Pergi ke kandungan

Tamadun Etruria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tamadun Etruria
  • 𐌓𐌀𐌔𐌄𐌍𐌍𐌀
  • Rasenna
900 SM[1]–27 SM[1]
Keluasan tamadun Etruria dan dua belas kota Liga Etruria
Keluasan tamadun Etruria dan dua belas kota Liga Etruria
StatusNegara-negara kota
Bahasa yang umum digunakanBahasa Etruria
Agama
Agama Etruria
KerajaanKepenghuluan
Badan perundanganLiga Etruria
Era SejarahZaman Besi, Sejarah purba
900 SM[1]
• Bandar-bandar Etruria terakhir rasmi diilhak empayar Rom
27 SM[1]
Mata wangSyiling Etruria (bermula abad ke-5 SM)
Didahului oleh
Diganti oleh
Budaya Villanova Purba
Empayar Rom
Sekarang sebahagian dari

Tamadun Etruria[a] merupakan sebuah ketamadunan yang bertapak di kawasan lembangan Etruria di tengah Semenanjung Itali dari sekitar 900 SM ke 27 SM dengan sistem politik gabungan negara-negara kota sendiri.[5] Selepas menakluki tanah-tanah di sekelilingnya, jajahannya sampai ke Tuscana , Umbria barat dan utara Lazio,[6][7] begitu juga Lembah Po, Emilia-Romagna, tenggara Lombardia, selatan Veneto dan barat Campania.[8][9]

Banyak buku telah ditulis mengenai asal usul mereka Namun, sarjana moden bersepakat bahawa orang Etruria sudah lama bertempat di kawasan tersebut sejak prasejarah.[10][11][12][13][14] Bukti terawal yang boleh dikenal pasti sebagai budaya Etruria berasal dari sekitar 900 SM.[15] Ini tempoh budaya Villanova Zaman Besi, dianggap sebagai fasa terawal tamadun Etruria,[16][17][18][19][20] yang berkembang dari budaya Proto-Villanova Zaman Besi lewat yang wujud sebelum itu di kawasan yang sama,[21] sebahagian daripada sistem budaya Padang Tempayan Abu Mayat di tengah Eropah. Tamadun Etruria menguasai Itali sehinggalah ia jatuh kepada Rom yang berkembang pada lewat abad ke-4 SM akibat Peperangan Rom-Etruria;[22] orang Etruria diberikan kewarganegaraan Rom pada 90 SM, dan hanya pada 27 SM seluruh kerajaan Etruria diilhakkan ke dalam Empayar Rom yang baru diasaskan itu.[21]

Tamadun ini mencapai keluasan terbesarnya sekitar 500 SM, tidak lama selepas Kerajaan Rom menjadi Republik Rom. Budayanya berkembang di tiga gabungan kota: Etruria (Tuscany, Latium dan Umbria), Lembah Po dengan Alp timur, juga Campania.[23][24] Liga mereka dikatakan oleh Titus Livius bertempat di utara Itali.[25][26][27] Jajahan Etruria mengecil sedikit demi sedikit tetapi selepas 500 SM, kestabilan politik kuasa di semenanjung Itali teralih daripada kerajaan Etruria ke Republik Rom yang semakin berkuasa.[28]

Contoh tulisan Etruria terawal yang diketahui ialah batu-batu bersurat yang ditemui di selatan Etruria yang ditarikhkan ke sekitar 700 SM.[22][29] Orang Etruria menghasilkan sistem tulisan yang berdasarkan abjad Euboea, yang digunakan di Magna Graecia (kawasan pesisiran Itali Selatan). Bahas Etruria masih lagi hanya sedikit difahami, membuatkan kefahaman moden tentang masyarakat dan budaya mereka masih bergantung pada sumber-sumber Rom dan Yunani yang umumnya tidak menyukai mereka. Dalam sistem politik Etruria, kuasa terletak di setiap kotanya, mungkin juga dalam keluarga-keluarga pembesar. Pada kemuncak kuasa Etruria, golongan elit menjadi amat kaya dengan berdagang dengan orang Kelt di utara dan Yunani di selatan, juga mereka memenuhi makam-makam keluarga besar mereka dengan barangan mewah yang diimport dari luar.[30][31]

Batu sempadan dari CortonaB. Etruria: Tular RasnalB. Melayu: Sempadan Kaum

Sejarawan Yunani Dionysios dari Halikarnassos menulis bahawa orang Etruria menggelarkan diri mereka Ῥασέννα Rasenna sedengar kata 𐌛𐌀𐌔𐌍𐌀 Rasna dalam bahasa mereka sendiri. Bukti inskripsi seperti 𐌕𐌖𐌋𐌀𐌛 𐌛𐌀𐌔𐌍𐌀𐌋 tular rasnal "sempadan kaumnya" atau 𐌌𐌄𐌙𐌋 𐌛𐌀𐌔𐌍𐌀𐌋 mekhlum rasnal "komuniti kaumnya" membuktikan penggunaan autonim ini. Etimologi dalam bahasa Tyrsenia bagaimanapun masih tidak diketahui.[32][33][34] Persuratan bahasa Yunani Attika pula menyatakan orang Etruria dikenali sebagai Τυρρηνοί Tyrrhēnoi atau bentuk lamanya Τυρσηνοί Tyrsēnoi;[35] nama Τυρρηνοί Tyrrhēnoi ini dilatinkan orang Rom sebagai nama laut pesisir tanah sejiran mereka kepada Tyrrhēnī, Tyrrhēnia (Etruria),[36] dan Mare Tyrrhēnum.[37]

Orang Rom purba memanggil orang Etruria Tuscī atau Etruscī (dalam bentuk tunggal, Tuscus).[38][39][40] Nama ini menjadi asal-usul kepada nama "Toscana," kawasan utama mereka, dan "Etruria," yang boleh merujuk kepada wilayah mereka yang lebih luas. Ahli bahasa percaya bahawa Tusci ialah perkataan Umbria untuk "orang Etruria," berdasarkan papan tulis gangsa purba dari wilayah berdekatan.[41] Inskripsi tersebut mengandungi frasa turskum ... nomen, yang bermaksud "nama Tuscan". Berdasarkan pengetahuan tentang tatabahasa Umbria, ahli bahasa dapat menginferens bahawa bentuk dasar bagi perkataan turskum ialah *Tursci,[42] yang melalui metatesis dan penambahan vokal pada permulaan perkataan, mungkin akan menghasilkan bentuk E-trus-ci.[43]

