Sungai Sebabai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Sebabai
Sungei Sebabai
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira dua kilometer ke tenggara dari Ladang Hijau Sarawak, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 160 dan 180 meter (524.9 dan 590.6 ka)
MuaraSungai Selangau 
 • lokasi
kira-kira tiga kilometer ke timur laut dari Rumah Julang, Daerah Selangau
 • koordinat
2°26′41″N 112°31′21″E / 2.44478°N 112.52257°E / 2.44478; 112.52257Koordinat: 2°26′41″N 112°31′21″E / 2.44478°N 112.52257°E / 2.44478; 112.52257
 • ketinggian
di antara 60 dan 80 meter (196.9 dan 262.5 ka)
Panjang2.9 kilometer (1.8 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Selangau → Batang MukahLaut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3][4]
Peta topografiJUPEM Ulu Arip (DNMM5201/MY512A)

Sungai Sebabai (Jawi: سوڠاي سباباي) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Sungai Selangau.[2][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Sebabai merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Ngaroh yang digunakan sebelum tahun 1972.[1][5] Nama sungai ini telah dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[3] Sungai Sebabai dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1746325.[5]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Sebabai berpunca di kawasan perhutanan sekunder yang berbukit di dalam Hutan Simpan Selangau di Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Sebabai terletak di Bukit Karah, kira-kira dua kilometer ke arah tenggara dari Ladang Hijau Sarawak. Sungai ini megalir ke arah tenggara dahulu, kemudian membengkok ke selatan untuk menuju ke muaranya. Sungai ini akan bercamtum dengan Sungai Tuang untuk membentuk Sungai Selangau yang juga merupakan anak sungai kepada Batang Mukah sebagai penamat Sungai Sebabai. Muara bagi Sungai Sebabai terletak tiga kilometer ke arah timur laut dari Rumah Julang, Daerah Selangau.[1][2]

Sungai Sebabai mengalir sepanjang kira-kira 2.9 kilometer (1.8 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Sebabai terletak di ketinggian di antara 160 dan 180 meter (524.9 dan 590.6 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Sebabai pula terletak di ketinggian di antara 60 dan 80 meter (196.9 dan 262.5 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Sebabai merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu. Sungai Sebabai juga merupakan anak sungai kepada Sungai Selangau yang mengalir ke Batang Mukah.[3][4] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Tuang dan Sungai Talu.[2][5] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Sebabai.[6] Kawasan lembah Sungai Ngaroh dilitupi dengan kawasan perhutanan.[1][6] Kawasan petempatan manusia yang berekatan dengan Sungai Sebabai hanyalah Rumah Julang.[1][2][3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Talu, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hilir sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b c d Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  4. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  5. ^ a b c d "Sungai Sebabai, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 21 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.