Kepulauan Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kepulauan Melayu
Fail:Location Nusantara Archipelago.png
Peta Kepulauan Nusantara
Geografi
Lokasi
Jumlah pulau25,000 - 30,000
Pulau-pulau utamaJawa, Kalimantan, Luzon, Mindanao, Papua, Sulawesi, Sumatra
Luas2,000,000 km2 (770,000 bt2)
Largest settlementBandar Seri Begawan
Largest settlementManila
Largest settlementJakarta
Largest settlementKuala Lumpur
Largest settlementPort Moresby
Largest settlementSingapura (negara kota)
Largest settlementDili
Demografi
Populasi350 - 390 juta:[1]
 Indonesia
270.2 juta[2]
 Filipina
109 juta[3]
 Papua New Guinea
8 juta
 Malaysia
6.1 juta[4]

 Singapura
5.454 juta[5]

 Timor Leste
1.16 juta
 Brunei
460 ribu[6]

Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) ialah kepulauan yang terletak di antara Indo-China dan Australia. Kepulauan ini juga dipanggil "Alam Melayu", "Nusantara", "Hindia Timur", "Kepulauan Hindi-Australia", "Kepulauan Rempah" dan nama lain-lain. Nama ini diambil dari konsep Eropah dari abad ke-19 iaitu konsep Bangsa Melayu, yang kemudiannya didasarkan pada pengedaran bahasa-bahasa Austronesia.[7]

Nama "Kepulauan Melayu" hanya digunakan di Malaysia, sedangkan di indonesia lebih menggunakan istilah "Nusantara".

Terletak di pertengahan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, kepulauan ini terdiri daripada lebih daripada 25,000 pulau yang menjadikannya kepulauan yang keempat terbesar di dunia dari segi jumlah pulau. Dari segi luas kawasannya pula, kepulauan ini merupakan kepulauan yang terbesar di dunia. Negara-negara yang terdapat dalam kawasan kepulauan ini termasuk Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia (Malaysia Timur), Papua New Guinea, Singapura, dan Timor Leste.[8][9][10] Istilah Kepulauan Melayu ini hampir-hampir serupa dengan istilah Asia Tenggara Maritim.[11]

Etimologi dan terminologi[sunting | sunting sumber]

Istilah Kepulauan Melayu berasal dari konsep "Bangsa Melayu"[12], sebuah konsep berkaitan dengan bangsa yang dicadangkan oleh peneroka Eropah berdasarkan pemerhatian mereka terhadap pengaruh Empayar Srivijaya iaitu sebuah empayar etnik Melayu yang diasaskan di Sumatera.[13] Namun begitu, istilah ini tidak merangkumi semua pulau yang diduduki oleh penduduk luar Nusantara seperti Madagaskar dan Taiwan tetapi merangkumi juga pulau-pulau yang diduduki oleh orang Melanesia seperti Kepulauan Maluku dan New Guinea.

Ahli alamiah abad ke-19 Alfred Wallace menggunakan terma "Malay Archipelago" (Kepulauan Melayu) sebagai judul bukunya yang mendokumenkan kaji selidiknya di kawasan ini. Beliau juga merujuk kepada kawasan ini sebagai "Indian Archipelago" (Kepulauan Hindi) dan "Indo-Australia Archipelago" (Kepulauan Hindi-Australia).[14][15] Beliau memasukkan sekali Kepulauan Solomon dan Semenanjung Tanah Melayu disebabkan oleh persamaan fisiografik.[7] Seperti yang diperhatikan oleh Wallace,[16] terdapat hujah untuk tidak memasukkan sekali Papua New Guinea atas sebab kebudayaan dan geografi.

Kepulauan Melayu dipanggil "Hindia Timur" dari abad ke-16 dan seterusnya semasa zaman penjajahan Eropah.[17] Kadang kala, istilah ini masih digunakan untuk merujuk kepada Kepulauan Melayu[9] tetapi terma ini yang lebih umum merangkumi juga Indo-China dan Subbenua India.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Luas daratan dan perairan Kepulauan Melayu melebihi 2 juta km2. Secara amnya, kepulauan ini terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu:

Perkumpulan-perkumpulan pulau utama di Kepulauan Indonesia termasuk Kepulauan Maluku, New Guinea dan Kepulauan Sunda. Di Kepulauan Filipina pula, perkumpulan-perkumpulan pulau utama ialah Luzon, Mindanao dan Kepulauan Visayas.

