Top Glove

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Top Glove Corporation Berhad
Syarikat awam
MYX: 7113
IndustriGetah
Ditubuhkan1991; 31 tahun yang lalu (1991)
PengasasTan Sri Dr Lim Wee-Chai
Ibu pejabatSetia Alam, Malaysia
Bilangan kawasan
50 (pada Ogos 2021)
Tokoh penting
Tan Sri Dr. Lim Wee Chai, Pengerusi Eksekutif

Dato Lee Kim Meow, Pengarah Urusan

Lim Cheong Guan, Pengarah Eksekutif
KeluaranSarung tangan getah
Output pengeluaran
100 bilion
Bilangan kakitangan
22,000
Laman web rasmi
www.topglove.com.my

Top Glove Corporation Bhd atau Top Glove adalah pengeluar sarung tangan terbesar di dunia. Syarikat ini memiliki dan mengendalikan lebih kurang 50 kemudahan pengeluaran di Malaysia, Thailand, Vietnam dan China dan pejabat pemasaran di negara-negara ini serta Amerika Syarikat, Jerman dan Brazil.[1]

Syarikat ini ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1991 oleh Tan Sri Dr Lim Wee-Chai, sebagai usaha perniagaan sederhana 1 kilang, 1 barisan pengeluaran dan 100 kakitangan. Top Glove menguasai 26% daripada pasaran dunia bagi sarung tangan getah. Dengan mata pada peringkat kejayaan yang seterusnya, Top Glove kini bercita-cita untuk meningkatkan bahagian pasaran globalnya kepada 30% menjelang tahun 2020 dan menjadi Syarikat Fortune Global 500 menjelang tahun 2030. Ia juga ingin mengembangkan perniagaan secara agresif dan mencari peluang M&A dalam industri yang sama dan yang berkaitan.[2]

  • Bilangan barisan pengeluaran: 812 barisan pada 1 Mac 2022
  • Negara-negara eksport: 195 negara
  • Bilangan pelanggan: 2,000

Top Glove tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 2001, dan Bursa Singapura pada tahun 2016. Setakat Mei 2021, Top Glove mempunyai dana pemegang saham sebanyak RM8.2 bilion dan perolehan tahunan kira-kira RM4.2 bilion.

Modal berbayar Top Glove adalah sebanyak RM1.84 bilion pada 28 Februari 2022 sementara permodalan pasaran adalah RM14.41 bilion pada 15 Mac 2022.

Laluan Masuk ke Menara Top Glove
Pasukan Pembangunan Perniagaan

Top Glove juga merupakan salah satu saham komponen Indeks Piawaian Antarabangsa MSCI, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI, Indeks FBM 100, Indeks FBM Emas, Indeks Hijrah Syariah FBM, Indeks Emas Syariah FBM, serta Indeks Kemampaian Dow Jones (DJSI) untuk Pasaran Membangun.

Syarikat itu bekerjasama rapat dengan agensi-agensi Kerajaan dan Kementerian agar kekal mengikuti perkembangan terkini dalam teknologi penyelidikan getah.

Identiti Korporat[sunting | sunting sumber]

Menara Top Glove[sunting | sunting sumber]

Top Glove merasmikan ibu pejabat baharunya, Menara Top Glove pada 1 Oktober 2015. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan Menara Top Glove di Setia Alam, Shah Alam. Terletak di tapak seluas dua ekar (0.8 hektar), Menara Top Glove setinggi 23 tingkat adalah bangunan pejabat serta komersial Gred A yang menepati Indeks Bangunan Hijau (IBH) bertaraf Emas.

Direka untuk mengoptimumkan kecekapan tenaga, ia turut memiliki ciri rekaan hijau lain seperti tingkap kaca yang mengoptimumkan penembusan cahaya dan penebatan haba, serta panel fotovolta bagi memanfaatkan kuasa solar.[3]

Top Glove Global Doctor[4][sunting | sunting sumber]

Top Glove Corp Bhd melancarkan Klinik Top Glove Global Doctors (TGGD) pada tahun 2017, satu langkah untuk pembuat sarung tangan terbesar di dunia untuk menceburi perniagaan penjagaan kesihatan melalui usaha sama (JV) dengan Global Doctors, rangkaian klinik.

Pengerusi Eksekutif Top Glove Tan Sri Dr Lim Wee Chai berkata ini adalah pusat jagaan ambulatori pertama yang ditubuhkan di sekitar Setia Alam dan terletak secara strategik di menara itu sendiri.