Bagi maksud asal akar perkataan *Turs-, terdapat satu hipotesis yang dipetik secara meluas bahawa ia, seperti perkataan Latin turris, bermaksud "menara", dan berasal daripada perkataan Yunani kuno untuk menara: τύρσις,[44][45] yang mungkin pinjaman ke dalam bahasa Yunani. Berdasarkan hipotesis ini, orang Tusci digelarkan "orang yang membina menara"[44] atau "pembina menara".[46] Etimologi ini lebih diyakini kerana orang Etruria cenderung membina bandar di atas tebing tinggi yang dikukuhkan dengan tembok. Selain itu, Giuliano dan Larissa Bonfante berpendapat bahawa rumah-rumah Etruria mungkin kelihatan seperti menara kepada orang Latin yang lebih sederhana.[47] Etimologi ini telah lama dicadangkan, oleh Dionysius dari Halicarnassus yang mencatatnya pada abad pertama SM, "[T]iada sebab mengapa orang Yunani tidak memanggil [orang Etruria] dengan nama ini, baik kerana mereka tinggal di menara mahupun daripada nama salah seorang pemerintah mereka."[48] Dalam kamus etimologi terbarunya untuk bahasa Yunani, Robert Beekes menyatakan bahawa perkataan Yunani tersebut adalah "kata pinjaman dari satu bahasa Mediterranean," suatu hipotesis yang telah diperkenalkan oleh Paul Kretschmer dalam rencana Glotta pada tahun 1934.[49][50]

Asal usul

[sunting | sunting sumber]

Sumber kuno

[sunting | sunting sumber]
Piala Dionysos, cawan kylix yang dicat oleh Eksekias dari Athens s. 530 SM, menggambarkan penangkapan Dionysos oleh lanun-lanun Tyrrhenia dan mengubah rupa mereka menjadi ikan lumba-lumba dalam Gita Puja Homeros yang ketujuh[51]
Bekas abu mayat penutup berbentuk ketopong, abad ke-9–8 SM, dari Monterozzi (Fontanaccia), Tarquinia, Museo archeologico nazionale.
Bekas abu mayat berbentuk pondok, menggambarkan rumah tipikal tamadun Etruria pada fasa Villanova, abad ke-8 SM, dari Vulci, Musée d'art et d'histoire de Genève.
Loket Etruria dengan lima bulatan diapit oleh empat swastika kecil yang. Bolsena, Itali, 700–650 SM. Louvre

Teks-tek sastera dan sejarah dalam bahasa Etruria tidak terpelihara dan bahasa tersebut hanya sedikit sahaja difahami oleh sarjana moden.

Ini membuatkan pemahaman moden tentang masyarakat dan budaya mereka bergantung sangat pada sumber-sumber Rom dan Yunani terkemudian tidak menyukai mereka. Penulis-penulis kuno mempunyai teori yang berlainan tentang asal usul orang Etruria. Sesetengah mencadangkan mereka orang Pelagia yang telah berhijrah ke situ dari Yunani manakala yang lain pula menganggap mereka kaum peribumi di tengah Itali dan bukan dari Yunani.

Pengarang Yunani pertama yang menyebut tentang orang Etruria, yang orang Yunani Kuno gelarkan orang Tyrrhenia ialah penyair abad ke-8 SM, Hesiodos dalam karya beliau Teogoni. Beliau menyebut bahawa mereka tinggal di tengah Itali bersama-sama orang Latin.[52] Gita Puja Homeros kepada Dionysos[53] dari abad ke-7 SM pula melabelkan mereka lanun.[54] Berbeza daripada pengarang-pengarang Yunani yang lain, kedua-dua pengarang ini tidak mencadangkan bahawa orang Etruria berhijrah ke Itali dari timur dan tidak mengaitkan mereka dengan orang Pelasgia.

Pada abad ke-5 SM, ketika tamadun Etruria sudah berkurun terdiri, penulis Yunani mula menyamakan "orang Tyrrhenia" dengan "orang Pelasgia", dan menggunakannya sebagai label umum untuk membayangkan bahawa mereka masing-masing adalah orang "bukan yunani" dan "nenek moyang asli orang Yunani".[55] Ahli-ahli sejarah abad ke-5 SM Herodotus,[56] Thoukydides[57] dan sejarawan abad pertama SM Strabo[58] seolah-olah mencadangkan bahawa orang Tyrrhenia asalnya adalah orang Pelasgia yang telah berhijrah ke Itali dari Lydia menerusi pulau Lemnos Yunani. Mereka semua menyatakan Lemnos telah dijadikan penempatan orang Pelasgia sementara Thoukydides berkata ia "kepunyaan orang Tyrrhenia". Menurut Strabo dan Herodotus,[59] penghijrahan ke Lemnos diketuai oleh Tyrrhenus atau Tyrsenos anak kepada Atys, raja Lydia. Strabo[58] juga menambah bahawa orang Pelasgia dari Lemnos dan Imbros kemudian mengikut Tyrrhenus ke Semenanjung Itali. Menurut ahli logografi Hellanicus dari Lesbos, memang pernah ada sebuah penghijrahan orang Pelasgia dari Thessaly di Yunani ke semenanjung Itali, yang sebahagiannya dijajah orang Pelasgia dan beliau gelarkan Tyrrhenia.[60]

Terdapat bukti yang mencadangkan adanya hubungan antara pulau Lemnos dan orang Tyrrhenia. Stele Lemnos mengandungi inskripsi dalam bahasa yang amat sama dengan bahasa orang Etruria.[61] Penemuan inskripsi-inskripsi ini pada zaman moden telah menimbulkan cadangan untuk sebuah "kelompok bahasa Tyrrhenia" yang terdiri daripada bahasa Etruria, Lemnos dan Raetik yang dituturkan di banjaran Alp.

