Sungai Pararan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Pararan
Sungei Pararan, Sg. Pararan, Sungai Peraran, Sungai Praran
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Tempuan
 • lokasidalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 440 dan 460 meter (1,443.6 dan 1,509.2 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira satu kilometer ke timur dari Nanga Arau, Daerah Selangau
 • koordinat
2°18′10″N 112°34′39″E / 2.30274°N 112.57747°E / 2.30274; 112.57747Koordinat: 2°18′10″N 112°34′39″E / 2.30274°N 112.57747°E / 2.30274; 112.57747
 • ketinggian
di antara 60 dan 70 meter (196.9 dan 229.7 ka)
Panjang11.10 kilometer (6.9 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Anak sungai 
 • kiriSungai Pararan Kanan
 • kanananak sungai tanpa nama

Sungai Pararan (Jawi: سوڠاي ڤاراران) atau Sungai Peranan dan Sungai Praran (dua-dua dalam Jawi: سوڠاي ڤراران) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Pararan merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Pararan yang digunakan sebelum tahun 1972.[1][4] Sungai Paranan juga dikenali sebagai Sungai Pranan dan Sungai Peraran.[4][5] Nama sungai ini pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[2] Lokasi koordinat bagi Sungai Pararan yang pertama dijumpai dalam sebuah gazetir yang bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua terbitan Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat bagi Sungai Pararan yang dicatatkan terletak di 2°18′N 112°34′E / 2.300°N 112.567°E / 2.300; 112.567 (Sungai Pararan).[5][6] Sungai Pararan dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1750707.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Pararan berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit di kira-kira 3.12 kilometer (1.9 bt) ke barat daya dari puncak Bukit Lombok dalam Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Pararan terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, berdekatan dengan sempadan Darah Selangau–Daerah Dalat dan punca sungai bagi Sungai Mayang. Sungai Pararan bakal mengalir ke barat laut sepanjang dua kilometer, lalu melengkung ke utara. Setelah mengalir sepanjang lima kilometer setengah dari hulu, anak sungai Sungai Pararan yang bernama Sungai Pararan Kanan akan bermuara di sini. Lalu, sungai akan berkelok ke timur sepanjang satu kilometer lebih, sebelum berkelok ke utara untuk menuju muara. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Pararan dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Cantuman ini terletak di kira-kira 1.02 kilometer (0.6 bt) ke timur dari Nanga Arau.[1][2]

Sungai Pararan mengalir sepanjang kira-kira 11.10 kilometer (6.9 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Pararan terletak di ketinggian di antara 440 dan 460 meter (1,443.6 dan 1,509.2 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Pararan pula terletak di ketinggian di antara 60 dan 70 meter (196.9 dan 229.7 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Pararan merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Arau dan Sungai Nguap.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Pararan.[7] Kawasan lembah Sungai Pararan dilitupi dengan kawasan perhutanan.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Pararan ialah Nanga Arau, Rumah Limbing, Rumah Balang, Rumah Sabuang dan Rumah Nyalang.[1][2] Dalam peta topografi siri T735 yang diterbitkan oleh Direktorat Pemetaan Negara Malaysia, Sungai Pararan mempunyai 13 batang anak sungai yang tak bernama dan sebatang anak sungai yang bernama iaitu Sungai Pararan Kanan.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Arau, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Nguap, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h i Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d e "Sungai Peraran, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). 21 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  5. ^ a b U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.