Tsunami Samoa 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gempa bumi Samoa 2009
Tarikh 17:48:11, September 29, 2009 (UTC) (2009-09-29T17:48:11Z)
Magnitud 8.0 Mw
Kedalaman 18 kilometre (11 mi)
Lokasi pusat gempa 15°33′29″S 172°04′23″W / 15.558°S 172.073°W / -15.558; -172.073Koordinat: 15°33′29″S 172°04′23″W / 15.558°S 172.073°W / -15.558; -172.073
Negara/kawasan yang terjejas  Samoa
 American Samoa
Templat:TON
Templat:COK
 Fiji
 Polinesia Perancis
Bendera New Zealand New Zealand
Tsunami Yes
Mangsa 189+ terbunuh, beratus cedera[1][2]

Gempa bumi Samoa 2009 pada skala 8.0 Mw, berlaku di kawasan Kepulauan Samoa pada 29 September 2009 jam 06:48:11 waktu tempatan (29 September 17:48:11 UTC).[3] Ia merupakan gempa bumi terbesar setakat ini pada 2009. Gempa bumi itu menghasilkan tiga gelombang tsunami berasingan. Akibatnya menghasilkan ombak tsunami setinggi 4.1 meter Daripada aras laut. Pusat amaran tsunami Pasifik di Pantai Ewa, Hawai menyatakan pusat gempa bumi itu berlaku di lapisan kerak bumi Kermadec-Tonga di Plat Pasifik dengan Plat Australia. Semua ini dalam Lingkaran Api Pasifik yang banyak menghasilkan gempa bumi dan gunung berapi.

Antara negara yang menerima kesan tsunami ini ialah Samoa Amerika, Samoa dan Tonga. Setakat ini 189 maut akibat tsunami ini, lebih rendah berbanding tsunami Acheh pada 26 Disember 2004. Gelombang besar turut berlaku di Fiji, Rarotonga di Kepulauan Cook, Tokelau dan Niue. Tiada amaran dilaporkan di Vanuatu, Kiribati, New Caledonia dan Kepulauan Solomon.

Gempa bumi ini berlaku pada hari yang sama dengan gempa bumi Padang 2009, satu gempa bumi bermagnitud 7.9 yang mengorbankan lebih 1,000 orang.

Samoa Amerika[sunting | sunting sumber]

Penguasa Taman Negara American Samoa menyatakan ombak tsunami setinggi 4.6 m hingga 6.1 m tinggi di Pago Pago, Pulau Tutuila. Air itu mengalir ke daratan kira-kira 90 meter sebelum surut. Ia menyebabkan beberapa kereta tersangkut dalam lumpur.

Sebuah kampung di tepi pantai telah "dibersihkan", membunuh 14 orang selepas gempa bumi itu . Penduduk berlari ke tempat tinggi seperti changkat bukit dan gunung.

Wartawan Radio Antarabangsa New Zealand melaporkan Pago-Pagi di Amerika Samoa menceritakan kereta-kereta terbalik dan perniagaan dan pelaoncongan di tepi pantai rosak teruk. Gabenor American Samoa Togiola Tulafono tidak berada di Amerika Samoa kerana sedang berada di Honolulu, Hawai.

Leftenan Gabenor Ipulasi Aitofele Sunia mengumumkan bahawa gempa bumi itu menyebabkan kerosakan teruk infrastruktur elektrik dan jalan raya.Generator elektrik utama di Satala rosak. Bekalan air juga terjejas. Penduduk digalakkan memasak air.

Samoa[sunting | sunting sumber]

Wartawan Cherelle Jackson melaporkan 20 kampung di selatan Upolu musnah dan menjadi bandar hantu. antara yang rosak ialah lepa / perahu dan rumah Perdana Menteri Samoa ,Tuilaepa Lupesoliai Sailele Malielegaoi. Kawasan bencana ialah di Fagaloa Bay timur Upolu, Lalomanu .Teruk terjejas ialah Coconuts Beach Resortdan Sinalei Reef Resort dan Spa DI Kampung Siumu. Sa'Moana Resort terletak di Kampung Salamumu.[14]

Tonga[sunting | sunting sumber]

Pantai Tonga rosak kerana ombang tsunami setinggi 4 meter. 10 orang telah dilaporkan mati. Bencana terburuk berlaku di di utara Niuatoputapu.Lapangan terbang Niua terpaksa ditutup. Pemangku Perdana Menteri Tonga Lord Tuita menyatakan hubungan komunikasi rosak.Tia kerosakan di pulau Vavaʻu , Tongatapu .

New Zealand[sunting | sunting sumber]

Gelombang ombak 1 meter di pantai Auckland, New Zealand.TV3 (New Zealand) melaporkan 82 orang maut dan lebih 100 masih hilang .

Amaran tsunami dikeluarkan di American Samoa, Samoa, Niue, Wallis dan Futuna, Tokelau, Cook Islands, Tonga, Tuvalu, Kiribati, Pulau-pulau Kermadec, Fiji, Baker Island, Howland Island, Jarvis Island, New Zealand, French Polynesia, Palmyra Island, Vanuatu, Nauru, Marshall Islands, dan Kepulauan Solomon. Kebanyakan amaran dibatalkan .

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "tvnz.co.nz-Search continues as death rises" (dalam bahasa Inggeris). tvnz.co.nz. 2009-10-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-04. Dicapai pada 2009-10-2. 
  2. ^ Perry, Michael (2009-09-29). "Samoa tsunami toll may exceed 100, hundreds injured". Reuters. Dicapai pada 2009-09-29. 
  3. ^ "Magnitude 8.0 - SAMOA ISLANDS REGION". earthquake.usgs.gov. 2009-09-29. Dicapai pada 2009-09-30.