Akan tetapi, sejarawan abad pertama SM Dionysios dari Halikarnassos, seorang Yunani yang tinggal di Rom, mengetepikan banyak teori sejarawan Yunani kuno yang lain, mengandaikan bahawa orang Etruria ialah kaum peribumi yang memang tinggal di Etruria dan berbeza daripada orang Pelasgia dan juga Lydia.[62] Dionysios mencatatkan bahawa sejarawan abad ke-5 Xanthus dari Lydia, yang berasal dari Sardis serta dianggap sumber yang penting dan berwibawa bagi sejarah Lydia, tidak pernah mengatakan orang Etruria berasal dari Lydia mahupun pernah menamakan Tyrrhenus sebagai pemerintah bangsa itu.[62]

Atas sebab ini, saya yakin bahawa orang Pelasgia ialah bangsa yang berbeza daripada orang Tyrrhenia. Saya juga tidak percaya bahawa orang Tyrrhenia merupakan tanah jajahan orang Lydia; kerana mereka tidak menggunakan bahasa yang sama seperti bangsa tersebut, dan tidak dapat dikatakan bahawa, walaupun mereka tidak lagi bertutur dalam bahasa yang serupa, mereka masih mengekalkan beberapa petanda lain tentang asal-usul negara ibunda mereka. Ini kerana mereka tidak memuja dewa-dewa yang sama seperti orang Lydia dan tidak menggunakan undang-undang atau institusi yang serupa; malah, dalam hal ini, mereka lebih berbeza daripada orang Lydia berbanding orang Pelasgia. Sungguh, mereka yang paling hampir dengan kebenaran adalah yang menyatakan bahawa bangsa itu tidak pernah berhijrah malah berasal dari negeri tersebut, kerana bangsa mereka didapati adalah bangsa yang sangat kuno dan tidak sehaluan dengan bangsa lain sama ada dari segi bahasa mahupun cara hidup.

Kebolehpercayaan Dionysios dari Halicarnassus boleh dikatakan lebih kuat kerana beliaulah penulis zaman kuno pertama yang melaporkan endonim orang Etruria: Rasenna.

Namun, orang Rom memberikan mereka nama lain: berdasarkan kawasan yang pernah mereka duduki, iaitu Etruria, mereka dipanggil orang Etruria; dan berdasarkan pengetahuan mereka tentang upacara-upacara pemujaan tuhan, yang mana mereka lebih unggul daripada orang lain, mereka kini dipanggil dengan kurang tepat Tusci tetapi dahulunya, sama kurang tepat seperti orang Yunani, mereka dipanggil Thyrscoï (bentuk awal Tusci). Namun, nama mereka untuk diri mereka adalah sama dengan salah seorang pemimpin mereka, Rasenna.

Seiring dengan itu, ahli sejarah abad pertama SM, Livius, dalam Ab Urbe Condita Libri, menyatakan bahawa orang Raetia ialah orang Etruria yang telah diusir ke pergunungan oleh serangan Gaul; dan beliau menegaskan bahawa penduduk Raetia ada asal usul Etruria.[63]

Suku-suku kaum di Alp juga, tidak diragukan, mempunyai asal usul yang sama (dengan orang Etruria), terutamanya orang Raetia; yang telah menjadi gasar akibat sifat semula jadi kawasan tersebut sehingga tidak ada sifat asal mereka yang kekal kecuali bunyi bahasa mereka, tetapi itu pun telah cacat.

Ahli sejarah abad pertama, Plinius yang Tua, juga mengaitkan orang Etruria dengan kaum Raetia di utara, dan menulis dalam Sejarah Semula Jadi (79 M) beliau:

Berhampiran dengan orang Noricum (dari Alp) ini ialah kaum Raeti dan Vindelici. Mereka semua terbahagi kepada beberapa negeri. Orang Raeti dipercayai berasal daripada bangsa Tusci yang diusir oleh Gaul, dan pemimpin mereka dinamakan Raetus.

Kronologi

[sunting | sunting sumber]
Tamadun Etruria

(900–27 SM)[64]

Tempoh Villanova

(900–720 SM)

Villanova I 900–800 SM
Villanova II 800–720 SM
Villanova III (kawasan Bologna) 720–680 SM[65]
Villanova IV (kawasan Bologna) 680–540 SM[65]
Zaman Penimuran

(720–580 SM)

Penimuran Awal 720–680 SM
Penimuran Tengah 680–625 SM
Penimuran Lewat 625–580 SM
Zaman Arkaik

(580–480 SM)

Arkaik 580–480 SM
Zaman Klasik

(480–320 SM)

Klasik 480–320 SM
Zaman Keyunanian

(320–27 SM)

Keyunanian 320–27 SM

Pertanian

[sunting | sunting sumber]

Tamadun Etruria mengetahui teknik-teknik pengumpulan dan penyimpanan air di Mesir, Mesopotamia dan Yunani. Mereka membina terusan-terusan serta empangan untuk mengairkan tanah, juga menyalirkan dan menebus guna paya-paya. Peninggalan infrastruktur-infrastruktur ini masih lagi ada di pesisiran barat daya Toscana.[66]

Vite maritata ialah satu teknik penanaman anggur (vitikultur) yang menggunakan penanaman regu dan dinamakan sempena kawasan Maremma, Itali, yang mungkin akan terjejas akibat perubahan iklim.[67] Teknik ini dikembangkan di kawasan tersebut oleh pendahulu orang Rom yang menanam pokok-pokok anggur berhampiran dengan habitat semula jadinya. Pokok menjalar ini yang digunakan untuk membuat wain ialah sejenis liana yang akan melilit pokok-pokok seperti mapel atau willow dengan sendirinya.[68]

Cimera dari Arezzo
Inskripsi Tinia pada kaki Cimera

Agama tamadun Etruria ialah politeisme yang bersifat imanen; yakni semua fenomena yang boleh dilihat dianggap sebagai manifestasi kuasa tuhan, dan kuasa tersebut terbahagi kepada dewa-dewi yang dapat mempengaruhi dunia manusia serta boleh dipujuk atau dihalang mengikut kepentingan manusia. Cara memahami kehendak dewa-dewi, serta tingkah laku, telah diajarkan kepada orang Etruria oleh dua orang tokoh, Tages, seorang manusia seperti kanak-kanak yang lahir dari tanah yang sudah dibajak lalu mendapat kebolehan meramal; dan Vegoia, seorang wanita. Ajaran mereka disimpan dalam beberapa buahh kitab suci.

