Tapenade

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tapenade
Cuillere de tapenade.jpg
Jenis jenis sapuan (lepa)
Jenis sajian Hors d'œuvre
Tempat asal Perancis
Kawasan Provence
Bahan utama zaitun, kaper, ikan bilis, minyak zaitun
di Wikibuku Buku Masakan: Tapenade  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Tapenade

Tapenade (Sebutan bahasa Perancis: [tapəˈnad], Occitan: tapenada Templat:IPA-oc) ialah hidangan Provence[1] yang terdiri daripada zaitun, kaper, ikan bilis dan minyak zaitun yang dipuri atau dicincang halus.[2] Namanya berasal daripada perkataan Provençal untuk kaper, tapenas (Templat:IPA-oc). Ia merupakan makanan popular di selatan Perancis, di mana ia biasanya dimakan sebagai hors d'œuvre, disapu pada roti. Kadang kala ia juga digunakan untuk disumbat ke dalam ayam bagi hidangan utama.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tapenade dalam lesung

Tapenade berasaskan zaitun dengan ikan bilis dan/atau cuka boleh didapati dalam masakan Itali dan didokumenkan dalam buku masakan Rom purba sejak beribu-ribu tahun sebelum kemunculan perkataan Perancis tapenade, atau bahkan bahasa Perancis itu sendiri. Salah satu resipi tapenade terawal diketahui, Olivarum conditurae, muncul dalam De re Rustica Columella, ditulis dalam abad pertama Masihi.[3] .[4] Cato the Elder ( 234-149 SM) memasukkan resipi untuk Epityrum, lepa zaitun seperti tapenade, dalam bab 119 dari bukunya "On Agriculture."

Tapenade kadang-kadang dikelirukan dengan salad zaitun New Orleans, komponen kritikal dalam sandwic New Orleans, muffaletta. Salad zaitun New Orleans adalah lebih tepat dipanggil giardiniera; ia tidak mengandungi kaper tetapi mengandungi kubis bunga, lobak merah dan saderi.

Penyediaan[sunting | sunting sumber]

Bahan asas tapenade adalah zaitun. Buah zaitun (paling biasa zaitun hitam) dan kaper dicincang halus, dihancurkan dan dicampur. Minyak zaitun kemudian ditambah sehingga campuran menjadi pes. Tapenade sering berperisa berbeza di pelbagai kawasan dengan bahan-bahan lain seperti bawang putih, herba, ikan bilis, jus lemon atau brendi.

Penyajian[sunting | sunting sumber]

Tapenade boleh digunakan sebagai sebahagian daripada pembuka selera dihidang sebagai sapuan pada keropok, roti berkerak atau crudités. Ia juga boleh digunakan sebagai perasa. Tapenade juga digunakan dalam menyediakan hidangan ikan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wright, Clifford A. "What is Tapenade?". What is Tapenade?. Clifford A Wright. Dicapai 4 July 2011. 
  2. ^ Food, BBC. "Tapenade". BBC Food. British Broadcasting Corporation. Dicapai 4 July 2011. 
  3. ^ "Olivarum Conditurae (from Columella's de re Rustica)". Dicapai 2013-01-20. 
  4. ^ "De Re Rustica of Columella". Loeb Classical Library edition. 1941. Dicapai 2013-01-20.