Selangau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Selangau

Selangau merupakan sebuah daerah di bawah pentadbiran Bahagian Sibu, Sarawak, Malaysia. Pekan Selangau merupakan pekan terbesar di bahagian Sibu. Selangau juga mempunyai jumlah penduduk yang ramai berbanding dengan pekan-pekan lain (22318 orang [1]). Kini Selangau diiktiraf sebagai daerah Selangau. Selangau dikenali sebagai daerah perhentian dan Selangau merupakan sebuah daerah yang kaya dengan hasil hutan seperti buah-buahan. Daerah Selangau juga kaya dengan rumah panjang iaitu rumah Manchong, rumah Layang, rumah Teretang, rumah Usit dan sebagainya. Selain itu Selangau juga kaya dengan hasil pertanian seperti kelapa sawit, buah rambutan, durian, dabai dan sebagainya. Dahulunya Selangau merupakan kawasan perkampungan akan tetaapi kini Selangau telah membangun dengan pesatnya sehinggalah menjadi daerah perhentian. Sungai Selangau merupakan sungai yang berhubungan dengan batang Mukah. Bukan sekadar itu, Selangau juga merupakan destinasi sebagai tempat rehat sementara bagi pemandu yang dalam perjalanan jauh ke tempat-tempat seperti Sibu, Sarikei, dan Betong, sehinggalah ke Kuching.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

sekolah rendah[sunting | sunting sumber]

  • SK Ulu Sg Arip
  • SK Sg Tau
  • SK Sg Sepiring
  • SK Sg Pakoh
  • SK Sg Kemena
  • SK Sg Buloh
  • SK Sg Bawang
  • SK Sg Arau
  • SK Sg Anak
  • SK St Matthew Sekuau (M)
  • SK St Mark (M)
  • SK Penghulu Imban
  • SK Nanga Tajam
  • SK Nanga Selangau
  • SK Nanga Kua
  • SK Kuala Pelugau
  • SK Kuala Lemai
  • SK Iban Union
  • SK Bukit Arip
  • SK Batu 36
  • SK Dijih Selangau
  • SJK(C) Tong Ah

sekolah menengah[sunting | sunting sumber]

  • SMK Ulu Balingian

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pada masa dahulu, Selangau dihubungkan melalui pengangkutan air. Kini, ia mudah dihubungi melalui jalan dan sering menjadi jalan utama utntuk ke Pekan Selangau. Pengguna jalan yang hendak melakukan perjalanan ke Sibu dan Bintulu melalui jalan tersebut akan berehat di Selangau ataupun di tempat perhentian bas seperti Restoran Impian Selangau dan Restoran Nurliana Abdullah Selangau. Dalam projek Lebuhraya Pan Borneo, Selangau termasuk dalam pakej WPC 08, yang menghubungkan Sg. Kua ke Sg. Arip. Tujuan utama projek ini adalah menaiktaraf jalan sedia ada kepada 4 lorong 2 hala dan membina laluan serta jambatan-jambatan baharu, termasuk Jambatan Batang Mukah dan pembinaan sebuah jejambat di persimpangan Mukah. Ia diuruskan oleh Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) dan kontraktor utama projek ini adalah Musyati Mudajaya JV (MMJV) Sdn Bhd.

Kebudayaan dan pendapatan[sunting | sunting sumber]

Selangau mempunyai pasar yang beroperasi pata setiap hari Sabtu dan Ahad di mana peniaga-peniaga menjual hasil mereka. Pesta Selangau dianjurkan setiap tahun dan menjadi sumber pendapatan utama peniaga-peniaga yang berniaga di tapak pesta tersebut selain menjemput artis-artis terkenal Sarawak.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Klinik Kesihatan Selangau diwujudkan untuk mengurangkan pergerakan masa yang lama ke Hospital Sibu, Hospital Mukah dan Hospital Bintulu. Ia mampu menampung lebih daripada 90 pesakit pada satu-satu masa. Ia diuruskan oleh Kememnterian Kesihatan.

Kecemasan[sunting | sunting sumber]

Bagi mengurangkan respons lama dari Balai Bomba Sibu dan Balai Bomba Mukah, Selangau mempunyai balai bomba sendiri yang mampu mengurangkan respons yang mengambil masa yang lama. Ia diuruskan oleh Jababtan Bomba dan Penyelamat dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Nota[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]