Iklim di sepanjang kepulauan ini ialah Tropika kerana kedudukannya di Khatulistiwa. Kepulauan ini juga mempunyai beberapa gunung berapi paling aktif di dunia.

Puncak tertinggi ialah Puncak Jaya Wijaya di Papua dengan ketinggian 4,884 m (16,024 ka).[18]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Populasi[sunting | sunting sumber]

Terdapat lebih daripada 380 juta orang yang bertetap di kawasan ini. 10 pulau dengan populasi terbesar ialah:

  1. Jawa (141,000,000)
  2. Sumatera (50,180,000)
  3. Luzon (48,520,774)
  4. Mindanao (21,902,000)
  5. Borneo (21,258,000)
  6. Sulawesi (21,258,000)
  7. New Guinea (11,306,940)
  8. Singapura (5,453,600)
  9. Negros (4,414,131)
  10. Panay (4,302,634)

Bahasa dan agama[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan orang Kepulauan Melayu berasal dari rumpun Austronesia dan bertutur dalam bahasa-bahasa Melayu-Polinesia. Agama utama dalam kawasan ini ialah Islam (62%), Kristian (33%) dan agama-agama Buddha, Hindu, Taoisme dan agama rakyat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Department of Economic and Social Affairs Population Division. "World Population Prospects, Table A.2" (PDF). 2006 revision. United Nations. Dicapai pada 2007.
  2. ^ "Hasil Sensus Penduduk 2020 [Hasil Pembacian Penduduk 2020]". Badan Pusat Statistik (dalam bahasa Indonesia).
  3. ^ "2020 Census of Population and Housing (2020 CPH) Population Counts Declared Official by the President". Philippine Statistics Authority.
  4. ^ "Population by States and Ethnic Group". Department of Information, Ministry of Communications and Multimedia, Malaysia. 2015.
  5. ^ "Population and Population Structure - Latest Data". Statistics Singapore. 2021. Dicapai pada 2021-10-11.
  6. ^ "The World Factbook". Cia.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-12. Dicapai pada 30 December 2013.
  7. ^ a b Wallace, Alfred Russel (1869). The Malay Archipelago. London: Macmillan and Co. m/s. 1.
  8. ^ Society, National Geographic (2012-08-27). "archipelago". National Geographic Society (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-09.
  9. ^ a b Encyclopædia Britannica. 2006. Chicago: Encyclopædia Britannica, Inc.
  10. ^ Encyclopaedia Britannica – Malay Archipelago
  11. ^ "Population and Population Structure - Latest Data". Base (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-11.
  12. ^ Wallace, Alfred Russel (1869). The Malay Archipelago. London: Macmillan and Co. m/s. 1.
  13. ^ Reid, Anthony. Understanding Melayu (Malay) as a Source of Diverse Modern Identities. Origins of Malayness, Cambridge University Press, 2001. Dicapai pada March 2, 2009.
  14. ^ Wallace, Alfred Russel (1863). "On the Physical Geography of the Malay Archipelago". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 January 2010. Dicapai pada 30 November 2009.
  15. ^ Wallace, Alfred Russel (1869). The Malay Archipelago. London: Macmillan and Co. m/s. 2.
  16. ^ Wallace, Alfred Russel (1869). "40: The Races of Man in the Malay Archipelago". The Malay Archipelago. papuaweb.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-16. Dicapai pada 2009-08-26.

    "If we draw a line ... commencing along the western coast of Gilolo, through the island of Bouru, and curving round the west end of Mores, then bending back by Sandalwood Island to take in Rotti, we shall divide the Archipelago into two portions, the races of which have strongly marked distinctive peculiarities. This line will separate the Malayan and all the Asiatic races, from the Papuans and all that inhabit the Pacific; and though along the line of junction intermigration and commixture have taken place, yet the division is on the whole almost as well defined and strongly contrasted, as is the corresponding zoological division of the Archipelago, into an Indo-Malayan and Austro-Malayan region."

  17. ^ OED first edition A geographical term, including Hindostan, Further India, and the islands beyond with first found usage 1598
  18. ^ cookson, michael (2002-12-08). "PapuaWeb: Glaciers of New Guinea (Hope et al 1976)". www.papuaweb.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-09.