Sungai Penakup

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Penakup
Sungei Penakup
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianMukah
DaerahMukah
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasiberdekatan dengan Taman Boulevard Setia Raja, Mukah, Daerah Mukah
 • ketinggiandi antara 4 dan 8 meter (13.1 dan 26.2 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
beberapa meter ke arah utara dari Kampung Penakub Permai, Daerah Mukah
 • koordinat
2°53′46″N 112°05′48″E / 2.89611°N 112.09663°E / 2.89611; 112.09663Koordinat: 2°53′46″N 112°05′48″E / 2.89611°N 112.09663°E / 2.89611; 112.09663
 • ketinggian
di antara 0 dan 4 meter (0.0 dan 13.1 ka)
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[1][2]
Peta topografiJUPEM Kampung Pinang (MY711A)

Sungai Penakup (Jawi: سوڠاي ڤناكوڤ) ialah sebatang sungai di Daerah Mukah, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Mukah dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][3] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Toponim bentuk muka bumi ini iaitu Sungai Penakup telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 23 Julai 2023, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 12547219.[2]

Sebuah laporan The Borneo Post pada 13 Oktober 2013, mengatakan bahawa projek tebatan banjir Sungai Mukah fasa pertama di Sungai Penakup telah berjaya dilaksanakan oleh kerajaan negeri Sarawak untuk mengurangkan kesan limpahan air sungai di kawasan petempatan berdekatan serta keselesaan penduduk setempat. Menurut Irwandee Reduan selaku Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Mukah ketika itu, projek tebatan banjir ini dapat meningkatkan kapasiti air sungai Sungai Penakub yang bertujuan untuk menampung limpahan air yang disebabkan oleh faktor pasang surut air di Batang Mukah dan cuaca iaitu hujan lebat. Projek tebatan banjir yang dibuat di Sungai Penakub telah memakan kos sebanyak RM1,256,727.[4]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Penakup berpunca di terusan buatan manusia di kawasan tanah pamah di dalam Daerah Mukah, Sarawak. Punca bagi Sungai Penakup juga terletak berhampiran dengan Taman Boulevard Setia Raja di Bandar Baru Mukah. Sungai ini akan mengalir ke arah timur laut dalam beberapa meter, kemudian membengkok ke tenggara dalam beberapa meter juga, dan kembali mengalir ke arah timur laut untuk menghampiri muaranya. Sungai ini akan bercamtum dengan Batang Mukah yang mengalir terus ke Laut China Selatan sebagai penamat Sungai Penakup. Muara bagi Sungai Penakup terletak di kawasan perkampungan Kampung Penakub Permai, Daerah Mukah. Terletak juga berhampiran dengan muara Sungai Penakup iaitu Pasar Pekan Lama Mukah.[3][2]

Punca bagi Sungai Penakup terletak di ketinggian di antara 4 dan 8 meter (13.1 dan 26.2 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Penakup pula terletak di ketinggian di antara 0 dan 4 meter (0.0 dan 13.1 ka) dari atas paras laut.[3][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Penakup merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Mukah. Sungai Penakup juga merupakan anak sungai kepada Batang Mukah yang mengalir terus ke Laut China Selatan.[2][1] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Mason dan Sungai Tellian.[3][2]

Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Penakup.[5] Kawasan lembah Sungai Penakup dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia, pengangkutan dan pertanian.[5] Petempatan yang berdekatan dengan Sungai Penakup termasuk Kampung Penakub Permai, Kampung Tanjung, Bandar Baru Mukah dan Pekan Lama Mukah.[3][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Mason, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Tellian, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h "Sungai Penakup, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 21 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  3. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2016). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri MY711A Skala 1:5,000–10,000 – Sabah, Sarawak & WP Labuan [Lembar Kampung Pinang (AS2123)] (Peta). 1:10 000. MY711A.
  4. ^ "Projek tebatan banjir tingkat keselesaan penduduk Mukah". The Borneo Post. 13 Oktober 2013. Dicapai pada 15 Ogos 2023.
  5. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.