Bertujuan untuk memberi khidmat kepada komuniti jiran yang memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan pencegahan, TGGD ialah pusat penjagaan ambulatori sehenti yang menawarkan rangkaian lengkap perkhidmatan perubatan merangkumi diagnosis, pemerhatian, perundingan, rawatan, intervensi, pemulihan dan kemudahan pergigian berperingkat penuh secara pesakit luar.

Filantropi[sunting | sunting sumber]

Yayasan Top Glove[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Jun 2009, Yayasan Top Glove telah ditubuhkan dengan objektif untuk menyediakan dana untuk tujuan amal, pendidikan dan aktiviti berkaitan dengan alam sekitar dan komuniti. Pengasas Yayasan Top Glove adalah Top Glove Sdn Bhd, Tan Sri Dr Lim Wee Chai dan Puan Sri Tong Siew Bee. Mereka secara kolektif menderma RM 1 juta kepada Yayasan Top Glove sebagai permulaan. Sejak itu, beberapa syarikat dan individu juga telah menderma kepada dana Yayasan Top Glove dan ini membolehkan Yayasan Top Glove dapat menyokong dan membantu dalam aktiviti komuniti, pendidikan dan alam sekitar. [1]

Peluang Pekerjaan untuk Rakyat Malaysia[sunting | sunting sumber]

Sepanjang tahun 2020, negara Malaysia mengalami permintaan buruh yang lebih perlahan disebabkan impak negatif pandemik COVID-19.[5]Top Glove menawarkan sebanyak 9,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan sepanjang 2021 bagi membantu menangani masalah kadar pengangguran yang semakin meningkat di Malaysia. Dalam satu kenyataan, Top Glove berharap dapat mencapai sasaran tersebut menerusi kempen pengambilan pekerja selama setahun yang dimulakan dengan Pameran Kerjaya Top Glove Secara Maya. Ini membabitkan masing-masing sebanyak 4,000 jawatan untuk pekerja tempatan; 2,300 jawatan untuk lulusan baharu universiti dan vokasional teknologi; 2,000 pelatih latihan industri serta 700 pekerja yang berpengalaman.[6]

Inisiatif Kelestarian[sunting | sunting sumber]

Produk sarung tangan biohijau[sunting | sunting sumber]

Top Glove Corporation Bhd memperkenalkan produk sarung tangan biohijau, ‘Biodegradable Nitrile’, berikutan permintaan tinggi daripada pasaran global, khususnya dalam sektor kesihatan. [7]

Top Glove telah menggariskan usahanya untuk meningkatkan inisiatif ESG, sambil menuju ke arah karbon sifar bersih dan tetapan sasaran. Top Glove menyasarkan untuk mengurangkan 25% intensiti pelepasan karbon menjelang FY25, berbanding tahun asas FY21.[8]

Penggunaan tenaga solar[sunting | sunting sumber]

Top Glove Corporation Bhd telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) selama 20 tahun dengan Shizen Malaysia Sdn Bhd sebagai pembuat sarung tangan terbesar dunia yang memperluas penggunaan tenaga solarnya.

Top Glove berkata Shizen Malaysia, unit Shizen Energy Inc, Jepun akan memasang, memiliki dan mengendalikan “grid memuncak” 10 megawatt (MW) yang mana pembuat sarung tangan itu membeli elektrik yang dijana oleh Shizen Malaysia selama 20 tahun, melalui kerjasama itu.

“Perkongsian yang baru ditandatangani diwujudkan susulan kerjasama sebelum ini di antara Top Glove dengan pemaju tenaga boleh diperbaharui tersebut yang bermula sejak November 2021,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Katanya kerjasama awal melibatkan loji kuasa suria atas bumbung telah membolehkan Top Glove untuk menjana tenaga boleh diperbaharui yang bersih dan pada kos yang kompetitif untuk kilang-kilangnya, mengurangkan purata kos elektrik syarikat itu, selain mengurangkan jejak karbonnya.

