Tembak-dan-lupa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tembak-dan-lupa merupakan kaedah panduan peluru berpandu generasi ke-3. Pihak tentera menggunakan terma ini bagi menerangkan jenis peluru berpandu yang tidak memiliki arahan lanjut selepas dilancarkan. Keistimewaan peluru jenis adalah ia boleh mengenai sasarannya walaupun bidikan pelancarnya terkeluar dari medan bidikan senjata. Ini merupakan ciri terpenting bagi sesebuah senjata, kerana anggota atau kenderaan yang berada berdekatan dengan sasaran bagi memberi panduan kepada peluru berpandu (sebagai contoh menggunakan penanda laser) terdedah kepada serangan dan tidak boleh melaksanakan tugas-tugas lain.

Secara umumnya, maklumat sasaran akan diprogram ke dalam peluru berpandu sebelum ia dilepaskan. Ini termasuk koordinat, pengukuran radar (termasuk kelajuan) atau imej inframerah sasaran. Setelah ia dilancarkan, panduan peluru berpandu akan memandu dirinya sendiri dengan kombinasi giroskop dan meter pecutan, GPS, radar organik dan optik inframerah. Beberapa sistem menawarkan pilihan sama ada untuk meneruskan input berterusan daripada pelantar pelancar atau tembak-dan-lupa.

Contoh peluru berpandu tembak-dan-lupa[sunting | sunting sumber]

Peluru berpandu moden PARS 3 LR dari jenis tembak-dan-lupa yang digunakan oleh Tentera Darat Jerman.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]