Sungai Mawang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Mawang
Sungei Mawang, Sg. Mawang
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Jatan
 • lokasidalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 80 dan 100 meter (262.5 dan 328.1 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 430 meter ke arah utara dari Rumah Empaok Rantau Melaban, Daerah Selangau
 • koordinat
2°21′22″N 112°26′14″E / 2.35601°N 112.43735°E / 2.35601; 112.43735Koordinat: 2°21′22″N 112°26′14″E / 2.35601°N 112.43735°E / 2.35601; 112.43735
 • ketinggian
di antara 35 dan 45 meter (114.8 dan 147.6 ka)
Panjang0.70 kilometer (0.4 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]

Sungai Mawang (Jawi: سوڠاي ماواڠ) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Mawang merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Mawang yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Mawang dicatatkan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Mawang yang telah direkodkan terletak di 2°21′N 112°26′E / 2.350°N 112.433°E / 2.350; 112.433 (Sungai Mawang).[5][6] Sungai Mawang dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1755507.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Mawang berpunca di kawasan perhutanan sekunder pamah di kira-kira 900 meter ke bahagian timur dari Rumah Sabeli dalam Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Mawang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills. Sungai Mawang mengalir ke arah selatan untuk menghampiri muaranya. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Mawang dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Cantuman ini terletak di kira-kira 430 meter ke arah utara dari Rumah Empaok Rantau Melaban.[1][2]

Sungai Mawang mengalir sepanjang kira-kira 0.70 kilometer (0.4 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Mawang terletak di ketinggian di antara 80 dan 100 meter (262.5 dan 328.1 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Mawang pula terletak di ketinggian di antara 35 dan 45 meter (114.8 dan 147.6 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Mawang merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Tisok dan Sungai Matai.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Mawang.[7] Kawasan lembah Sungai Mawang dilitupi dengan kawasan perhutanan.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Mawang ialah Rumah Sabeli dan Rumah Empaok Rantau Melaban.[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Tisok, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Matai, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Mawang, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.