The Star-Spangled Banner

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

The Star-Spangled Banner (Panji Berhias Bintang) ialah lagu kebangsaan Amerika Syarikat. Liriknya diambil daripada sebuah sajak yang bertajuk "Defence of Fort M'Henry"[1] nukilan Francis Scott Key (1779-1843), seorang peguam dan penulis, yang memperingati pengeboman Kubu McHenry di pelabuhan Baltimore oleh Tentera Laut Diraja British semasa Perang 1812 di antara pihak kerajaan Britain dengan jajahan-jajahannya di Amerika Utara yang mengisythiarkan kemerdekaan mereka.

Baris-baris sajak tersebut dinyanyikan mengikut melodi "To Anacreon in Heaven", sebuah lagu yang ditulis sekitar tahun 1773 untuk sebuah kelab sosial di Britain iaitu The Anacreon Society.

Lagu tersebut dipilih untuk kegunaan rasmi Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1889. Ia akhirnya menjadi lagu kebangsaan Amerika Syarikat di bawah sebuah usul undang-undang yang dipersetujui Senat pada 3 Mac 1931 [2] dan ditandatangani Presiden Herbert Hoover pada hari berikutnya.[3]


Lirik[sunting | sunting sumber]

O say, can you see, by the dawn's early light,
What so proudly we hailed at the twilight's last gleaming?
Whose broad stripes and bright stars, through the perilous fight,
O'er the ramparts we watched, were so gallantly streaming!
And the rockets' red glare, the bombs bursting in air,
Gave proof through the night that our flag was still there:
O say, does that star-spangled banner yet wave
O'er the land of the free and the home of the brave?

Terjemahan[sunting | sunting sumber]

Katakanlah, dapatkah kamu lihat, di waktu awal fajar,
Apa yang kami sambut dengan bangganya di dinihari?
Yang panjinya berbintang terang dan berjalur lebar, tatkala di pertempuran yang sengit,
Di sebalik benteng-benteng kami melihatnya berkibaran megah!
Di mana kilauan merah roket-roket serta letupan bom-bom di udara,
Membuktikan sepanjang malam bahawa bendera kami masih ada?
Katakanlah, adakah bendera berhias bintang itu masih berkibar
Di tanah yang merdeka, yang dihuni mereka yang berani?

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]