Pergi ke kandungan

Televisyen di United Kingdom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penyiaran televisyen di Britain yang bermula pada tahun 1936, kini bermegah dengan beraneka perkhidmatan percuma dan berbayar melalui pelbagai media pengedaran, mencecah 600 saluran untuk pengguna di samping juga kandungan video atas permintaan. Terdapat enam pemilik saluran utama yang meawarkan perkhidmatan kepada penonton. Setiap tahun dihasilkan 27,000 jam kandungan buatan tempatan yang menelan belanja £2.6 bilion. Penutupan sistem terestrial analog sedang dijalankan satu demi satu dan bakal disiapkan pada tahun 2012.

Penyedia perkhidmatan televisyen

[sunting | sunting sumber]

Perlbagai penyedia TV disediakan baik percuma mahupun langganan, menawarkan bermacam-macam saluran, kemudahan seperti panduan rancangan (EPG), video atas permintaan (VOD), definisi tinggi (HD), televisyen interaktif dengan butang merah, tidak lupa juga liputan seluruh UK. Selalunya, kotak atas set disediakan untuk menerima perkhidmatan ini; tetapi juga adanya Televisyen Digital Bersepadu (IDTV) untuk menerima perkhidmatan Freeview atau Freesat. Perkhidmatn Top Up TV dan BT Vision menggunakan kotak hibrid yang menerima Freeview dan juga saluran berbayar tambahan. Isi rumah yang menerima TV dari internet (YouTube, Joost, muat turun dsb.) tidak dijejaki oleh Ofcom. Lima saluran paling ramai penonton di UK, iaitu BBC One, BBC Two, ITV, Channel 4 dan Five, disediakan oleh semua penyedia (tetapi saluran Five tidak boleh diterima melalui siaran terestrial analog di sesetengah tempat, termasuk hampir seluruh Wales).

PenyediaPercuma atau berbayarBilangan saluranVODHDButang merah IsirumahPancaran
Terestrial analogPercumaTidak lebih 6TidakTidakTidak 2,700,000[1]Terestrial analog
FreesatPercuma79 (TV), 36 (radio)TidakYaYa 350,000[1][nb 1]Satelit digital
Freesat from SkyPercuma + PPVLebih 240[2]TidakTidakYa 153,000[1][nb 2]Satelit digital
FreeviewPercumaTidak lebih 44 (TV), 24 (radio)TidakTidakYa 9,700,000[1]Terestrial digital
FreewirePercuma dan berbayar25 percuma[3], 19 berbayar[4]TidakTidakTidak 40,000[5]IPTV
InternetPelbagaiTidak diketahuiYaYaTidak 17,275,660[6]Televisyen Internet
BT VisionTidak-percumaBerbayarSeperti FreeviewYaYaTidak 423,000[7]IPTV dan terestrial digital
OrangeTidak-percumaBerbayarTidak diketahuiTidak diketahuiTidakTidak Tidak diketahuiTelevisyen mudah alih
Sky TVTidak-percumaBerbayarKira-kira 600 (TV and radio)PushYaYa 8,900,000[1]Satelit digital
SmallworldTidak-percumaBerbayar99[8]TidakTidakTidak [nb 3]Kabel digital
T-MobileTidak-percumaBerbayarTidak diketahuiTidak diketahuiTidakTidak Tidak diketahuiTelevisyen mudah alih
Tiscali TVTidak-percumaBerbayar73YaTidakTidak 100,000[1]IPTV
Top Up TVTidak-percumaBerbayarSeperti FreeviewPushTidakTidak 200,000[1]Terestrial digital
Virgin [analog]Tidak-percumaBerbayar35[9]TidakTidakTidak 90,000[1]Kabel analog
Virgin [digital]Tidak-percumaBerbayarKira-kira 318 (tv & radio) (TV)[10]YaYaYa 3,510,400[1][nb 4][nb 3]Kabel digital
VodafoneTidak-percumaBerbayarTidak diketahuiTidak diketahuiTidakTidak Tidak diketahuiTelevisyen mudah alih
WightCableTidak-percumaBerbayar120[11]TidakTidakTidak [nb 3]Kabel digital
Penerimaan TV berbayar lwn percuma oleh peti TV utama isi rumah UK
JenisPeratusanIsirumahPenyedia
Percuma50.5%12,864,803Freesat, Freesat from Sky, Freeview, TV terestrial analog
Berbayar49.5%12,625,197Sky TV, Smallworld Media, Tiscali TV, Top Up TV, Virgin Media, Wightcable
Sistem penyiaran/penerimaan peti TV utama isi rumah UK
JenisPeratusanIsirumahPenyedia
Terestrial49.4%12,600,000Analog, Freeview, Top Up TV
Satelit36.9%9,400,000Freesat, Freesat from Sky, Sky TV
Kabel13.3%3,390,000Smallworld Media, Virgin Media, Wightcable
IPTV melalui ADSL0.4%100,000Tiscali TV
Graf bar memaparkan bilangan isi rumah untuk setiap platofrm perkhidmatan TV di TV utama mereka, pada akhir Mac 2009
Perkakas penerimaan perkhidmatan TV UK
PenyediaTV atau IDTVSTBKomputerTelefon bimbit
Terestrial analogYa—YaTidak
FreesatYaYaTidakTidak
Freesat from SkyTidakYaTidakTidak
FreeviewYaYaYaTidak
FreewireTidakTidakYaTidak
The InternetTidakYaYaYa
BT VisionTidakYaTidakTidak
OrangeTidakTidakTidakYa
Sky TVTidakYaTidakTidak
SmallworldTidakYaTidakTidak
T-MobileTidakTidakTidakYa
Tiscali TVTidakYaTidakTidak
Top Up TVTidakYaTidakTidak
Virgin [analog]TidakYaTidakTidak
Virgin [digital]TidakYaTidakTidak
VodafoneTidakTidakTidakYa
WightCableTidakYaTidakTidak

