Pergi ke kandungan

Tupai muncung kecil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tupai muncung kecil
CITES Appendix II (CITES)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Scandentia
Keluarga: Tupaiidae
Genus: Tupaia
Spesies:
T. minor[1]
Nama binomial
Tupaia minor[1]
Günther, 1876
Julat tupai muncung kecil

Tupai muncung kecil atau tupai muncung akar (Tupaia minor) ialah spesies tupai muncung dalam keluarga Tupaiidae.[1] Ia tempatan di Indonesia, Malaysia dan Thailand.[2]. Nama generiknya terbit daripada perkataan Melayu tupai yang merujuk pada tupai utama atau binatang lain yang menyamai tupai.

Tupai muncung kecil mempunyai bahagian atas berwarna kelabu atau coklat kehitaman, bahagian bawah kelabu kekuningan manakala ekornya kelabu gelap. Mempunyai panjang sekitar 126–146 mm, ekor 133–167 mm, tulang kering 29–34 mm. Berat tupai muncung kecil adalah sekitar 40–60 g.[perlu rujukan]

Taburan[sunting | sunting sumber]

Tupaia minor bertaburan di semenanjung Thailand, semenanjung Malaysia, Sumatera, Kepulauan Lingga (Indonesia), Borneo, luar pesisir pulau-pulau Laut (Indonesia), serta Banggi dan Balambangan (Malaysia). Dari Catalogue of Mammal Skins in Sarawak Museum, Kuching, Sarawak, lebih daripada 30 individual T. minor telah dihimmpun dari 1891 ke 1991. Spesimen ini banyak ditangkap di Gunung Penrisen, Gunung Dulit, Gunung Poi, Gunung Gading, Bau, Ulu Baram, Saribas, Kuching, dan Forest Research.

Spesies ini tiada rekod fosil.[3]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Rerambut atas tubuh tupai muncung kecil berjalur cerah dan gelap, memberikan tampilan zaitun-perang berbintik. Bahagian atasnya putih kuning dan selalunya sedikit kemerahan di sebelah belakang. Ekornya panjang dan jarang, dan sisi atasnya lebih gelap daripada tubuhnya.[4] Anggotanya sama panjang dan bercakar panjang. Jumlah kepanjangan terbanyaknya sekitar 450 mm, iaitu seperdua daripada ekornya.[5]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai mamalia, tupai muncung kecil berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Tupai Muncung Akar akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Tupai muncung kecil merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Templat:MSW3 Helgen
  2. ^ a b c Cassola, F. (2016). "Tupaia minor". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T41497A22279656. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-2.RLTS.T41497A22279656.en. Dicapai pada 26 January 2022.
  3. ^ Jacobs, L.L. 1980. Siwalik fossil tree shrews. Comparative biology and evolutionary relationships of tree shrews. New York. Plenum Press. Pg. 202-203
  4. ^ Payne, J.; Francis, C. M. & Phillipps, K. (1985). Mammals of Borneo. The Sabah Society with World Wildlife Fund Malaysia. m/s. 163.
  5. ^ Feldhamer, G.A., Drickamer, L.C., Vessey, S.H., and Merritt, J.F., 1999. Mammalogy : Adaptation, Diversity and Ecology. United States: McGraw-Hill. Pg. 202–203

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai mamalia
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z