Terdapat tiga lapisan dewa-dewi dalam motif seni Etruria. Satu Lapisan satu terdiri daripada dewa-dewi peribumi: Catha dan Usil (dewa matahari); Tivr (dewa bulan); Selvans (dewa awam); Turan (dewi cinta); Laran (dewa perang); Leinth (dewi kematian); serta Maris, Thalna, Turms, dan dewa yang terkenal, Fufluns, yang namanya mungkin ada kaitan dengan kota Populonia dan populus Romanus, dewa rakyat.[69][70]

Menguasai para dewa kecil ini ialah dewa-dewi yang lebih tinggi, yang nampaknya menyerupai sistem agama Indo-Eropah: Tin atau Tinia (dewa langit), Uni, isterinya (berkaitan dengan Juno), dan Cel, dewi bumi. Selain itu, beberapa dewa-dewi Yunani dan Rom diserap daripada sistem agama Etruria: Aritimi (Artemis), Menrva (Minerva), dan Pacha (Dionysos). Pahlawan-pahlawan Yunani daripada epik Homeros juga banyak muncul dalam motif seni Etruria.[71][72]

Seni bina

[sunting | sunting sumber]
Pandangan 3D, menghadap ke barat, Hipogeum Etruria Volumnis di Perugia, Itali, yang diperoleh daripada imbasan laser.

Tidak banyak yang diketahui tentang seni bina kuno Etruria. Mereka menggabungkan gaya Itali dengan pengaruh daripada seni bina Yunani. Sebaliknya, seni bina Rom kuno bermula dengan gaya Etruria sebelum mengambil lebih banyak pengaruh Yunani. Kuil-kuil Rom serupa dengan kuil Yunani dalam beberapa cara, sama seperti kuil Etruria. Namun seperti orang Yunani, kul Rom menggunakan batu, meniru tradisi Yunani. Rumah golongan kaya biasanya besar dan selesa tetapi makam pengebumian yang dipenuhi dengan barangan kubur adalah yang paling hampir menggambarkan reka bentuk rumah-rumah mereka yang masih bertahan. Di kawasan Etruria selatan, makam-makam mempunyai bilik-bilik besar yang ditarah daripada batu di bawah gumuk dalam kawasan perkuburan yang besar. Ini dan beberapa tembok kota, merupakan antara segelintir binaan Etruria yang masih wujud. Seni bina Etruria secara amnya tidak dianggap sebahagian daripada tradisi seni bina klasik Yunani-Rom.[73]

Seni dan muzik

[sunting | sunting sumber]
Fresko penari dan pemuzik abad ke-5 SM, Makam Harimau Bintang, nekropolis Monterozzi, Tarquinia, Itali

Seni Etruria dihasilkan oleh tamadun Etruria antara abad ke-9 dan ke-2 SM. Banyak hasil seni ini terdapat dalam ukiran figura-figura pada terakota (terutamanya patung bersaiz sebenar pada sarkofagus atau kuil), lukisan dinding, dan kerja logam (terutamanya cermin gangsa berukir). Arca-arca gangsa Etruria dahulu terkenal dan dieksport secara meluas tetapi sedikit sahaja contoh bersaiz besar yang masih ada kerana bahan ini terlalu berharga dan sering dikitar semula. Berbeza dengan terakota dan gangsa, ukiran batu Etruria sangat jarang ditemui, walaupun mereka yang menguasai sumber marmar berkualiti, termasuk marmar Carrara, yang nampaknya tidak dieksploitasi sehinggalah orang Rom datang. Sebahagian besar seni Etruria yang masih ada terdapat dalam makam-makam, termasuk semua lukisan dinding fresko, dan segelintirnya menggambarkan jamuan dan kisah-kisah mitologi. [74]

Tembikar Bucchero yang berwarna hitam merupakan tembikar gaya halus awal dan asli tamadun Etruria. Terdapat juga pasu-pasu berlukis, diilhamkan oleh seni Yunani, dengan orang Etruria menjadi pasaran eksport utama untuk pasu Yunani. Kuil-kuil Etruria banyak dihiaskan dengan antefiks terakota berwarna-warni dan pelbagai kelengkapan lain, yang banyak masih lagi bertahan walaupun struktur-struktur kayunya sudah tiada. Seni tamadun Etruria sangat berkait rapat dengan agama, dengan fokus pada hidup selepas mati.[75]

Alat muzik tamadun Etruria yang digambarkan dalam fresko-fresko dan ukiran termasuk pelbagai jenis paip seperti plagiaulos, paip pualam dan paip berganda, bersama alat muzik perkusi seperti tintinnabulum, timpanum dan krotales, serta alat bertali seperti kecapi lira dan kitara.

Cippus Perusinus. 3rd–2nd century BC, San Marco near Perugia

Orang Etruria meninggalkan sekitar 13,000 inskripsi yang telah ditemui tetapi hanya sedikit daripadanya yang panjang. Dipertuturkan dari 700 SM hingga 50 M, hubungan bahasa Etruria dengan bahasa lain telah menjadi topik spekulasi dan kajian. Orang Etruria dipercayai bertutur dalam bahasa Pra-Indo-Eropah[76][77][78] dan Paleo-Eropah.[79] Konsensus umumnya ialah bahasa Etruria berkaitan dengan keluarga bahasa Tyrsenia, yang merupakan keluarga bahasa pencilan, tidak berkaitan langsung dengan kumpulan-kumpulan bahasa lain. Sejak Rix (1998), keluarga bahasa Tyrsenia dengan bahasa Raetik dan Lemnos sudah diterima meluas ada hubungan dengan bahasa Etruria.[80]

Kesusasteraan

[sunting | sunting sumber]
Contoh tulisan Etruria, daripada Liber Linteus.

Teks Etruria, yang ditulis dalam tempoh tujuh abad, menggunakan satu bentuk abjad Yunani kerana hubungan erat antara orang Etruria dan koloni-koloni Yunani di Pithecusae dan Cumae pada abad ke-8 SM. Sistem tulisan ini berhenti digunakan pada awal abad pertama. Inskripsi-inskripsi Etruria mula lesap dari kawasan seperti Chiusi, Perugia, dan Arezzo sekitar masa ini. Hanya beberapa fragmen teks yang masih wujud, terutamanya berkaitan agama atau teks pengebumian, kebanyakannya dari abad ke-4 SM.

Walaupun teks-teks asal yang masih terpelihara tidak banyak, banyak pula petikan dan rujukan mengenai kesusasteraan Etruria disebut dalam tulisan pengarang-pengarang klasik. Menurut Diodorus Siculus pada abad pertama SM, budaya kesusasteraan dianggap sebagai salah satu pencapaian besar tamadun Etruria. Namun, maklumat yang diketahui tentang bahasa Etruria adalah terhad, bergantung pada perkataan-perkataan yang sering diulang dalam inskripsi-inskripsi pengebumian yang ditemui, terutamanya yang ada teks dwibahasa atau tribahasa dengan Latin dan Punik.

