Syed Hanafi bin Syed Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hafiz UG14
Nama lahirSyed Hanafi bin Syed Abdullah
Juga dikenali sebagai
Hafiz
Kelahiran1966 (1966)
Berasal dariMalaysia Malaysia
Meninggal dunia19 Mei 2020(2020-05-19) (umur 53–54)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
GenreRock
PekerjaanPemain dram
Tahun aktif1989 hingga 2020
Syarikat rakaman
EMAREC (1989-1990)
CBS Records (1990)
Saga Records (1991)
Polygram (1991-1993)
Pengkarya berkait
UG14

Syed Hanafi bin Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Hafiz (1966 – 19 Mei 2020) merupakan pemain dram sebuah kumpulan rock yang muncul pada awal 90-an iaitu UG14 bersama-sama dengan Wom (vokal), Teddy (keyboard), Chico (gitar, kemudian digantikan dengan Andy) dan Daud (bass). Beliau merupakan saudara kandung kepada vokalis kumpulan Ababil dan G.E.T iaitu Ajid dan juga merupakan saudara tiri kepada dua gitaris kumpulan Search (Kid dan Din) dan pemain bass kumpulan Kris (Musa/Lomaq).

Bersama UG14, beliau telah menghasilkan 3 buah album studio sebelum membawa haluan sendiri dengan menjadi pemuzik bebas di Johor Bahru sehingga ke akhir hayatnya.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Syed Hanafi Syed Abdullah, 54, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru jam 9.15 malam, 19 Mei 2020 akibat masalah buah pinggang.

Anak sulungnya, Syed Mohd Syafiq, 26, berkata, bapanya yang lebih dikenali dengan panggilan Hafiz juga mempunyai masalah jantung pada 2015 dan menjalani pembedahan dalam tahun yang sama. Jenazah dimandikan dan disolatkan di Hospital Sultanah Aminah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru.