Sungai Tekalit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Tekalit
Sungei Tekalit
Sungai Tekalit is located in Bumi
Sungai Tekalit
Sungai Tekalit (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 7.45 km (4.63 bt) ke tenggara dari puncak Bukit Lombok, Daerah Selangau
 • ketinggiandi antara 480 dan 500 meter (1,574.8 dan 1,640.4 ka)
MuaraSungai Selangau 
 • lokasi
kira-kira 2.18 km (1.35 bt) ke timur dari Rumah Julang, Daerah Selangau
 • koordinat
2°26′49″N 112°29′00″E / 2.44691°N 112.48343°E / 2.44691; 112.48343Koordinat: 2°26′49″N 112°29′00″E / 2.44691°N 112.48343°E / 2.44691; 112.48343
 • ketinggian
di antara 40 dan 60 meter (131.2 dan 196.9 ka)
Panjang15.95 kilometer (9.9 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Selangau → Batang MukahLaut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3][4]
Anak sungai 
 • kiriSungai Ampong, Sungai Selubok Kanan
Peta topografiJUPEM Punjut Langi (DNMM5201)
JUPEM Nanga Arau (MY512A)

Sungai Tekalit (Jawi: سوڠاي تكاليت) merupakan sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam kawasan pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Sungai Selangau.[2][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Nama sungai ini telah dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[4] Toponim bentuk muka bumi ini iaitu Sungai Tekalit telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994. Pengenal pasti Sungai Tekalit dalam GeoNames ialah 1740924.[5] Nama lain bagi Sungai Tekalit yang dicatatkan ialah Sungei Tekalit sahaja.[5]

Bentuk fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Tekalit berpunca di kawasan perhutanan di Hutan Simpan Mukah Hills dalam Daerah Selangau, Sarawak iaitu lebih kurang 7.45 kilometer (4.6 bt) ke bahagian tenggara dari puncak Bukit Lombok. Punca bagi Sungai Tekalit juga terletak berhampiran dengan punca Sungai Arau Karupuk dan Sungai Grugu. Aliran air Sungai Sebatu adalah kebanyakan menuju ke arah barat dahulu di peringkat hulu. Kemudian, aliran air Sungai Tekalit dari semasa ke semasa kan menuju ke arah barat laut dengan beberapa likuan sungai yang terbentuk untuk menghampiri penamat. Setibanya di penamatnya, Sungai Tekalit akan membuat pertemuan dengan Sungai Selangau dan terus mengalir ke Batang Mukah. Pertemuan dua sungai ini terletak di lebih kurang 2.18 km (1.35 bt) ke bahagian timur dari Rumah Julang.[1][2]

Sungai Tekalit mengalir sepanjang kira-kira 15.95 kilometer (9.9 bt) dari punca ke muaranya di Sungai Selangau. Punca bagi Sungai Tekalit terletak di ketinggian di antara 480 dan 500 meter (1,574.8 dan 1,640.4 ka) dari atas paras laut manakala muara sungai bagi Sungai Tekalit pula terletak di ketinggian di antara 40 dan 60 meter (131.2 dan 196.9 ka) dari atas paras laut.[1][2]

Bentuk lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Tekalit merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3][4] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Selangau terletak di antara Sungai Sebatu dan Sungai Talu.[2][5]

Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Tekalit.[6] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Tekalit telah dilitupi dengan kawasan perhutanan dara dan sekunder yang tebal. Terdapat juga beberapa petempatan manusia yang dibina di lembah Sungai Tekalit.[6] Petempatan yang berdekatan dengan Sungai Sebatu hanyalah Rumah Julang sahaja.[1]

Sungai Tekalit mempunyai dua batang anak sungai yang bernama iaitu:[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Sebatu, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Talu, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e f Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2005). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak & WP Labuan [Lembar Punjut Langi (203)] (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735.
  5. ^ a b c d "Sungai Tekalit, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.