Turbah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tulisan khat di atas turbah, "Ya Fatimah al-Zahra".

Turbah (Arab: تربة; Parsi: مهر mohr) ialah kepingan tanah liat yang digunakan oleh penganut Islam Syiah untuk sujud sewaktu melakukan solat. Kepingan tanah ini melambangkan bumi.[1] Penggunaan turbah wajib dalam fahaman Syiah dan banyak hadis mereka yang menyatakan fadilat melakukan demikian. Kepingan tanah yang paling disukai ialah dari Karbala, tempat kematian Saidina Husain bin Ali walaupun kepingan tanah dari mana-mana tempat boleh digunakan. Jikalau penganut Syiah itu tidak dapat sujud di atas tanah, dia boleh melakukannya di atas alternatif yang lain seperti tumbuhan, benda yang diperbuat daripada tumbuhan ataupun kertas.[2] Melakukan sujud di atas kertas diperbolehkan kerana kertas datang daripada sumber alami.[3]

Kepentingan Karbala[sunting | sunting sumber]

Karbala merupakan tempat yang paling penting di kalangan penganut Islam Syiah kerana menjadi tempat kematian Saidina Husain bin Ali. Saidina Husain dianggap tokoh yang penting sebab beliau merupakan cucunda Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, tanah dari Karbala dianggap suci dan sesuai untuk dijadikan tempat bersujud sewaktu sembahyang. Turbah yang terdapat di pasaran pada masa kini dikatakan diperbuat daripada tanah di Karbala.

Pandangan Ahli Sunah Waljamaah[sunting | sunting sumber]

Penganut Islam Ahli Sunah menolak amalan menggunakan turbah dan menganggapnya sebagai suatu bidaah atau perkara yang ditambah-tambahkan di dalam agama. Masyarakat Sunni juga tidak setuju dengan ungkapan yang sering terdapat di atas turbah seperti 'Ya Hussein', atau 'Ya Zahra' yang dianggap syirik atau menduakan Tuhan. Dalam kitab Majmoo' al-Fatawa (Kompilasi Fatwa), ulama Ahli Sunah, Ibn Taymiyyah mengeluarkan fatwa yang menyatakan bahawa perbuatan sujud di atas turbah dari Karbala atau Turbah Al-Husseinya merupakan sesuatu yang tidak pernah diamalkan oleh golongan Salaf, Ansar ataupun tabi'in. Orang ramai sebenarnya boleh sujud di atas tanah atau yang bukan, seperti yang dilakukan di masjid.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Orr, Francine (26 November 2001). "Sharing the Faith, Spreading the Word". Los Angeles Times. m/s. E2. |access-date= requires |url= (bantuan)
  2. ^ Fontan, Victoria (2008). Voices from post-Saddam Iraq: living with terrorism, insurgency, and new forms of tyranny. ABC-CLIO. m/s. 42. ISBN 978-0-313-36532-4.
  3. ^ Ahlul Bayt Digital Islamic Library Project. "In A Nutshell: Laws and Practices." 1 April 2010. <www.al-islam.org>.
  4. ^ Ibn Taymiyyah. Majmoo' al-Fatawa. Volume 22. m/s. 163. .... And it was asked from him about the prostration on a Turbah Al-Husseinya in the mosque and prayer (performing of Salat) on it: Is it an act of Innovation (Bid'ah) or not? So he replied positively: 'Praise be to the Lord of the Worlds, as for the Salat on the Turbah Al-Husseinya on which the Salat performer prays, that is not from the Sunnah of the Salaf of Muhajirun or Ansar and nor from the Sunnah of Tabieen after them; on whom is the blessing/favor of Allah on the promise of the Prophet Muhammad. But in fact all of these people prayed in the mosque on normal soil. Not even one of them ever took a Turbah Al-Husseinya to pray on for their Salat.'CS1 maint: location (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]