“Melalui PPA berkenaan, jumlah kapasiti solar Top Glove akan meningkat daripada 5.34 Megawatt puncak (MWp), menjimatkan kira-kira 13,000 tan pelepasan karbon dioksida (CO2) pada setiap tahun, bersamaan penanaman sekitar 400,000 pokok untuk menyerap jumlah CO2,” menurut syarikat itu.[9]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Sekatan import Amerika Syarikat berhubung isu buruh paksa[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2018, pihak The Guardian melaporkan bahawa pekerja-pekerja migran dijadikan sebagai buruh paksa, dan dipaksa bekerja lebih masa, bon hutang dan pasport dirampas.[10] Pihak Top Glove menafikan dakwaan tersebut dan mengaku bahawa syarikat telah menambah baik dasar-dasar buruh syarikat, dan memperkenalkan dasar pengambilan pekerja berkos sifar.[11]

Pada Jun 2020, suatu siasatan oleh Channel 4 News menemui para pekerja yang hidup dalam suasana padat dengan gaji sebanyak £1.08 sejam serta dipaksa bekerja lebih masa untuk memenuhi permintaan sarung tangan antarabangsa akibat pandemik COVID-19, dan tidak dapat mengamalkan penjarakan fizikal meskipun tindakan-tindakan telah diambil. Selain itu, para pekerja, kebanyakannya imigran juga dikatakan membayar sehingga jumlah $5,000 dalam kos pengambilan pekerja lalu meletakkan diri dalam bon hutang.[12] Pihak Top Glove mendakwa siasatan tersebut adalah tidak tepat.[13] Pada 15 Julai 2020, pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika menghalang pengimportan produk-produk daripada anak-anak syarikat Top Glove berikutan dakwaan-dakwaan pencabulan hak buruh seperti bon hutang dan prasarana petempatan yang kurang memuaskan.[14][15] Sebagai tindak balas, Top Glove berjanji untuk menambah baik prasarana perumahan pekerja dan menghapuskan bon hutang buruh agar larangan import itu dibatalkan.[16][17] Berkenaan sekatan itu, pihak Top Glove mendakwa bahawa tuduhan jabatan itu adalah berdasarkan tuduhan-tuduhan lama, dan telah berbincang dengan pihak AS agar mereka batalkan sekatan itu.[18]

Kastam Amerika Syarikat Tarik Balik Larangan Import Terhadap Top Glove

Pada 9 September 2021, pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika (CBP) tarik balik larangan import[19] tersebut, setelah pihak Top Glove menunjukkan bukti yang kukuh bahawa produk sarung tangan getah atau mana-mana bahagiannya tidak lagi dibuat atau dikilangkan dengan penglibatan buruh paksa. Syarikat pengeluar sarung tangan getah perubatan Top Glove yang berpangkalan di Malaysia, kini dibenarkan mengeksport produknya ke Amerika Syarikat.[20]

Pandemik Covid-19[sunting | sunting sumber]

Pada November 2020, kes-kes COVID-19 mula dikesan di asrama-asrama buruh Top Glove di Klang lalu membawa kepada tidakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di kawasan asrama.[21] Pada 23 November, 1,067 kes COVID-19 dikesan di kawasan asrama, menjadikan hari itu sebagai hari dengan catatan kes COVID-19 tertinggi di Malaysia sejak permulaan pandemik, dengan jumlah hampir 2,000 kes dicatatkan setakat hari itu;[22] kes-kes tersebut dikumpulkan dalam kluster bernama kluster Jalan Teratai oleh pihak kerajaan.[23] Hal ini menyebabkan 28 buah kilang Top Glove ditutup operasi untuk memberi ruang kepada ujian pengesanan COVID-19 dalam kalangan buruh.[22] Pada 14 Disember, kluster asrama Top Glove mencatatkan kes kematian pertama.[24]

