Tengku Putera Tengku Awang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
YM Dato'

Tengku Putera Tengku Awang
Tengkuputera.jpg
Ahli Dewan Undangan
untuk N23 Kuala Berang
Dalam jawatan
2013 – 9 Mei 2018
Didahului olehYB Tuan Haji Mohd Zawawi bin Ismail P.J.K
Digantikan olehMamad Puteh
Ahli Dewan Undangan
untuk N21 Telemong
Dalam jawatan
1995–2004
Digantikan olehYB. Haji Rozi bin Haji Mamat
Butiran peribadi
LahirKampung Kepah, Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganToh Puan Halijah Ali
Anak-anak5
PekerjaanAhli Politik

YBM Dato’ Tengku Putera Tengku Awang (Lahir 14 Jun 1959), merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan bekas Timbalan Menteri Kewangan.[1]

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kampung Kepah, Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu. Tengku Putera merupakan pemegang Diploma Pentadbiran Awam Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1984 dan kemudiannya menceburi kerjaya dalam bidang perbankan.[1]

Politik[sunting | sunting sumber]

Kerjaya politiknya bermula apabila dipilih bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong pada pilihan raya umum 1995[1] dan seterusnya memenangi kerusi itu dan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri.

Sejarah kepimpinannya mula menyerlah ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) tumbang pada tahun pilihan raya umum 1999. Namun beliau bersama seorang lagi calon BN yang juga dari bahagiannya iaitu Rosol Wahid menang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong dan Ajil.

Beliau sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada tahun 1999 ketika BN tewas di Terengganu dan pada pilihan raya umum 2004 bertanding kerusi Parlimen Hulu Terengganu.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Toh Puan Halijah Ali, 44 dan mempunyai lima orang anak;

  1. Tengku Haphiz
  2. Tengku Norhafizah
  3. Tengku Norhakimah
  4. Tengku Norhidayah
  5. Tengku Muhammad Hakimi

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "TENGKU PUTERA TENGKU AWANG". Sinar Harian. 7 Julai 2018 – melalui http://pru.sinarharian.com.my. 

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]