Taman Batu Permai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Taman Batu Permai adalah sebuah taman perumahan yang terletak di batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Diantara kawasan perumahan berhampiran kawasan perumahan ini adalah Taman Mastiara, Taman Tasik Indah, PPR Batu Muda, Kampung Batu Muda, Taman Wahyu, Kampung Batu dan Kampung Delima.

Kemudahan Awam[sunting | sunting sumber]

Kemudahan awam yang terdapat berhampiran taman perumahan ini adalah Sekolah Rendah Kebangsaan Tiara Permai, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Mun Choong dan Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Batu. Terdapat juga kemudahan taman rekreasi iaitu Taman Metropolitan Batu.

Di taman perumahan ini, juga terdapat Stesen Komuter Kampung Batu di laluan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.