Perkara ini membawa semula perhatian kepada isu pengurusan petempatan pekerja kilang, terutamanya buruh asing yang didapati teruk dan padat dengan tindakan mula diambil oleh pihak kerajaan.[25] Ketika itu, beberapa orang buruh asing mula mendedahkan keadaan buruh asrama mereka yang mencanggahi langkah-langkah penjarakan fizikal terhadap pihak agensi berita antarabangsa seperti dihimpit dalam kumpulan sebesar 25 orang buruh dalam satu bilik asrama.[26] Pada masa sama, sebuah laporan Reuters mendedahkan bahawa pihak Top Glove pernah bertindak memecat buruh asing yang menjadi pembongkar yang mendedahkan isu petempatan mereka terhadap kumpulan hak pekerja di Nepal beberapa bulan sebelum kluster dikenal pasti;[24][27] pendedahan tersebut merudumkan saham Top Glove pada 14 Disember sebanyak 5.7% lalu jatuh ke paras terendah sejak tiga bulan.[28]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.topglove.com.my/index.php/contact-us
  2. ^ http://www.topglove.com.my/index.php/about-us
  3. ^ https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/5/2015/10/85617/sultan-selangor-rasmi-menara-top-glove-setia-alam
  4. ^ https://www.theedgemarkets.com/article/top-glove-opens-top-glove-global-doctors-clinic
  5. ^ bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/02/784288/kadar-pengangguran-di-malaysia-meningkat
  6. ^ https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/01/778890/top-glove-tawar-9000-pekerjaan-untuk-rakyat-malaysia
  7. ^ Alias, Alzahrin (16 Ogos 2019), Top Glove hasilkan produk sarung tangan biohijau, Berita Harian
  8. ^ Top Glove’s ESG efforts get global recognition, The Star, 23 November 2021
  9. ^ https://www.mida.gov.my/ms/berita-mida/top-glove-meterai-urus-niaga-20-tahun-beli-tenaga-solar-daripada-shizen-malaysia/
  10. ^ Ellis-Petersen, Hannah (9 December 2018). "NHS rubber gloves made in Malaysian factories linked with forced labour". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2020. Dicapai pada 10 April 2020.
  11. ^ Chua, Gigi (14 December 2018). "Top Glove denies forced labour allegations". The Edge. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2019. Dicapai pada 10 April 2020.
  12. ^ Channel 4 News Investigations Team (16 June 2020). "Revealed: Shocking conditions in PPE factories supplying UK". Channel 4. Dicapai pada 19 June 2020.
  13. ^ FMT Reporters (18 June 2020). "FMT: Top Glove denies worker exploitation claims in British TV Report". FMT. Dicapai pada 19 June 2020.
  14. ^ "Withhold Release Orders and Findings". U.S. Customs & Border Protection. Dicapai pada 2020-08-16.
  15. ^ "Amid virus crisis, U.S. bars imports of Malaysia's Top Glove over labour issues". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2020-07-16. Dicapai pada 2020-08-15.
  16. ^ "Racing to reverse US ban, Top Glove improves workers' housing". The Edge Markets. 2020-08-11. Dicapai pada 2020-08-15.[pautan mati kekal]
  17. ^ "Top Glove still resolving US ban, remediation fee now at RM53m". The Edge Markets. 2020-08-10. Dicapai pada 2020-08-15.
  18. ^ Alhadjri, Alya (21 Julai 2020). "Top Glove says US CBP detention order based on 'old allegations'". Malaysiakini. Dicapai pada 26 November 2020.
  19. ^ https://www.cbp.gov/newsroom/national-media-release/cbp-modifies-forced-labor-finding-top-glove-corporation-bhd
  20. ^ https://www.benarnews.org/malay/berita/my-as-topglove-210910-09102021160526.html
  21. ^ "Top Glove dormitories in Klang under EMCO from Nov 17 to 30, says Ismail Sabri". The Edge Markets. 2020-11-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-16. Dicapai pada 2020-11-19.
  22. ^ a b Kwan, Faye (23 November 2020). "28 Top Glove factories in Klang to close after 1,067 Covid-19 cases detected". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 November 2020.
  23. ^ Salim, Syafiqah (22 November 2020). "Teratai cluster linked to Top Glove dormitories records almost 1,500 Covid-19 cases — MoH". The Edge Markets (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 November 2020.
  24. ^ a b Lee, Liz (14 Disember 2020). "Malaysia's Top Glove reports worker death due to COVID-19, first since outbreak at firm". Reuters (dalam bahasa Inggeris).
  25. ^ "Menteri: Asrama pekerja Top Glove teruk, akan ambil tindakan". Malaysiakini. 25 November 2020. Dicapai pada 25 November 2020.
  26. ^ "'Profits over people': Covid-19 overruns Top Glove factories as workers speak of appalling accommodations". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 13 Disember 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Disember 2020. Dicapai pada 13 December 2020.
  27. ^ "Malaysia's Top Glove fired whistle-blower before Covid-19 outbreak". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 13 Disember 2020. Dicapai pada 13 Disember 2020.
  28. ^ "Top Glove shares fall 5.7% after report that Covid-19 whistleblower was fired". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 14 Disember 2020. Dicapai pada 14 Disember 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]