Sungai Dap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Dap
Sungei Dap, Sg. Dap
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Bunau
 • lokasidalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 280 dan 300 meter (918.6 dan 984.3 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
Rumah Pengarah, Daerah Selangau
 • koordinat
2°20′07″N 112°28′07″E / 2.33523°N 112.46852°E / 2.33523; 112.46852Koordinat: 2°20′07″N 112°28′07″E / 2.33523°N 112.46852°E / 2.33523; 112.46852
 • ketinggian
di antara 45 dan 55 meter (147.6 dan 180.4 ka)
Panjang10.8 kilometer (6.7 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[2][3]
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama
 • kanananak sungai tanpa nama

Sungai Dap (Jawi: سوڠاي داڤ) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Batang Mukah.[2][4] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungei Dap merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Dap yang digunakan sebelum tahun 1972.[4] Rekod nama bagi Sungai Dap dicatatkan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat, yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Dap yang telah direkodkan terletak di 2°20′N 112°28′E / 2.333°N 112.467°E / 2.333; 112.467 (Sungai Dap).[5][6] Sungai Dap dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1746202.[4]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Dap berpunca di kawasan perhutanan primer berbukit di kira-kira 4.34 kilometer (2.7 bt) ke bahagian utara dari Rumah Semukau dalam Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Dap terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mukah Hills dan berhampiran dengan puncak Bukit Bunau. Sungai Dap mengalir ke arah tenggara dahulu, kemudian melengkung ke utara tatkala anak sungai tak bernama dari Bukit Kambai bermuara di sini. Sebelum tamat, Sungai Dap akan melengkung ke timur untuk mendekati hilirnya. Sungai ini bakal bercantum dengan Batang Mukah sebagaimana ia penamat bagi Sungai Dap dan terus mengalir ke Laut China Selatan. Cantuman ini terletak di beberapa meter ke arah selatan dari Rumah Pengarah.[1][2]

Sungai Dap mengalir sepanjang kira-kira 10.8 kilometer (6.7 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Dap terletak di ketinggian di antara 280 dan 300 meter (918.6 dan 984.3 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Dap pula terletak di ketinggian di antara 45 dan 55 meter (147.6 dan 180.4 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Dap merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[2][3] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Terangku dan Sungai Selabi.[4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Dap.[7] Kawasan lembah Sungai Rusa dilitupi dengan kawasan perhutanan.[1][7] Kawasan petempatan manusia yang terletak berhampiran dengan Sungai Dap ialah Rumah Pengarah dan Rumah Angga.[1][2] Dalam peta topografi cetakan tidak terhad siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sungai Dap mempunyai 10 batang anak sungai yang tak bernama.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Terangku, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Selabi, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f g h Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia 1:50,000 (Peta Cetak Topografi Tidak Terhad) (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Dap, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Ke-10 Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama 1776474]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.