Axiata
![]() | |
Nama dahulu | TM International Berhad (1992–2009) |
---|---|
Awam | |
Didagangkan sebagai | MYX: 6888 |
ISIN | MYL6888OO001 |
Industri | Telekomunikasi |
Ditubuhkan | 12 Jun 1992 |
Ibu pejabat | Axiata Tower, 9 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur |
Tempat dibekalkan | Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Kemboja, India, Singapura, Pakistan, Nepal |
Perancang utama | Azman Mokhtar, Pengerusi Jamaludin Ibrahim, Pengarah Urusan/Presiden/CEO |
Keluaran | Operasi rangkaian mudah alih, infrastruktur rangkaian, internet digital |
Hasil | ▲ RM 24.4 bilion 2017[1] RM 21.6 bilion 2016[2] RM 19.9 billion 2015[2] |
▲ RM 1.2 bilion 2017[3] RM 504.3 million 2016[2] RM 2.6 billion 2015[2] | |
Bilangan pekerja | >25,000 |
Induk | Khazanah Nasional |
Anak syarikat | |
Laman sesawang | axiata |
Axiata Group Berhad (MYX: 6888) atau Axiata (dahulu dikenali sebagai TM International Berhad), ialah salah sebuah syarikat telekomunikasi Malaysia dengan operasi berterusan di Asia.[4]
Kumpulan[sunting | sunting sumber]
Perniagaan teras Axiata merupakan pegangan pelaburan dan penyediaan perkhidmatan telekomunikasi dan perundingan pada skala antarabangsa. Fokus utama mereka untuk membuka pasaran baru di Asia, beberapa dengan penembusan yang rendah mudah alih di Asia Selatan dan Asia Tenggara[5].
Dahulunya dikenali sebagai TM International Bhd (TMI), syarikat telah ditubuhkan pada 12 Jun 1992 dan merupakan cabang operasi mudah alih dan antarabangsa Telekom Malaysia Bhd(TM)[6]. Berikutan pengasingan TMI daripada TM, syarikat telah disenaraikan di Papan Utama, Bursa Malaysia Securities Berhad pada tahun 2008[6]. Pada 2 April 2009, TMI menjalani penjenamaan semula, melancarkan nama baru syarikat, Axiata dan juga logo baru syarikat[7].
Slogan baru mereka, Menerajui Asia, juga telah dilancarkan, mencerminkan halatuju syarikat dalam memfokuskan perkembangan mereka dalam Asia.[7] Presiden dan CEO Kumpulan, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim telah komen kepada pemberita akhbar Malaysia, The Star, bahawa ini adalah untuk memanfaatkan kekuatan mereka kerana mereka tahu kelebihan rantau ini.[7]
Axiata mempunyai kawalan kepentingan dalam pengendali mudah alih di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh dan Kemboja, dengan pegangan strategik penting di India, Singapura dan Iran. Kumpulan ini juga mempunyai kepentingan dalam operasi telekomunikasi bukan mudah alih di Thailand dan Pakistan[8].
Anak syarikat pegangan[sunting | sunting sumber]
Di dalam kenyataan media mereka pada tahun 2010, diumumkan bahawa Axiata telah mempunyai pelanggan di Asia dan pendapatan kumpulan sebanyak RM13.1 billion dalam tahun 2009[8]. Juga dilaporkan bahawa syarikat telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 25,000 orang di dalam 10 buah negara[8].
Syarikat-syarikat bersekutu dan anak-anak syarikat mudah alih Axiata beroperasi di bawah jenama ‘Celcom’ di Malaysia, ‘XL’ di Indonesia, ‘Dialog’ di Sri Lanka, ‘Robi’ di Bangladesh, ‘Smart’ di Kemboja, ‘Idea’ di India, ‘M1’ di Singapura dan ‘MTCE’ di Iran (Esfahan)[8].
Negara | Jenama | Pemilikan | |
---|---|---|---|
![]() |
Robi | 68.7% | |
![]() |
Smart | 100% | |
![]() |
Vodafone Idea Limited | 8.17% | |
![]() |
Ncell | 80% | [9] |
![]() |
XL | 66.55% | |
![]() |
Celcom | 100% | |
![]() |
Dialog | 83.32% |
Axiata juga mempunyai kepentingan minoriti di dalam:
- Idea Cellular(19.96%)- India[10]
- M1(29.12%)- Singapura
Pejabat seluruh dunia[sunting | sunting sumber]
Axiata mempunyai syarikat operasi di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Kemboja, India, Singapura, Iran, Pakistan dan Thailand.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Axiata Posts Better 3Q16 Performance in Key Indicators Lifted by Ncell's First Full Quarter Contribution". 2018-11-24. Dicapai 26 November 2017.
- ^ a b c d "Archived copy". Diarkibkan daripada asal pada 25 July 2015. Dicapai 2015-07-25.
- ^ http://www.theedgemarkets.com/en/node/317565
- ^ "Wireless carrier Axiata's unit may seek KL listing". The Straits Times. 2018-01-05. Dicapai 2018-01-06.
- ^ "Axiata moves to centralise its treasury". FinanceAsia. 22 June 2010. Dicapai 28 June 2010.
- ^ a b "TM International to list on April 28". The Star Online. 12 April 2008. Dicapai 28 June 2010.
- ^ a b c "TMI unveils new name but limits itself to Asia". The Star Online. 3 April 2009. Dicapai 28 June 2010.
- ^ a b c d "Axiata Delivers Another Strong Performance into 2010 with 1Q PATAMI of RM921 million" (PDF). Corporate Communications, Group Strategy, Axiata Group Berhad. 27 May 2010. Dicapai 28 June 2010.
- ^ "Malaysian giant acquires 80 per cent stake in Ncell for 1.36 billion US dollars". thehimalayantimes.com. Dicapai 2017-06-23.
- ^ "Axiata sees long-term gains from India price war". Dow Jones Newswires. Total Telecom. 2009-10-14. Dicapai 2009-10-14.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Celcom Axiata Berhad (Malaysia)
- PT XL Axiata Tbk (Indonesia)
- Dialog Telekom PLC (Sri Lanka)
- Axiata (Bangladesh) Limited
- Smart Axiata Company Limited (Cambodia)
- IDEA Cellular Limited (India)
- M1 LIMITED (Singapore)
- Mobile Telecommunications Company of Esfahan (MTCE, Iran)
- Multinet Pakistan (Private) Limited (Pakistan)
- Samart Corporation Public Company Limited (Thailand)