Daripada semua genre yang disebutkan, hanya satu tokoh, Volnio (Volnius), disebutkan dalam sumber-sumber klasik.[81] Dengan beberapa pengecualian, seperti Liber Linteus, catatan bertulis dalam bahasa Etruria yang terselamat kebanyakannya ialah inskripsi, terutamanya yang untuk pengebumian. Bahasa ini ditulis dalam abjad Etruria, yang berkaitan dengan abjad Yunani Euboea awal.[82] Beribu-ribu inskripsi dalam bahasa Etruria diketahui wujud, kebanyakannya epitaf, dan hanya beberapa teks pendek telah terselamat, kebanyakannya berkaitan agama. Kesusasteraan imaginatif Etruria hanya dibuktikan dalam rujukan oleh pengarang-pengarang Rom terkemudian tetapi seni visual mereka menunjukkan bahawa mitos-mitos Yunani sangat dikenali dan dihayati oleh masyarakat Etruria.[83]

Dengan pengasasan Pithekussai di Ischia dan Kyme (Cumae dalam Latin) di Campania semasa zaman penjajahan Yunani pada abad ke-8 SM, masyarakat Etruria mula dipengaruhi budaya Yunani. Tamadun Etruria mengambil abjad daripada peneroka-peneroka Yunani barat yang berasal dari tanah asal mereka di Chalkis, Euboea. Abjad ini, yang berasal dari Cumae, dikenali sebagai Abjad Euboea[84] atau Khalkis.[85] Catatan bertulis tamadun Etruria yang paling awal berasal dari sekitar 700 SM.[86]

Abjad Euboea[87]
Huruf
Transkripsi A B G D E V Z H TH I K L M N X O P Ś Q R S T U X PH CH

Salah satu dokumen tulisan Etruria tertua ditemui pada tablet Marsiliana d’Albegna dari kawasan pedalaman Vulci, yang kini disimpan di Muzium Arkeologi Negara Florence. Pada tepi tablet lilin yang diperbuat daripada gading ini terukir abjad model Yunani barat. Selaras dengan kebiasaan penulisan orang Etruria terkemudian, huruf-huruf dalam abjad model ini dicerminkan dan disusun dari kanan ke kiri:

Abjad Etruria awal[88]
Huruf
Transkripsi A B C D E F Z H TH I K L M N S O P SH Q R S T U

Sistem tulisan dengan huruf-huruf ini mula digunakan di Etruria selatan sekitar tahun 700 SM di Cisra (nama Latin: Caere), yang kini dikenali sebagai Cerveteri.[89] Ilmu penulisan tersebar dengan pantas ke Etruria tengah dan utara. Dari situ, abjad ini merebak dari Volterra (Velathri) ke Felsina (kini Bologna), dan seterusnya dari Chiusi (Clevsin) ke Lembah Po. Di selatan Etruria, tulisan ini tersebar dari Tarquinia (Tarchna) dan Veii (Veia) ke Campania, yang ketika itu berada di bawah kawalan Etruria.[90]

Dalam abad-abad berikutnya, huruf-huruf ini mula digunakan secara konsisten oleh masyarakat Etruria, membuatkan proses perungkaian inskripsi Etruria tidak terlalu sukar. Sama seperti tulisan Yunani, aksara-aksara ini mengalami perubahan mengikut kawasan dan dengan masa. Secara keseluruhannya, tulisan arkaik (abad ke-7 hingga ke-5 SM) dapat dibezakan daripada tulisan yang lebih baru (abad ke-4 hingga ke-1 SM), yang mana beberapa aksara tidak lagi digunakan, termasuk huruf X yang mewakili bunyi sy. Selain itu, penekanan pada suku kata pertama menyebabkan huruf vokal dalaman sering diabaikan, contohnya Menrva berbanding Menerva.[91] Oleh yang demikian, ahli linguistik membezakan antara bahasa Etruria Kuno dan Baru.[92]

Ayam Bucchero dari Viterbo. Botol tamadun Etruria kecil dari 630 hingga 620 SM dengan abjad pada fasa awalnya

Selain tablet Marsiliana d’Albegna, kira-kira 70 objek dengan abjad model dari zaman awal telah ditemui.[93] Antara yang paling terkenal ialah:

  • Alabastron dari makam Regolini-Galassi di Cerveteri,
  • Amfora Bucchero dari Formello,
  • Ayam Bucchero dari Viterbo,
  • Bekas Bucchero dari nekropolis Sorbo di Cerveteri.

Kesemua artifak ini berasal dari abad ke-7 SM dan huruf-hurufnya selalu ditulis mengikut arah jam.[94] Artifak yang terakhir itu mempunyai ciri khas, iaitu hampir semua konsonan ditunjukkan secara berurutan bersama vokal I, A, U, dan E (sistem suku kataan). Sistem tulisan suku kata ini mungkin digunakan untuk latihan menulis huruf.[95]

Cippus Perusinus

Monumen bertulis dalam bahasa Etruria yang paling penting dengan jumlah perkataan yang banyak termasuk:

  • Liber Linteus (Liber Linteus Zagrabiensis) – Teks upacara dengan 1,400 perkataan.
  • Papan tanah liat Capua (Tabula atau Tegula Capuana) – teks upacara yang ditulis terbalik dengan 62 baris dan sekitar 300 patah perkataan
  • Papan Cortona (Tabula Cortonensis) – Teks kontrak dengan 32 baris dan sekitar 200 perkataan
  • Cippus Perusinus – bongkah travertin dengan 46 baris dan sekitar 125 perkataan dari berhampiran Perugia
  • Papan-Papan Pyrgi – Teks dwibahasa dalam skrip Etruria dan Punik
  • Sarcophagus of Laris Pulenas - inskripsi kubur Laris Pulena dengan sembilan baris teks pada lembaran sarkofagus
  • Hati Piacenza – model hati biri-biri dengan 40 inskripsi
  • Plak Plumbum Magliano – arahan korban dengan 70 patah perkataan
  • Jalur plumbum dari Santa Marinella – dua serpihan sumpahan korban
  • Inskripsi bangunan makam San Manno berhampiran Perugia – inskripsi pentahbisan dengan 30 perkataan
  • Aryballe Poupé – Inskripsi dedikasi yang mengikut arah jam pada botol Bucchero
  • Dadu Tuscania – Dua dadu dengan nombor 1 hingga 6

Tiada lagi kesusasteraan Etruria yang masih bertahan hingga kini dan sejak awal abad ke-1 Masihi, inskripsi dengan sistem tulisan Etruria tidak wujud lagi. Semua dokumen bertulis kuno Etruria yang masih ada kini telah dikumpulkan secara sistematik dalam Corpus Inscriptionum Etruscarum.

