Ajil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ajil
Bandar
Bendera Ajil
Mohor rasmi Ajil
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"[1]
Lagu:
Negaraku
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Negara Malaysia
NegeriTerengganu
Daerah Hulu Terengganu
BandarAjil
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
21800
[ Lokasi Google]

Ajil merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia.[2] Disini terdapat sebuah kawasan perindustrian dan depot tahanan imigresen yang menempatkan pendatang tanpa izin di sekitar Pantai Timur.[3] Pada 1997, Pekan Ajil telah dibangunkan serentak dengan bandar Kuala Berang melalui program Pembangunan Daerah Hulu Terengganu.[4]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kawasan petempatan ini terletak kira-kira 45 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.[5]

Populasi[sunting | sunting sumber]

Penduduk Ajil mengikut pecahan etnik bancian tahun 2010.

Etnik Populasi
Melayu 2,122
Cina 37
India 10
Bukan Warganegara 743
Jumlah 2,931

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Bandar Baharu Ajil[sunting | sunting sumber]

Bandar Baharu Ajil yang sedang dalam pembinaan dijangka mampu menghidupkan semula aktiviti ekonomi di bandar ini yang agak suram terutamanya di pekan lama yang terletak di persimpangan Lebuhraya Jerangau-Jabor yang kini kurang digunakan oleh pengguna jalanraya sejak Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 siap dibina.[6] Bandar Baharu Ajil yang menelan belanja RM4 juta akan menjadi pusat sehenti yang menempatkan 70 lot kedai dua tingkat, medan selera, stesen bas dan teksi dijangka siap awal 2014. Bandar Baharu Ajil itu kelak dijangka mampu menarik pelabur ke bandar ini yang mempunyai akses jalanraya yang baik menghubungkan bandar-bandar besar yang lain terutamanya Lebuhraya Pantai Timur yang boleh dihubungkan terus dari Ajil ke Kuala Lumpur. Penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Ara adalah penempatan tersusun yang mampu menampung 100 keluarga yang juga terletak di bandar Ajil.

Tarikan pelancong[sunting | sunting sumber]

Taman Burung Kuang Ajil[sunting | sunting sumber]

Taman Burung Kuang Ajil salah satu destinasi pelancongan yang harus dilawati apabila berkunjung ke Ajil. Taman Burung yang berkeluasan 1.7 ekar ini menempatkan pelbagai spesies burung terutama dari spesies Burung Kuang. Burung Kuang adalah spesies burung yang mempunyai bulu yang cantik berbintik-bintik coklat dan berjambul. Terdapat lebih 30 spesies Burung Kuang dari pelbagai negara di bela dan dibiakkan di sini. Burung Kuang Jantan biasanya mempunyai ekor yang panjang dan cantik berbanding dengan Burung Kuang Betina. Burung jantan biasanya akan mengembangkan ekornya bagi menarik perhatian burung betina untuk mengawan. Habitat Burung Kuang biasanya adalah di kawasan hutan dipterokap hingga ketinggian 900meter dan memakan pucuk tumbuhan, biji-bijihan, buah-buahan yang gugur seperti buah ara. Pembiakannya pula biasanya adalah dalam bulan Mac hingga Ogos dan burung betina biasanya bertelur dicelah-celah banir pokok dan membuat sarang. Burung Kuang betina biasanya akan bertelur sehingga 2 biji dan mengeram telurnya sehingga menetas.

Taman Burung Kuang Ajil juga memelihara dan membiakkan spesies Burung Merak Hijau (hookbilled bulbul) yang telah di ancam kepupusan di Malaysia sejak 1960an. Kerajaan Negeri melalui Taman Kuang Ajil Enterprise berkerjasama untuk membiakkan Burung Merak Hijau ini dan akan dilepaskan di kawasan Taman Burung Sungai Ketiar Tasik Kenyir sebagai menambah habitat spesies ini secara semulajadi. Spesies yang dibiakkan di Taman Burung Ajil ini adalah jenis burung merak hijau Jawa yang mana bakanya diperolehi dari Jerman dengan kebenaran PERHILITAN.

Poskod[sunting | sunting sumber]

Ajil direka cipta dengan poskod tersendiri iaitu, 21800.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dua sekolah kerajaan di Ajil adalah:[7]

Sekolah yang lain terdapat di Ajil adalah seperti berikut:

  • Sekolah Rendah Islam Darul Iman
  • Kolej Komuniti Ajil

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

  1. Masjid Pekan Ajil.[8]
  2. Masjid Tok Randok

Politik[sunting | sunting sumber]

Kawasan Ajil kini sedang diwakili di Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Malaysian Flag and Crest from www.malaysia.gov.my.
  2. ^ "Dua ditahan selepas ragut rantai". Berita Minggu. New Straits Times Press. 12 Januari 1992. Dicapai pada 20-10-2021
  3. ^ "Myanmar paling ramai". Harian Metro. New Straits Times Press. 10 September 2012. Dicapai pada 20-10-2021
  4. ^ "Ajil, Kuala Berang dibangunkan serentak". Berita Harian. New Straits Times Press. 9 September 1997. Dicapai pada 20-10-2021
  5. ^ Baharom Bakar (30 Oktober 1998). "Pekan Ajil rindukan angin pembangunan". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 20-10-2021
  6. ^ "Pembinaan Bandar Baru Ajil hidupkan ekonomi penduduk". Berita Harian. New Straits Times Press. 16 November 2012. Dicapai pada 20-10-2021.
  7. ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (10 Julai 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia". moe.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.CS1 maint: date and year (link)
  8. ^ "Masjid Pekan Ajil dapat tandas baru". Berita Harian. New Straits Times Press. 26 Mei 2012. Dicapai pada 20-10-2021

Koordinat: 5°05′N 103°05′E / 5.083°N 103.083°E / 5.083; 103.083