Teri Hatcher

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Teri Hatcher
Hatcher semasa tayangan perdana World of Color
Kelahiran
Teri Lynn Hatcher

(1964-12-08) 8 Disember 1964 (umur 59)
PekerjaanPelakon, pengacara, penulis
Tahun aktif1985–kini
PasanganMarcus Leithold (1988–1989)
Jon Tenney (1994–2003)
Anak-anakEmerson Tenney

Teri Lynn Hatcher (lahir pada 8 Disember 1964) merupakan pelakon Amerika Syarikat yang pernah dicalonkan dalam Anugerah Emmy dan pernah memenangi Anugerah Golden Globe. Beliau mula mendapat tempat selepas membintangi siri Lois & Clark: The New Adventures of Superman bersama Dean Cain. Hatcher juga memegang watak Susan Mayer, dalam Desperate Housewives. Selain itu beliau juga pernah menjadi gadis Bond menerusi watak Paris Carver dalam Tomorrow Never Dies pada 1997.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Permulaan hidup[sunting | sunting sumber]

Hatcher merupakan anak tunggal kepada Owen dan Esther Hatcher dan dilahirkan di Palo Alto, California, serta dibesarkan di Sunnyvale, California. Beliau pernah menuntut di Mango Junior High (kini Sunnyvale Middle School), Sekolah Tinggi Fremont di Sunnyvale dan Kolej De Anza College di Cupertino.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Hatcher bermula dengan mengambil kelas balet di San Juan Girls' Ballet Studio Los Altos, California. Beliau kemudiannya menyertai American Conservatory Theater. Salah satu tugas terawalnya (1984) adalah sebagai ketua sorak bersama San Francisco 49ers. Beliau juga pernah menjadi duyung menerusi The Love Boat dalam musim terakhir siri tersebut. Hatcher memegang watak Lois 1993, disamping Dean Cain, dalam Lois and Clark dan Lois and Clark: The New Adventures of Superman (1993-1997). Selain itu, beliau pernah muncul dalam filem Spy Kids (2001), James Bond: Tomorrow Never Dies, Dead in the Water (1991), 2 Days in the Valley (1996), and Heaven's Prisoners (1996). ABC telah membatalkan siri Lois & Clark pada 1997, dan Hatcher begitu kecewa. Beliau pernah muncul menerusi Star Trek: The Next Generation dan MacGyver sebagai Penny Parker. Beliau pernah menjadi undangan dalam salah sebuah episod Seinfeld, sebagai Sidra, yang telah putus cinta dengan Jerry Seinfeld. Hatcher pernah muncul dalam iklan TV NFL Hall of Famer Howie Long. Beliau menjadi hos untuk Saturday Night Live pada tahun 1996.

Pada 1997, Hatcher telah diundi oleh para pembaca FHM sebagai "Sexiest Woman in the World". Hatcher juga mengalahkan empat orang pelakon Desperate Housewives lain, untuk merebut Best Actress in a Musical or Comedy menerusi Anugerah Golden Globe pada Januari 2005. Hatcher juga memenagu Anugerah Screen Actors Guild (SAG) untuk kategori yang sama pada tahun yang sama juga (2005). Pada Julai 2005, beliau dicalonkan oleh Anugerah Emmy sebagai Best Actress in a Comedy Series disamping Marcia Cross dan Felicity Huffman (Felicity memenanginya).

Pada April 2006, Hatcher antara pelakon televisyen wanita AS yang menerima bayaran tertinggi. Beliau dilaporkan menerima bayaran sebayak $380,000 per episod menerusi Desperate Housewives. Pada Mei 2006, beliau melancarkan buku pertamanya, Burnt Toast: And Other Philosophies of Life.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Antara tahun 1985 dan 1988, beliau menjalinkan hubungan bersama Richard Dean Anderson yang turut membintangi MacGyver bersamanya. Pada 1988, Hatcher mengahwini Marcus Leithold (4 Jun 1988), tetapi bercerai setahun kemudian. Pada 27 Mei 1994 beliau mengahwini pelakon Jon Tenney; mereka dikurniakan seorang anak, Emerson Rose pada November 1997, dan bercerai pada Mac 2003.

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Lakonan Peranan Nota
1985 The Love Boat Amy, Loveboat Mermaid Siri TV; dari 1985-1986
1986 MacGyver Penny Parker Siri TV (jemputan) 1986-1991
1986 Capitol Angelica Stimac Clegg Siri TV; 1986-1987
1987 Karen's Song Laura Matthews Siri TV
1987 Night Court Kitty Siri TV; jemputan episod "Who Was That Mashed Man?"
1987 Missing You Now Girlfriend video klipMichael Bolton
1988 CBS Summer Playhouse Lauri Stevens Siri TV; jemputan episod "Baby on Board"
1988 Star Trek: The Next Generation Lt. Bronwyn Gail Robinson Siri TV; tetamu episod "The Outrageous Okona"
1989 The Big Picture Gretchen
1989 L.A. Law Tracy Shoe Siri TV; jemputan episod "I'm in the Nude for Love"
1989 Quantum Leap Donna Eleese Siri TV; jemputan episod "Star-Crossed"
1989 Tango & Cash Katherine 'Kiki' Tango
1990 Murphy Brown Madeline Stillwell Siri TV; jemputan episod "Fax or Fiction"
1990 Tales from the Crypt Stacy Siri TV; jemputan episod "The Thing from the Grave"
1991 The Brotherhood Teresa Gennaro
1991 Soapdish Ariel Maloney
1991 Sunday Dinner TT Fagori Siri TV
1991 Dead in the Water Laura Stewart
1991 The Exile Marissa Siri TV; jemputan episod "Eclipse"
1992 Straight Talk Janice
1993 All Tied Up Linda Alissio
1993 Lois & Clark: The New Adventures of Superman Lois Lane Siri TV
1993 Brain Smasher... A Love Story Samantha Crain
1993 Seinfeld Sidra Siri TV; jemputan 1993 &1998
1994 The Cool Surface Dani Payson
1996 Dead Girl Passer-by
1996 Heaven's Prisoners Claudette Rocque
1996 2 Days in the Valley Becky Foxx
1997 Tomorrow Never Dies Paris Carver
1998 Since You've Been Gone Maria Goldstein
1998 Frasier Marie Siri TV; jemputan episod "First Do No Harm"
1999 Fever Charlotte Parker
2000 Running Mates Shawna Morgan
2001 Say Uncle
2001 Spy Kids Ms. Gradenko
2001 Jane Doe Jane Doe
2003 A Touch of Fate Megan Marguilas
2003 Momentum Jordan Ripps
2004 Desperate Housewives Susan Mayer Siri TV (2004 -kini)
2004 Two and a Half Men Liz Siri TV; jemputan episod "I Remember the Coatroom, I Just Don't Remember You."
2007 Resurrecting the Champ Flak
2008 Coraline The Other Mother

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]