Pada pertengahan abad ke-7 SM, orang Rom mengadaptasi sistem tulisan dan huruf Etruria. Tambahan pula, mereka menggunakan tiga aksara berbeza, iaitu C, K dan Q untuk bunyi K. Huruf Z pada awalnya juga dimasukkan dalam abjad Rom walaupun bunyi TS tidak wujud dalam bahasa Latin. Kemudian, Z digantikan dengan huruf G yang baru dibentuk daripada C dan akhirnya diletakkan di akhir abjad Latin.[96] Huruf Θ, Φ, dan Ψ digugurkan oleh orang Rom kerana konsonan hembusan tidak wujud dalam bahasa mereka.

Abjad Etruria tersebar utara dan tengah semenanjung Itali. Pembentukan tulisan Osca diandaikan mungkin bermula pada abad ke-6 SM, dipengaruhi sebahagian besarnya oleh sistem tulisan Etruria. Aksara dalam bahasa Umbria, Falisca, dan Venice juga dapat dikesan kembali kepada abjad Etruria.[97]

  1. ^ dalam Bahasa Etruria: 𐌀𐌍𐌍𐌄𐌔𐌀𐌓 ràsenna, 𐌀𐌍𐌔𐌀𐌓 rasna atau 𐌀𐌍𐌑𐌀𐌓 raśna; bahasa Latin: Tuscus muf. Tuscī atau Etruscī jam.;[2][3][4] bahasa Inggeris: Etruscans
  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Bartoloni2012h
  2. ^ Menurut Dictionnaire Illustré Latin Français Félix Gaffiot, pengarang-pengarang besar zaman Republik (Livius, Cicero, Horatius, dan sebagainya) mencatatkan istilah Tusci. Perkataan serumpun terhasil, termasuk Tuscia dan Tusculanensis. Tuscī jelas merupakan istilah utama yang digunakan untuk menamakan benda-benda Etruscan; Etruscī dan Etrusia/Etrūria kurang kerap digunakan, terutamanya oleh Cicero dan Horace, dan tidak mempunyai kata serumpun.
  3. ^ According to the "Online Etymological Dictionary". the English use of Etruscan dates from 1706.
  4. ^ Tusci. Charlton T. Lewis dan Charles Short. A Latin Dictionary di Perseus Project.
  5. ^ Potts, Charlotte R.; Smith, Christopher J. (2022). "The Etruscans: Setting New Agendas". Journal of Archaeological Research. 30 (4): 597–644. doi:10.1007/s10814-021-09169-x. hdl:10023/24245.
  6. ^ Goring, Elizabeth (2004). Treasures from Tuscany: the Etruscan legacy. Edinburgh: National Museums Scotland Enterprises. m/s. 13. ISBN 978-1901663907.
  7. ^ Leighton, Robert (2004). Tarquinia. An Etruscan City. Duckworth Archaeological Histories. London: Duckworth. m/s. 32. ISBN 0-7156-3162-4.
  8. ^ Camporeale, Giovannangelo, penyunting (2004) [2001]. The Etruscans Outside Etruria. Diterjemahkan oleh Hartmann, Thomas Michael. Los Angeles: Getty Trust.
  9. ^ Della Fina, Giuseppe (2005). Etruschi, la vita quotidiana (dalam bahasa Itali). Rome: L'Erma di Bretschneider. m/s. 15. ISBN 9788882653330.
  10. ^ Barker, Graeme; Rasmussen, Tom (2000). The Etruscans. The Peoples of Europe. Oxford: Blackwell. m/s. 44. ISBN 978-0-631-22038-1.
  11. ^ De Grummond, Nancy T. (2014). "Ethnicity and the Etruscans". Dalam McInerney, Jeremy (penyunting). A Companion to Ethnicity in the Ancient Mediterranean. Chichester: John Wiley & Sons. m/s. 405–422. doi:10.1002/9781118834312. ISBN 9781444337341.
  12. ^ Turfa, Jean MacIntosh (2017). "The Etruscans". Dalam Farney, Gary D.; Bradley, Gary (penyunting). The Peoples of Ancient Italy. Berlin: De Gruyter. m/s. 637–672. doi:10.1515/9781614513001. ISBN 978-1-61451-520-3.
  13. ^ Shipley, Lucy (2017). "Where is home?". The Etruscans: Lost Civilizations. London: Reaktion. m/s. 28–46. ISBN 9781780238623.
  14. ^ Benelli, Enrico (2021). "Le origini. Dai racconti del mito all'evidenza dell'archeologia". Gli Etruschi (dalam bahasa Itali). Milan: Idea Libri-Rusconi Editore. m/s. 9–24. ISBN 978-8862623049.
  15. ^ Bartoloni, Gilda, penyunting (2012). Introduzione all'Etruscologia (dalam bahasa Itali). Milan: Hoepli. ISBN 978-8820348700.
  16. ^ Neri, Diana (2012). "Il periodo villanoviano nell'Emilia occidentale". Gli etruschi tra VIII e VII secolo a.C. nel territorio di Castelfranco Emilia (MO) (dalam bahasa Itali). Florence: All'Insegna del Giglio. m/s. 9. ISBN 978-8878145337. Il termine "Villanoviano" è entrato nella letteratura archeologica quando, a metà dell '800, il conte Gozzadini mise in luce le prime tombe ad incinerazione nella sua proprietà di Villanova di Castenaso, in località Caselle (BO). La cultura villanoviana coincide con il periodo più antico della civiltà etrusca, in particolare durante i secoli IX e VIII a.C. e i termini di Villanoviano I, II e III, utilizzati dagli archeologi per scandire le fasi evolutive, costituiscono partizioni convenzionali della prima età del Ferro [Istilah "Villanoviano" memasuki kesusasteraan arkeologi apabila, pada pertengahan abad ke-19, Count Gozzadini mendedahkan makam pembakaran mayat pertama di tanah beliau di Villanova di Castenaso, di perbandaran Caselle (BO). Budaya Villanova bertepatan dengan tempoh terawal tamadun Etruscan, terutamanya semasa abad ke-9 dan ke-8 SM. Istilah Villanova I, II, dan III, yang digunakan oleh ahli arkeologi untuk menandakan fasa-fasa evolusi, membentuk pembahagian konvensional Zaman Besi awal.]
  17. ^ Bartoloni, Gilda (2012) [2002]. La cultura villanoviana. All'inizio della storia etrusca (dalam bahasa Itali) (ed. III). Rome: Carocci editore. ISBN 9788843022618.
  18. ^ Colonna, Giovanni (2000). "I caratteri originali della civiltà Etrusca". Dalam Torelli, Mario (penyunting). Gi Etruschi (dalam bahasa Itali). Milan: Bompiani. m/s. 25–41.
