Truly Nyonya Malacca

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Truly nyonya malacca)
Truly Nyonya Malacca
Fail:Truly Nyonya Malacca 2010 by Jacky Liew.jpg
Umum
PengarangJacky Liew
NegaraMalaysia
BahasaCina
Inggeris
GenreBukan Fiksyen
Penerbitan
Diterbitkan pada
2010
Halaman181 muka surat
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9675413247

Truly Nyonya Malacca (Bahasa Melayu: Melaka Penuh Kenyonyaan) ialah sebuah buku yang ditulis oleh Jacky Liew dan diterbitkan pada tahun 2010. Beliau merupakan seorang pengkritik makanan di Malaysia. Buku ini ialah himpunan 53 resipi warisan selama lebih daripada seratus tahun Baba dan Nyonya atau dikenali sebagai Orang Selat Cina di Melaka. Buku ini menganalisis sejarah Baba dan Nyonya di Melaka dari perspektif masakan, budaya, gaya hidup dan alasan hilangan budaya mereka.

Resipi[sunting | sunting sumber]

  1. O'Teng
  2. Ayam Kunyit
  3. Kek Na Lemak
  4. Pengat Durian
  5. Sambal Babi
  6. Pong Teh
  7. Kong Poh Babi
  8. Kari Babi
  9. Nyonya Ikan Kukus
  10. Nyonya Rendang Ayam
  11. Sambal Belacan Paku Pakis
  12. Udang Masak Lemak Nanas
  13. Ayam Cili Masak
  14. Asam Udang Goreng
  15. Nyonya Kari Ikan Kepala
  16. Ayam Buah Keluak
  17. Nyonya Chap Chai
  18. Sek Bak
  19. Nangka Masak Lemak
  20. Kangkung Sambal
  21. Sotong Kunyit
  22. Ayam Masak Merah
  23. Sotong Goreng Assam
  24. Itik Tim
  25. Nyonya Popiah
  26. Tauhu Tempra
  27. Ikan Chuan Chuan
  28. Fried Squid with Chili
  29. Telur Dadar Cincaluk
  30. Sambal Udang Petai
  31. Ikan Assam Pedas
  32. Ikan Acar
  33. Sambal Udang
  34. Sambal Tofu
  35. Kapitan Ayam
  36. Sambal Chilli Cendawan
  37. Sambal Okra
  38. Tempra Ayam
  39. Nyonya Pai Tee
  40. Kocik Ngo Hiang
  41. Ikan Kuah Lada
  42. Sek Ark
  43. Otak-Otak
  44. Ikan Chili Garam
  45. Buah Keluak Pais
  46. Pongteh Ayam
  47. Nyonya Tau Gua
  48. Ikan Lemak Nenas
  49. Otak-otak Belanggah
  50. Nyonya Masak Ayam
  51. Sambal Jantung Pisang
  52. Hee Piow Sup
  53. Kangkung dan Ubi Keledek dalam Santan Kelapa



Konsep terhadap "Masakan Kepulauan Melayu terpengaruh dari kawasan Nanyang"[sunting | sunting sumber]

Dalam buku Truly Nyonya Malacca (Melaka Penuh Kenyonyaan), Jacky Liew mengemukakan konsep masakan Nyonya tergolong kepada "Masakan Kepulauan Melayu terpengaruh dari kawasan Nanyang" kerana masakan Nyonya terpengaruh daripada gelombang imigresen dari China Disnati Tang (618 - 907), Disnati Song Selatan (1127-1279) ke Pahang, Terenganu, Kelantan, Brunei, Malaysia Timur di bawah naungan Srivijaya dan gelombang yang terbesar berlaku pada sejarah moden abad ke-19. Masakan Nyonya juga terpengaruh daripada imigresen dari Kepulauan Melayu di sekitar Malaysia. Diperhatikan bahan-bahan masakan dan kaedah memasak yang digunakan oleh kaum Baba dan Nyonya berhampiran dengan kaedah masakan kaum Cina dan bahan makanan kaum Melayu dan masakan Baba Nyonya adalah campuran dan gabungan antara dua-duanya.


Simpanan[sunting | sunting sumber]

Buku ini dikumpulkan di Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat, Perpustakaan Nasional Singapura, Perpustakaan Nasional Malaysia, Politeknik Ngee An dan UTEM Malaysia [1].

Penulis[sunting | sunting sumber]

Jacky Liew pernah menerima Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (P.M.C) dari Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-10 Tuanku Ja'afar. Beliau juga menerima "World Food Gourmet" badge dari France.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 食公子 (2010). Truly nyonya Malacca. Kuala Lumpur, Malaysia: 海滨出版. ISBN 978-967-5413-24-7. OCLC 557969965.