Sungai Nansang (anak sungai Batang Mukah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Nansang
Anak sungai kepada Batang Mukah
Lokasi
NegaraMalaysia
Negeri/wilayahSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 2 km (1.2 bt) ke barat daya dari Rumah Rasin
 • koordinat2°18′09″N 112°30′22″E / 2.302637°N 112.506216°E / 2.302637; 112.506216
 • ketinggiankira-kira 190–200 m (620–660 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 0.3 km (0.2 bt) ke barat dari Rumah Rasin
 • koordinat
2°19′08″N 112°30′58″E / 2.31898°N 112.51615°E / 2.31898; 112.51615Koordinat: 2°19′08″N 112°30′58″E / 2.31898°N 112.51615°E / 2.31898; 112.51615
 • ketinggian
kira-kira 50–60 m (160–200 ka)
Panjang3.4 km (2.1 bt)[1][2]
Aliran 
 • lokasiBatang Mukah
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiMukah[3]
Peta topografiJUPEM Punjut Langi (DNMM5201)

Sungai Nansang (Jawi: سوڠاي ننسڠ) atau Sungai Nunsang (Jawi: سوڠاي نونسڠ) merupakan sebatang sungai di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Nansang merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan Daerah Selangau dalam Bahagian Sibu. Sungai Nansang juga merupakan anak sungai kepada Batang Mukah (Sungai Mukah) dalam Bahagian Sibu.[2][4] Kedudukan sungai ini terletak kira-kira 1,100 kilometer (683.5 bt) ke bahagian timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Toponim Sungai Nansang pertama kali dipaparkan dalam peta topografi Malaysia Timur siri T735 terbitan Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia), dengan label nama "S. Nansang".[3] Toponim bentuk muka bumi ini juga telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames dengan pengenal pasti Sungai Nansang dalam GeoNames ialah 1753351.[4] Sungai Nansang juga mempunyai nama lain iaitu Sungei Nansang, Sungai/Sungei Nunsang.[4]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Nansang berpunca di sekitar kawasan perhutanan primer di dalam Daerah Selangau, Sarawak. Lokasi punca bagi sungai ini terletak kira-kira 2 km (1.2 bt) ke arah barat daya dari kawasan Rumah Rasin. Ketinggian di punca bagi Sungai Nansang ialah di antara 190 dan 200 m (623.4 dan 656.2 ka) dari atas permukaan laut. Terletak juga berhampiran dengan sumber sungai bagi Sungai Sepulau. Pergerakkan Sungai Nansang pada umumnya akan berliku-liku di peringkat hulu dan menuju ke bahagian utara untuk bercamtum dengan Batang Mukah sebagai penamat dan seterusnya mengalir ke Laut China Selatan. Penamat bagi sungai ini terletak kira-kira 0.3 km (0.2 bt) ke arah barat dari Rumah Rasin, Sarawak di ketinggian di antara 50 dan 60 m (164.0 dan 196.9 ka) dari atas permukaan laut.[1][2] Panjang keseluruhan Sungai Nansang dari bahagian hulu hingga ke bahagian hilir di Batang Mukah ialah kira-kira 3.4 km (2.1 bt).[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Nansang merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Kedudukan sungai ini dalam Batang Mukah terletak di antara Sungai Biong dan Sungai Jugam.[2][4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Nansang.[5] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Nansang dilitupi dengan kawasan perhutanan, dan semak belukar.[5][6] Tiada kawasan petempatan manusia yang terbina di sekitar lembah Sungai Nansang namun Rumah Sti dan Rumah Rasin merupakan petempatan yang terhampir dengannya. Bandar yang terletak berhampiran dengan Sungai Nansang ialah Selangau, yang terletak di bahagian barat laut dari sungai ini.[1][3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Biong, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Jugam, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Bruno Manser Fonds. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2002). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak dan WP Labuan (Peta). 1:50,000. DNMM5201: Lembar Punjut Langi (203). Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  3. ^ a b c d Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Nansang, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 6 Januari 2024. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  5. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  6. ^ "Peta Interaktif – eBiz JUPEM". eBiz JUPEM. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 25 Februari 2023. Dicapai pada 25 Februari 2023.