  19. ^ Briquel, Dominique (2000). "Le origini degli Etruschi: una questione dibattuta fin dall'antichità". Dalam Torelli, Mario (penyunting). Gi Etruschi (dalam bahasa Itali). Milan: Bompiani. m/s. 43–51.
  20. ^ Bartoloni, Gilda (2000). "Le origini e la diffusione della cultura villanoviana". Dalam Torelli, Mario (penyunting). Gi Etruschi (dalam bahasa Itali). Milan: Bompiani. m/s. 53–71.
  21. ^ a b Moser, Mary E. (1996). "The origins of the Etruscans: new evidence for an old question". Dalam Hall, John Franklin (penyunting). Etruscan Italy: Etruscan Influences on the Civilizations of Italy from Antiquity to the Modern Era. Provo, UT: Museum of Art, Brigham Young University. m/s. 29–43. ISBN 0842523340.
  22. ^ a b Rix, Helmut (2008). "Etruscan". Dalam Woodard, Roger D. (penyunting). The Ancient Languages of Europe. Cambridge University Press. m/s. 141–64. ISBN 9780521684958.
  23. ^ "A good map of the Italian range and cities of the culture at the beginning of its history". mysteriousetruscans.com.
  24. ^ The topic of the "League of Etruria" is covered in Freeman, pp. 562–65.
  25. ^ Livius, Titus. Ab Urbe Condita Libri [The History of Rome] (dalam bahasa Latin). V.33. The passage identifies the Raetii as a remnant of the 12 cities "beyond the Apennines".
  26. ^ Polybius. "Campanian Etruscans mentioned".
  27. ^ Keseluruhan subjek dengan sumber-sumber purba yang lengkap dalam nota kaki telah diusahakan oleh George Dennis dalam Pengenalan beliau. Dalam transkripsi LacusCurtius, rujukan dalam nota kaki Dennis berpaut ke teks dalam bahasa Inggeris atau Latin; pembaca juga boleh mencari sesetengah teks Inggerisnya di WikiSource atau laman Internet lain. Memandangkan kerjanya telah dilakukan oleh Dennis dan Thayer, seluruh kerja lengkap mereka tidak akan diulang di sini.
  28. ^ Cary, M.; Scullard, H. H. (1979). A History of Rome (ed. 3rd). Bedford/St. Martin's. m/s. 28. ISBN 0-312-38395-9.
  29. ^ Bonfante, Giuliano; Bonfante, Larissa (2002) [1983]. The Etruscan language. An introduction (ed. Rev.). Manchester University Press. ISBN 0719055407.
  30. ^ Sassatelli, Giuseppe. "Celti ed Etruschi nell'Etruria Padana e nell'Italia settentrionale" (PDF) (dalam bahasa Itali).
  31. ^ Amendola, Carlo (2019-08-28). "Etruschi e Celti della Gallia meridionale – parte 1". CelticWorld (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 2022-02-15.
  32. ^ Rasenna berasal daripada Dionysius dari Halicarnassus. Roman Antiquities. I.30.3. Bentuknya yang digugurkan bahagian tengahnya, Rasna, datang daripada batu bersurat dan telah mengalami infleksi.
  33. ^ Topik ini dibincangkan dalam Pallottino, hlm.133.
  34. ^ Beberapa inskripsi, seperti cippus di Cortona, menggunakan ejaan lain Raśna (disebut Rasyna), seperti yang diterangkan di Bodroghy, Gabor Z. "Origins". The Palaeolinguistic Connection. Etruscan. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2008.
  35. ^ Τυρρηνός, Τυρσηνός. Liddell, Henry George; Scott, Robert; A Greek–English Lexicon di Perseus Project.
  36. ^ Templat:L&S
  37. ^ Thomson de Grummond, Nancy (2006). Etruscan Myth, Sacred History, and Legend (dalam bahasa English). Philadelphia: Penn Museum of Archaeology. m/s. 201–208. ISBN 9781931707862.CS1 maint: unrecognized language (link)
  38. ^ Menurut Dictionnaire Illustré Latin Français Félix Gaffiot, pengarang-pengarang besar Republik Rom (Livy, Cicero, Horace, dan lain-lain) menggunakan istilah Tusci. Perkataan serumpun terhasil, termasuk Tuscia dan Tusculanensis. Tuscī jelas merupakan istilah utama yang digunakan untuk menamakan benda-benda Etruscan; Etruscī dan Etrusia/Etrūria kurang kerap digunakan, terutamanya oleh Cicero dan Horace, dan tidak mempunyai kata serumpun.
  39. ^ According to the "Online Etymological Dictionary". the English use of Etruscan dates from 1706.
  40. ^ Tusci. Charlton T. Lewis dan Charles Short. A Latin Dictionary di Perseus Project.
  41. ^ Weiss, Michael. "'Cui bono?' The beneficiary phrases of the third Iguvine table" (PDF). Ithaca, New York: Cornell University. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2022-10-09.
  42. ^ Carl Darling Buck (1904). Introduction: A Grammar of Oscan and Umbrian. Boston: Gibb & Company.
  43. ^ Partridge, Eric (1983). "tower". Origins. New York: Greenwich House. m/s. 730. ISBN 9780517414255.
  44. ^ a b The Bonfantes (2003), p. 51.
  45. ^ τύρσις in Liddell dan Scott.
  46. ^ Partridge (1983)
  47. ^ Bonfante, Giuliano; Bonfante, Larissa (2002). The Etruscan Language: An Introduction, Revised Edition. Manchester University Press. m/s. 51. ISBN 978-0719055409.
  48. ^ Buku I, Seksyen 30.
  49. ^ Beekes, R. Etymological Dictionary of Greek Brill (2010) pp.1520-1521
  50. ^ Kretschmer, Paul. "Nordische Lehnwörter im Altgriechischen" in Glotta 22 (1934) pp. 110 ff.
  51. ^ Strauss Clay 2016, m/s. 32–34.
  52. ^ Hesiod, Theogony 1015.
  53. ^ Homeric Hymn to Dionysus, 7.7–8
  54. ^ John Pairman Brown, Israel and Hellas, Vol. 2 (2000) p. 211
