Tengku Muhammad Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tengku Muhammad Ismail
Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Terengganu
Tmismail.jpg
Pemerintahan13 Disember 2006 - kini
Didahului olehSultan Mizan Zainal Abidin
Keputeraan(1998-03-01)1 Mac 1998 (Umur 21 tahun, 5 bulan dan 21 hari)
Kuala Terengganu, Terengganu
KerabatKesultanan Terengganu
AyahandaSultan Mizan Zainal Abidin
BondaSultanah Nur Zahirah
AgamaIslam

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Baginda mempunyai seorang kekanda perempuan, seorang adinda lelaki dan seorang adinda perempuan. Kakak baginda bernama Tengku Nadhirah Zaharah, manakala adik baginda bernama Tengku Muhammad Mua'az dan Tengku Fatimatuz Zahra. Baginda kini menjalani persekolahannya di England.

Perwarisan Takhta[sunting | sunting sumber]

Baginda merupakan orang pertama dalam barisan perwarisan takhta Kerajaan Negeri Terengganu. Apabila baginda diputerakan, baginda diisytiharkan Yang DiPertuan Muda Terengganu.

Baginda dan Majlis Penasihat Pemangku Raja[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Disember 2006, baginda dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Terengganu mengikut Syarat (1) Fasal 16AA, Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Kedua) mengenai Pelantikan Pemangku Raja. Baginda dibantu oleh tiga orang ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja yang ditubuhkan berikutan Baginda yang belum mukallaf (boleh menjalankan tanggungjawab sendiri) untuk mentadbir negeri Terengganu bersendirian.

Majlis Penasihat Pemangku Raja
Ahli Keterangan Catatan
Tengku Baderulzaman ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi billah Shah Tengku Sri Panglima Raja Terengganu Pengerusi
Tengku Sulaiman ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Tengku Sri Laksamana Raja Terengganu Ahli
Datuk Abdul Kadir Sulaiman Hakim Mahkamah Persekutuan Ahli

Baginda dan Majlis Perwakilan Pemangku Raja[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Ogos 2011, baginda sekali lagi ditabalkan sebagai Pemangku Raja Terengganu setelah ayahandanya berpuas hati bahawa baginda telah mukallaf. Akan tetapi, oleh sebab beliau masih melanjutkan pelajaran di England, Majlis Perwakilan Pemangku Raja ditubuhkan menggantikan fungsi Majlis Penasihat Pemangku Raja yang dibubarkan.

Majlis Perwakilan Pemangku Raja
Ahli Keterangan Catatan
Tengku Mustafa Kamel ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi billah Shah Tengku Sri Bendahara Raja Terengganu Pengerusi
Tengku Sulaiman ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Tengku Sri Laksamana Raja Terengganu Ahli
Datuk Abdul Kadir Sulaiman Hakim Mahkamah Persekutuan Ahli

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Baginda dianugerahkan Darjah Kebesaran Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (DK1) selaras dengan pelantikan baginda sebagai Pemangku Raja Terengganu.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Julai 2009, baginda dilantik sebagai Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia bagi negeri Terengganu.