Karbala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam
Kedudukan Karbala

Karbala (Bahasa Arab: كربلاء‎, Al-Karbala atau Karbala al-Muqaddasah) adalah sebuah bandar penting di negara Iraq. Ia terletak 100 km ke barat daya Baghdad, di 32.61° U, 44.08° Timur.

Semasa Husain bin Alī masih hidup, tempat ini dipanggil sebagai al-Ghadiriyah, Naynawa dan Shathi'ul-Furaat. Karbala dikaitkan dengan Pertempuran Karbala iaitu antara Husain dan Yazid bin Muawiyah.

Jumlah penduduk pada 2003 adalah 572,300 orang. Ia adalah ibu kota Wilayah Karbala. Orang Islam Syiah meletakkan Karbala sebagai bandar paling suci selepas Mekah, Madinah, Baitulmuqaddis dan Najaf.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Istilah Karbala berasal dari bahasa Assyria kuno iaitu "Karb" bermakna "dekat", dan "ala" bermaksud "Tuhan. Dalam bahasa Parsi, Kaar bermaksud "kerja" dan "bala" bermaksud "lebih tinggi". Dalam bahasa Arab, "Karb" bererti bimbang dan "bala" bererti pembinasaan.

Bandar raya[sunting | sunting sumber]

Masjid di Karbala (1932)

Karbala merupakan bandar mewah ekoran ramai pelancong dari orang Islam Syiah mengunjungi bandar ini. "Karbala lama" menjadi pusat keagamaan. Sementara Karbala baru terdapat sekolah-sekolah Islam dan bangunan-bangunan kerajaan.

Di Karbala lama terletaknya Masjid Al-Husain, makam Husain bin Ali, cucu lelaki nabi Muhammad melalui anak perempuannya Fatimah az-Zahra dan Ali bin Abi Talib. Makam Husain menjadi tempat tumpuan / tempat ziarah penduduk Islam Syiah terutama untuk memperingati hari pertempuran yang dikenali sebagai Hari Asyura. Perjalanan ke tempat ini dianggap perjalanan suci dan pintu gerbangnya dianggap salah satu pintu gerbang ke syurga.

Di Karbala ada lebih 100 masjid, 23 buah sekolah keagamaan dan yang terkenal ialah Masjid Ibn Fahid, dibina 440 tahun lalu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kemasyhuran Karbala adalah hasil Pertempuran Karbala pada 10 Oktober, 680 Masehi. Husain dan abang tirinya Abbas bin Ali telah ditanam di sini. Kubur ini dinamakan Mashhad Al-Husain.

Makam asal diruntuhkan oleh Khalifah al-Mutawakkil semasa Dinasti Abassiyah. Dibina semula pada 850 dan musnah. Dibina semula pada 979 tetapi hampir musnah akibat kebakaran pada 1086.

Masalah air yang teruk di sini diselesaikan dengan pembinan Terusan Hussayniyya. Pada 1801 banyak kerosakan berlaku apabila tentera Wahabi menyerang bandar ini.

Masjid di Karbala (1932) dibina dengan senibina Parsi. Pada 1915 Karbala ditadbir oleh penjajah British. Pengaruh Parsi dikurangkan semasa British menjajah.

Semasa pemerintahan Saddam Hussein, amalan keagamaan di Karbala dihadkan kerana Saddam dari Islam Sunnah. Ketika itu penduduk Iraq ramai orang Syiah tetapi pentadbiran dikuasai oleh Islam Sunnah.

Pada 1991, ramai penduduknya terbunuh ketika pemberontakan menentang rejim Saddam. Dalam perhimpunan 2004, lebih sejuta orang menghadirinya. Tetapi ledakan bom pada 2 Mac 2004 menyebabkan ramai penduduk Islam Syiah terbunuh dan menyebabkan mereka mengamuk dan membunuh ramai Islam Sunnah.