  55. ^ Strabo. Geography. Book VI, Chapter II. Perseus Digital Library. Tufts University. Archived from the original on 2 September 2022. Retrieved 2 September 2022.
  56. ^ 6.137
  57. ^ 4.109
  58. ^ a b Strabo. Geography. Book V, Chapter II. Perseus Digital Library. Tufts University.Archived from the original on 2 September 2022. Retrieved 2 September 2022.
  59. ^ 1.94
  60. ^ Dionysius of Halicarnassus. Roman Antiquities. 1.28–3.
  61. ^ Morritt, Robert D. (2010). Stones that Speak. m/s. 272.
  62. ^ a b Dionysius of Halicarnassus. Roman Antiquities. Book I, Chapters 30 1.
  63. ^ Livius, Titus. Ab Urbe Condita Libri [The History of Rome]. Book 5.
  64. ^ Bartoloni, Gilda, penyunting (2012). Introduzione all'Etruscologia (dalam bahasa Itali). Milan: Hoepli. ISBN 978-8820348700.
  65. ^ a b Giovanna Bermond Montanari (2004). "L'Italia preromana. I siti etruschi: Bologna" (dalam bahasa Itali). Treccani. Dicapai pada October 12, 2019.
  66. ^ "The Etruscans and agriculture". Un Mondo Ecosostenibile. 21 November 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada January 13, 2024.
  67. ^ Limbergen, Dimitri Van (2024-01-04). "Ancient Roman wine production may hold clues for battling climate change". The Conversation (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada February 29, 2024.
  68. ^ Mazzeo, Jacopo (June 6, 2023). "Vite Maritata, an Ancient Vine-Growing Technique, Makes a Comeback". Wine Enthusiast Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada Jan 13, 2024.
  69. ^ Grummond, De; Thomson, Nancy (2006). Etruscan Mythology, Sacred History and Legend: An Introduction. University of Pennsylvania Museum of Archaeology.
  70. ^ Simon, Erika (20 April 2009). The religion of the Etruscans. University of Texas Press. ISBN 978-0-292-70687-3 – melalui Google Books.
  71. ^ Grummond, De; Thomson, Nancy (2006). Etruscan Mythology, Sacred History and Legend: An Introduction. University of Pennsylvania Museum of Archaeology.
  72. ^ Simon, Erika (20 April 2009). The religion of the Etruscans. University of Texas Press. ISBN 978-0-292-70687-3 – melalui Google Books.
  73. ^ Boëthius, Axel; Ling, Roger; Rasmussen, Tom (1994). Etruscan and early Roman architecture. Yale University Press.
  74. ^ "I banchetti etruschi" (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 24 November 2021.
  75. ^ Spivey, Nigel (1997). Etruscan Art. London: Thames and Hudson.
  76. ^ Massimo Pallottino, La langue étrusque Problèmes et perspectives, 1978.
  77. ^ Mauro Cristofani, Introduction to the study of the Etruscan, Leo S. Olschki, 1991.
  78. ^ Romolo A. Staccioli, The "mystery" of the Etruscan language, Newton & Compton publishers, Rome, 1977.
  79. ^ Haarmann, Harald (2014). "Ethnicity and Language in the Ancient Mediterranean". Dalam McInerney, Jeremy (penyunting). A Companion to Ethnicity in the Ancient Mediterranean (dalam bahasa Inggeris). Chichester, UK: John Wiley & Sons, Inc. m/s. 17–33. doi:10.1002/9781118834312.ch2. ISBN 9781444337341.
  80. ^ Rix, Helmut (2008). "Etruscan". Dalam Woodard, Roger D. (penyunting). The Ancient Languages of Europe. Cambridge University Press. m/s. 141–64. ISBN 9780521684958.
  81. ^ Varro, De lingua Latina, 5.55.
  82. ^ Maras, Daniele F. (2015). "Etruscan and Italic Literacy and the Case of Rome". Dalam Bloome, W. Martin (penyunting). A Companion to Ancient Education (dalam bahasa Inggeris). Chichester, UK: John Wiley & Sons. m/s. 202.
  83. ^ Nielsen, Marjatta; Rathje, Annette. "Artumes in Etruria—the Borrowed Goddess". Dalam Fischer-Hansen, Tobias; Poulsen, Birte (penyunting). From Artemis to Diana: The Goddess of Man and Beast (dalam bahasa Inggeris). Copenhagen: Museum Tusculanum Press. m/s. 261. A massive Greek impact is clear especially in the coastal territory, which has led many to believe that the Etruscans were entirely Hellenized. Countless depictions show that Greek myths were, indeed, adopted and well-known to the Etruscans.
  84. ^ Larissa Bonfante, Giuliano Bonfante: The Etruscan Language: An Introduction. p. 14.
  85. ^ Friedhelm Prayon: The Etruscans. History, religion, art. p. 38.
  86. ^ Larissa Bonfante, Giuliano Bonfante: The Etruscan Language: An Introduction. p. 56.
  87. ^ Steven Roger Fischer: History of Writing. S. 138.
  88. ^ Steven Roger Fischer: History of Writing. S. 140.
  89. ^ Larissa Bonfante, Giuliano Bonfante: The Etruscan Language: An Introduction. p. 14.
  90. ^ Larissa Bonfante, Giuliano Bonfante: The Etruscan Language: An Introduction. p. 54.
  91. ^ Larissa Bonfante, Giuliano Bonfante: The Etruscan Language: An Introduction. p. 81.
  92. ^ Friedhelm Prayon: Die Etrusker. History, Religion, Art. pp. 38–40.
  93. ^ Larissa Bonfante, Giuliano Bonfante: The Etruscan Language: An Introduction. p. 55.
  94. ^ Larissa Bonfante, Giuliano Bonfante: The Etruscan Language: An Introduction. p. 133.
  95. ^ Larissa Bonfante, Giuliano Bonfante: The Etruscan Language: An Introduction. p. 14.
  96. ^ Steven Roger Fischer: History of Writing. pp. 141–142.
  97. ^ Larissa Bonfante, Giuliano Bonfante: The Etruscan Language: An Introduction. p. 117.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]