Sungai Tisok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Tisok
Sungei Tisok, Sg. Tisok
Sungai Tisok is located in Bumi
Sungai Tisok
Sungai Tisok (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Jatan
 • lokasidalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 330 dan 350 meter (1,082.7 dan 1,148.3 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 600 meter ke arah barat dari Rumah Sabeli, Daerah Selangau
 • koordinat
2°21′48″N 112°25′28″E / 2.36327°N 112.42434°E / 2.36327; 112.42434Koordinat: 2°21′48″N 112°25′28″E / 2.36327°N 112.42434°E / 2.36327; 112.42434
 • ketinggian
di antara 35 dan 45 meter (114.8 dan 147.6 ka)
Panjang15.06 kilometer (9.4 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Anak sungai 
 • kiri
 • kanan

Sungai Tisok (Jawi: سوڠاي تيسوق) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Tisok merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Tisok yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Tisok dicatatkan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Tisok yang telah direkodkan terletak di 2°22′N 112°25′E / 2.367°N 112.417°E / 2.367; 112.417 (Sungai Tisok).[5][6] Sungai Tisok dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1736967.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Tisok berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit di dalam Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Tisok terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, tidak jauh daripada puncak bukit bagi Bukit Jatan dan punca bagi Sungai Selubok Tengah dan Sungai Sebatu. Sungai ini akan melengkung menuju ke selatan, kemudian terdapat anak sungai yang bernama Sungai Tisok Kura bakal bermuara di sini. Setelah aliran sungai telah mengalir sepanjang dua kilomter secara menengak ke arah selatan, sungai ini akan berkelok ke arah barat tatkala Sungai Tisok Kanan bermuara di sini. Sungai Tisok akan menuju ke arah selatan kembali setelah mengalir sepanjang lima kilomter secara melintang ke arah barat. Sungai ini akan membuat lengkungan, lalu Sungai Selubok diikuti dengan Sungai Setapang bakal membuat pertemuan sebagai kuala sungai. Sungai Tisok diteruskan lagi dengan mengalir ke arah barat daya untuk mendekati muaranya. Sungai ini bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Tisok dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Cantuman ini terletak di kira-kira 600 meter ke arah barat dari Rumah Sabeli.[1][2]

Sungai Tisok mengalir sepanjang kira-kira 15.06 kilometer (9.4 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Tisok terletak di ketinggian di antara 330 dan 350 meter (1,082.7 dan 1,148.3 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Tisok pula terletak di ketinggian di antara 35 dan 45 meter (114.8 dan 147.6 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Tisok merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Pesala dan Sungai Mawang.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Tisok.[7] Kawasan lembah Sungai Tisok dilitupi dengan kawasan perhutanan yang agak tebal.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Tisok hanyalah Rumah Sabeli.[1][2] Dalam peta topografi cetakan tidak terhad siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sungai Tisok mempunyai 25 batang anak sungai; empat batang anak sungai yang bernama merangkumi Sungai Tisok Kura, Sungai Tisok Kanan, Sungai Selubok dan Sungai Setapang manakala selebihnya tak bernama.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Pesala, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Mawang, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Tisok, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.