Mamad Puteh
Yang Berhormat Dr. Haji Mamad Puteh PJK (Terengganu); MD (UKM) | |
---|---|
![]() | |
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu | |
Memegang jawatan 2018 | |
Sultan | Sultan Mizan Zainal Abidin |
Timbalan | Saiful Azmi Suhaili |
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk N23 Kuala Berang | |
Memegang jawatan 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Tengku Putera Tengku Awang |
Majoriti | 1,070 |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Digantikan oleh | Komarudin Abdul Rahman |
Majoriti | 1,844 |
Butiran peribadi | |
Lahir | ![]() ![]() | 5 Ogos 1956
Parti politik | ![]() |
Pasangan | Hajah Noraini Mohamed |
Anak-anak | 6 orang |
Kediaman | Kampung Sungai Petai, Kuala Berang,Hulu Terengganu |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Doktor |
Dr. Haji Mamad bin Puteh telah dilahirkan di Kampung Rhu Dua, Marang, Terengganu pada tahun 1956 dan menetap di Kampung Sungai Petai, Kuala Berang melebihi 30 tahun. Beliau pernah berkhidmat sebagai ADUN Kuala Berang bermula pada tahun 1999 hingga 2004. Beliau sekali lagi bertanding di PRU14 sebagai calon PAS bagi DUN Kuala Berang.[1]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Beliau pernah menjadi doktor pelatih di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1982 hingga 1984. Pada tahun 1984 hingga 1985, beliau berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.[perlu rujukan] Kerjayanya diteruskan lagi sebagai pegawai perubatan Hospital Desa Kuala Berang pada tahun 1986 dan seterusnya membuka klinik persendirian beliau iaitu Klinik Mamad Sdn. Bhd. di Kuala Berang.[petikan diperlukan]
Kemarasyakatan[sunting | sunting sumber]
- 1985 - Menjadi petugas pegawai perubatan Tabung Haji
- 2002 - Menyertai Misi Bantuan Kesihatan ke Sempadan Afghanistan Pakistan
- 2004 - Menyertai Misi Bantuan Kesihatan ke Acheh (Tsunami)
- 2005 - Menyertai Misi Bantuan Kesihatan ke Kawasan Gempa Bumi Pakistan
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Politik[sunting | sunting sumber]
- ADUN Kuala Berang pada 1999 hingga 2004
- Timbalan EXCO Infrastruktur Kerajaan Negeri Terengganu pada 1999 hingga 2004
- Bendahari Parti Islam Se-Malaysia kawasan Hulu Terengganu sehingga kini
Pilihan raya umum ke-14[sunting | sunting sumber]
Kerusi DUN Kuala Berang diramalkan kerusi paling sengit pada PRU14 ini dalam Parlimen Hulu Terengganu kerana tiga nama besar bertembung bagi misi menawan N23. Pertembungan tiga penjuru itu melibatkan penyandang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang (BN), Dr Mamad Puteh (PAS) serta Mohd Nor Othman (PKR). Dr Mamad Puteh telah berjaya menawan kembali DUN 23, Kuala Berang dengan majoriti 1,070.[2]
Dr Mamad yakin mampu menang kerana PAS juga ada kekuatan tersendiri dan PRU10 sebagai salah satu bukti. Menurutnya, berdasarkan isu-isu semasa terutamanya kos beban hidup rakyat yang kian meningkat kini, tidak mustahil sejarah tercipta pada tahun 1999 lalu berulang kembali khususnya di Kuala Berang.[petikan diperlukan]
Pilihan raya yang diwakili[sunting | sunting sumber]
N23 | Kuala Berang | Komarudin Abdul Rahman | BN | 5,926 | Dr. Mamad Puteh | PAS | 4,231 |
N23 | Kuala Berang | Abdullah Ismail | BN | 3,124 | Dr. Mamad Puteh | PAS | 4,968 |
N23 | Kuala Berang | Tengku Putera Tengku Awang | BN | 6,637 | Dr. Mamad Puteh | PAS | 7,707 |
Mohd Nor Othman | PKR | 969 |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Endut, Radhuan Hussain dan Mohd. Lazim. "Pas Terengganu ketengah 19 calon muka baharu". Utusan Online. Dicapai pada 2018-05-11.
- ^ Mamat, Noor Hayati. "Kuala Berang milik siapa?". Dicapai pada 2018-05-11.