Di United Kingdom dan tanah-tanah naungannya, penonton wajib memegang lesen televisyen berbayar untuk menerima mana-mana perkhidmatan penyiaran televisyen awam dari mana-mana penyedi, termasuk saluran swasta, siaran kabel dan satelit. Pendapatan dari yuran lesen televisyen digunakan untuk membiayai perkhidmatan dan penerbitan kandungan radio, televisyen dan Internet oleh Perbadanan Penyiaran British (BBC), dan kandungan berbahasa Wales oleh S4C. BBC[12] memberikan perangkaan perbelanjaan hasil yuran lesen yang berikut:

  • 50% - BBC One dan BBC Two
  • 15% - TV dan radio tempatan
  • 12% - radio rangkaian
  • 10% - digital (BBC Three, BBC Four, BBC News 24, BBC Parliament, CBBC, CBeebies)
  • 10% - kos pemancaran dan kutipan yuran lesen
  • 3% - BBC Online, Ceefax, dan perkhidmatan interaktif (termasuk bbc.co.uk dan BBC Red Button)
  1. ↑ Freesat sales figures, as quoted in §3.13 of Ofcom report
  2. ↑ Derived from total free satellite households (figure 12) and Freesat sales figures (§3.13) in Ofcom report
  3. 1 2 3 Smallworld, Virgin and Wightcable have 3,300,000 subscribers combined according to Ofcom figures
  4. ↑ This figure is from Virgin Q1 2009 results as quoted in Ofcom report
  1. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 "The Communications Market: Digital Progress Report - Digital TV, Q1 2009" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-07-10. Dicapai pada 2009-09-27.
  2. ↑ Pay Once Watch Forever > What's on TV
  3. ↑ Freewire - Freewire
  4. ↑ Freewire - Freewire Extra!
  5. ↑ Broadcasting - News - We've doubled IPTV viewers, says provider - Digital Spy
  6. ↑ 1c. Total broadband subscribers by country (December 2008), OECD, dicapai pada 2009-07-05
  7. ↑
  8. ↑ Digital TV
  9. ↑ Non-digital postcode
  10. ↑ TV Size: XL - Channel Listing
  11. ↑ Wightcable Telephone Broadband and Cable Television on the Isle of Wight
  12. ↑ BBC News (2005-03-02). "BBC governors set to be scrapped". Dicapai pada 2006-06-18.