Sungai Pangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Pangan
Sungei Pangan, Sg. Pangan, Sungai Pangon
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira empat kilometer ke barat daya dari Rumah Tagong, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 140 dan 160 meter (459.3 dan 524.9 ka)
MuaraSungai Selangau 
 • lokasi
Rumah Nyami, Daerah Selangau
 • koordinat
2°29′28″N 112°21′47″E / 2.49119°N 112.36313°E / 2.49119; 112.36313Koordinat: 2°29′28″N 112°21′47″E / 2.49119°N 112.36313°E / 2.49119; 112.36313
 • ketinggian
di antara 20 dan 40 meter (65.6 dan 131.2 ka)
Panjang6.7 kilometer (4.2 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Selangau → Batang MukahLaut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3][4]
Anak sungai 
 • kirianak sungai tak bernama
 • kanananak sungai tak bernama
Peta topografiJUPEM Selangau (DNMM5201/MY512A)

Sungai Pangan (Jawi: سوڠاي ڤاڠن) atau Sungai Pangon (Jawi: سوڠاي ڤاڠون) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Sungai Selangau.[2][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Pangan merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Pangan yang digunakan sebelum tahun 1972.[1][5] Dalam peta Sarawak tahun 1928 terbitan Jabatan Ukur negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat untuk Kerajaan Sarawak, Sungai Pangan dilabelkan sebagai Sungai Pangon (ejaan lapuk ialah Sungei Pangon).[6] Manakala nama Sungai Pangan pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[3] Sungai Pangan dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1752362.[5]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Pangan berpunca di kawasan perhutanan primer yang berbukit di dalam Hutan Simpan Mukah Hills di Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Pangan terletak di Bukit Jantan Telaga (atau Bukit Jatan Telaga), kira-kira empat kilometer ke arah barat daya dari Rumah Tagong. Sungai ini mengalir ke arah arah utara-barat laut kemudian akan sedikit melengkung di beberapa bahagian tengah sungai untuk mendekati muaranya di Sungai Selangau. Sungai ini akan bercamtum dengan Sungai Selangau, iaitu anak sungai kepada Batang Mukah sebagai penamat Sungai Pangan. Muara bagi Sungai Pangan terletak tidak jauh dari Rumah Nyami, Daerah Selangau iaitu hanya 400 meter ke arah barat dari Rumah Nyami.[1][2]

Sungai Pangan mengalir sepanjang kira-kira 6.7 kilometer (4.2 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Pangan terletak di ketinggian di antara 140 dan 160 meter (459.3 dan 524.9 ka) dari atas paras laut tidak jauh daripada puncak bagi Bukit Jantan Telaga manakala muara sungai bagi Sungai Pangan pula terletak di ketinggian di antara 20 dan 40 meter (65.6 dan 131.2 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Pangan merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu. Sungai Ensurai juga merupakan anak sungai kepada Sungai Selangau yang mengalir ke Batang Mukah.[3][4] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Bayan dan Sungai Ngaroh.[2][5] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Pangan.[7] Kawasan lembah Sungai Ensurai dilitupi dengan kawasan perhutanan.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang berdekatan dengan Sungai Pangan ialah Rumah Nyami dan Rumah Nyaling.[1][2][3]

Anak sungai[sunting | sunting sumber]

Dalam peta topografi siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), terdapat lapan batang sungai yang didapati bermuara di Sungai Pangan.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Bayan, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Ngaroh, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b c d Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  4. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  5. ^ a b c d "Sungai Pangan, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 21 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  6. ^ Jabatan Ukur negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat (1928). Sarawak 1928 (Peta).
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.