Bahasa Occitan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Occitan
Occitan, Lenga d'òc
Asli kepadaPerancis, Sepanyol, Itali, Monaco
Penutur asli
1,939,000
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Rasmi di Catalonia, Sepanyol
Dikawal selia olehConselh de la Lenga Occitana
Kod bahasa
ISO 639-1oc
ISO 639-2oci
ISO 639-3oci

Bahasa Occitan (nama tempatan: occitan [utsiˈta],[1]) atau Bahasa Ok (Lenga d'òc atau Langue d'oc [ˈleŋgɔˈðɔ(k)];[2] Nama timangan tempatan: la lenga nòstra [laˈleŋgɔˈnɔstrɔ][3] iaitu "bahasa kami/kita") merupakan sebuah bahasa Romawi yang dituturkan di Occitania, iaitu Selatan Perancis, Lembah Occitan di Itali, Monaco, dan di Lembah Aran di Sepanyol. Bahasa ini juga dituturkan di lingkungan linguistik Guardia Piemontese (Calabria, Itali). Bahasa ini hanya rasmi di Lembah Aran (dan di kawasan Catalonia, yang termasuk Aran).

Istilah "Provençal" juga digunakan untuk merujuk kepada Bahasa Occitan.

Occitania

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama asal bahasa ini iaitu lenga d'òc ("bahasa òc") merujuk kepada ciri bahasa ini yang menggunakan perkataan òc (turunan bahasa Latin Pasar hoc "ini") bermaksud "ya" berbanding dengan bahasa Perancis yang dikelaskan sebagai suatu "bahasa oïl" (lingua d'oïl, kata oui atau bahasa lamanya oïl turunan lanjut ungkapan bahasa Latin hoc illud ("ini[lah] ia") atau bahasa-bahasa Sepanyol dan Itali yang diberi gelaran "bahasa si" (lingua di si, atau turunan kata sic "maka". Pemerhatian ciri yang berpincang sesama bahasa-bahasa Romawi ini pertama kali dicatatkan oleh Dante Alighieri dalam De vulgari eloquentia bertulis:[4]

...alii oc, alii si, alii vero dicunt oil...
("ada yang menyebut òc, ada yang menyebut , ada yang menyebut oïl...")

Perbandingan dengan bahasa-bahasa Romawi yang lain[sunting | sunting sumber]

Kata-kata umum dalam beberapa bahasa Romawi terpilih digandingkan maksud sepadan dalam bahasa Melayu
Bahasa Latin Bahasa Occitan Bahasa Katalan Bahasa Perancis Bahasa Itali Bahasa Sepanyol Bahasa Portugis Bahasa Romania Bahasa Melayu
cantare cantar (chantar) cantar chanter cantare cantar cantar cânta "menyanyi"
capra cabra (chabra, craba) cabra chèvre capra cabra cabra capră "kambing"
clavis clau clau clef/clé chiave llave chave cheie "kunci"
ecclesia, basilica glèisa església église chiesa iglesia igreja biserică "gereja" (melalui bahasa Portugis)
formaticum,
caseus (laras pasar)
formatge (hormatge) formatge fromage formaggio queso queijo caş "keju" (melalui bahasa Portugis)
lingua lenga (lengua) llengua langue lingua lengua língua limbă "bahasa"
nox, noctis nuèch (nuèit, nuòch) nit nuit notte noche noite noapte "malam"
platea plaça plaça place piazza plaza praça piaţă "dataran"
pons, pontis pont (pònt) pont pont ponte puente ponte punte "jambatan"

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sebutan tempatan: occitan = [u(k)siˈtaⁿ, u(k)siˈtɔ, ukʃiˈtɔ, uksiˈta].
  2. ^ Sebutan tempatan: lenga d'òc = [ˈleⁿgɔˈdɔ, ˈleⁿgaˈdɔk].
  3. ^ Sebutan tempatan: la lenga nòstra = [laˈleⁿgɔˈn(w)ɔstʀɔ, laˈleⁿgaˈn(w)ɔstʀa, lɒˈleⁿgɔˈnɔstrɔ, lɒˈleⁿgɔˈnɔːtrɔ] dan juga la lenga nòsta = [laˈleŋgɔˈnɔstɔ].
  4. ^ "DANTIS ALAGHERII DE VULGARI ELOQUENTIA LIBER PRIMUS". The Latin Library. William L. Carey. 26 Julai 2022.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Wikipedia
Wikipedia Bahasa Occitan, ensiklopedia bebas

Pautan luar[sunting | sunting sumber]