara Sungai Mason iaitu Berek Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) Mukah.[1][2]

Sungai Mason mengalir sepanjang kira-kira 0.5 kilometer (0.3 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Mason terletak di ketinggian di antara 0 dan 5 meter (0.0 dan 16.4 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Mason pula terletak di ketinggian di antara 0 dan 5 meter (0.0 dan 16.4 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Mason merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Mukah. Sungai Mason juga merupakan anak sungai kepada Batang Mukah yang mengalir terus ke Laut China Selatan.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Kuala Lama dan Sungai Penakup.[1][2]

Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Mason.[6] Kawasan lembah Sungai Mason dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia, pengangkutan dan pertanian.[6] Petempatan yang berdekatan dengan Sungai Mason termasuk Kampung Kuala Lama dan Kampung Litong.[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2016). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri MY711A Skala 1:5,000–10,000 – Sabah, Sarawak & WP Labuan [Lembar Kampung Pinang (AS2123)] (Peta). 1:10 000. MY711A.
  2. ^ a b c d e f g h i "Sungai Mason, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 21 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ "Masalah batang kayu di Sungai Kuala Lama kembali lagi". Utusan Borneo Online. 17 Januari 2023. Dicapai pada 15 Ogos 2023.
  5. ^ "Royston Tinjau Kerja-Kerja Pembersihan Sungai Di Mukah". UKAS Sarawak. Petra Jaya, Kuching: Unit Komunikasi Awam Sarawak. 16 Januari 2023. Dicapai pada 15 Ogos 2023.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.